Leon Zalika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Leon Zalika
Genre
PengarahShuhaimi Lua
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV Okey
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 April 2020 – 23 Mei 2021
Kronologi
MengikutiVila Ghazara
Diikuti olehAdellea Sofea

Leon Zalika ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Shuhaimi Lua, di bintangi oleh Dini Schatzmann, dan Riena Diana. Siri ini memulakan tayangan di TV Okey [1].

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Zalika yang berkahwin dengan pilihan keluarganya bernama Leon tiga hari sebelum Ramadan. Zalika anak seorang jutawan yang hidup huru-hara tanpa panduan ilmu agama manakala Leon seorang baik walaupun tinggal di London.

Zalika telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu dan ayahnya, lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon, seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Dia lama menetap di London dan akhirnya di Australia.

Zalika tanpa berfikir panjang, menerima sahaja cadangan ibu dan ayahnya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. Anita sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika, baginya nasib dia sering tidak bernasib baik berbanding Zalika.

Firas pula ada agenda jahatnya tersendiri sejak bekerja di Jentayu Holdings iaitu ingin membalas dendam yang telah lama disimpan. Dayana bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama leon Zalika MyInfoTaip. Dicapai 23 April 2020