Leona Lewis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Leona Lewis
Leona Lewis 2014.jpg
Lewis, 2015
Latar belakang
Nama lahir Leona Louise Lewis
Kelahiran (1985-04-03) 3 April 1985 (umur 33)
Islington, London, England
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pengkempen kebajikan haiwan
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2006–kini
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Ryan Tedder
Laman sesawang
leonalewismusic.com

Leona Louise Lewis (lahir 3 April 1985) merupakan penyanyi, penulis lagu dan aktivis kebajikan haiwan dari British. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Islington, London, dimana beliau mendaftar di Sekolah BRIT untuk Teknologi dan Seni Persembahan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lewis menerima perhatian umum apabila memenangi The X Factor musim ketiga pada tahun 2006 dengan membawa pulang £1 juta kontrak rakaman dengan label rekod milik Simon Cowell, Syco Music. Lagu nyanyi semula beliau, "A Moment Like This" oleh Kelly Clarkson, berjaya menduduki tangga pertama selama empat minggu dalam carta lagu di UK dan memecahkan rekod dunia apabila sebanyak 50,000 muatturun digital dalam masa 30 minit. Pada Februari 2007, Lewis menandatangani perjanjian untuk lima buah album di Amerika Syarikat bersama label rekod milik Clive Davis, J Records.

Pada tahun 2007, Lewis muncul dengan album pertamanya, Spirit yang berjaya menerima 10× platinum di United Kingdom dan menjadi album keempat terlaris bagi 2000-an di United Kingdom. Single pertamanya, "Bleeding Love", berjaya kekal nombor satu selama tujuh minggu. Album Spirit juga berjaya menerima pengiktirafan antarabangsa apabila pada tahun 2008 ia menggungguli beberapa carta di seluruh dunia. Spirit telah terjual lebih daripada lapan juta unit di seluruh dunia dan "Bleeding Love" menduduki tangga pertama di lebih daripada 30 buah negara, dan menjadikannya single paling laris di tahun 2008. Beliau telah diiktiraf sebagai Artis Baru Popular oleh majalah Billboard pada tahun 2008. Di bawah Cowell dan Davis, Lewis mengeluarkan album keduanya, Echo dan merakankan lagu tema untuk filem 'Avatar berjudul "I See You" pada tahun 2009.

Pada tahun 2011, Lewis melancarkan single "Collide", kolaborasi bersama DJ Sweden, Avicii. Album ketiganya, Glassheart, dilancarkan pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, album tersebut gagal mengulangi kejayaan dua album etrdahulunya dan menjadi album pertamanya yang gagal mendapat pengiktirafan platinum. Lewis kemudiannya mula merakankan album Krismas pertamanya pada pertengahan tahun 2013 dan album yang berjudul Christmas, with Love dilancarkan setahun kemudiaan. Single utama, "One More Sleep", menduduki tangga ketiga di UK. Ini menjadikan Lewis sebagai penyanyi solo wanita British pertama yang berjaya menempatkan lapan buah singlenya dalam tangga lima teratas mengalahkan rekod tujuh buah single oleh Olivia Newton-John.

Dengan kerjaya yang bermula pada tahun 2006, Lewis menjadi artiks kedua terlaris, di belakang One Direction, yang muncul dari franchise The X Factor, dengan jualan rekod sebanyak 20 juta di seluruh dunia.[1] Lewis pernah memenangi dua anugerah di Anugerah MOBO, sebuah Anugerah Muzik Eropah MTV dan dua buah Anugerah Muzik Dunia. Beliau juga pernah tercalon sebanyak enam kali di Anugerah Brit dan tiga kali di Anugerah Grammy. Selain terlibat dalam bidang muzik, Lewis juga merupakan seorang dermawan dan merupakan aktivis kebajikan haiwan untuk World Animal Protection dan penyokong badan kebajikan hak asasi haiwan yang lain selain merupakan bukan pemakan daging. Pada tahun 2014, Lewis menjadi pelakon buat pertama kali dalam sebuah filem muzikal komedi romantik, Walking on Sunshine dan pada tahun 2016, beliau muncul dalam Broadway sebagai Grizabella dalam muzikal Cats. Beliau memegang watak tersebut dari Julai sehingga Oktober 2016.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lewis tinggal di Hackney, London Timur. Beliau tidak memakan daging sejak berusia 12 tahun, seLewis has been a vegetarian since she was 12,[2] dan menjadi vegan sejak September 2012.[3] Beliau memenangi Pemakan Sayur Terseksi PETA bersama-sama dengan ahli Red Hot Chili Peppers, Anthony Kiedis, pada tahun 2008[4] dan Pemakan Sayur Terseksi Eropah pada tahun 2009, bersama-sama dengan pelakon Scott Maslen.[5] Selain itu, Lewis juga dinamakan Individu Tahunan PETA bagi tahun 2008.[6] Lewis merupakan penyokong World Animal Protection[7] dan merupakah ahli Hopefield Animal Sanctuary di Brentwood, Essex.[8]

Pada September 2014, dalam sebuah surat terbuka kepada para peminatnya, Lewis mendedahkan bahawa beliau merasa amat tertekan semasa keluar dari Syco.[9] Beliau kemudiannya menegaskan bahawa ia bukanlah kemurungan klinikal.[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Jelajahan[sunting | sunting sumber]

  • 2010: The Labyrinth
  • 2013: Glassheart Tour
  • 2016: I Am Tour

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Judul Tahun Peranan Nota
Walking on Sunshine 2014 Elena Filem pertama

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Produksi Peranan Lokasi Kategori
2016 Cats Grizabella Teater Neil Simon Theatre Broadway

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Leona Lewis: Syco Entertainment". Syco. Dicapai 4 January 2015. 
  2. ^ Iley, Chrissy (14 October 2007). "The transformation of Leona Lewis". The Times. London. Dicapai 24 July 2008. 
  3. ^ Leona Lewis on Twitter: "I've been vegan for a few days now, I'm trying it for the whole month. Any recipes you can recommend?"
  4. ^ "Leona Lewis and Anthony Kiedis Voted World's Sexiest Vegetarian Celebrities of 2008". PETA. 16 June 2008. Diarkibkan daripada asal pada 23 July 2008. Dicapai 24 July 2008. 
  5. ^ "Leona Lewis and Scott Maslen Voted World's Sexiest Vegetarian Celebrities of 2009". PETA. 22 June 2009. Diarkibkan daripada asal pada 18 May 2010. Dicapai 22 June 2009. 
  6. ^ "Leona Lewis Named PETA's Person of the Year 2008". PETA. 16 December 2008. Diarkibkan daripada asal pada 4 June 2009. Dicapai 28 July 2009. 
  7. ^ "Animals matter to Leona Lewis". World Animal Protection. Dicapai 24 June 2014. 
  8. ^ "Hopefield Patrons and Trustees". Hopefield Animal Sanctuary. Dicapai 18 November 2011. 
  9. ^ Leona Lewis [leonalewis] (5 September 2014). "An open letter to you x" (Tweet). Dicapai 28 May 2016 – melalui Twitter. 
  10. ^ Woods, Judith (19 July 2015). "Leona Lewis on depression, raunchy outfits and ditching Simon Cowell". London: The Telegraph. Dicapai 28 May 2016. 

External links[sunting | sunting sumber]