Leonardo da Vinci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Leonardo da Vinci
Francesco Melzi - Portrait of Leonardo.png
Potret lukisan Francesco Melzi, s. 1515–18[1]
Kelahiran
Leonardo di ser Piero da Vinci[2]

14/15 April 1452
Meninggal dunia2 Mei 1519(1519-05-02) (umur 67)
Terkenal keranaLukisan, arca, sains, kejuruteraan, seni bina, anatomi
Karya terkenal
Gerakan politikPembaharuan
Tandatangan
Firma de Leonardo Da Vinci.svg

Leonardo di ser Piero da Vinci (15 April 1452 – 2 Mei 1519), lebih dikenali sebagai Leonardo da Vinci merupakan pakar dalam pelbagai bidang Itali pada zaman Renaissance.

Leonardo lebih masyhur sebagai seorang pelukis. Lukisan Mona Lisa ialah karyanya yang paling terkenal dan merupakan potret manusia paling masyhur dalam sejarah.[3] The Last Supper ialah lukisan keagamaan yang paling sering direka semula sepanjang masa,[4] sedangkan gambar Vitruvian Man sering dianggap sebagai ikon budaya. Potret Salvator Mundi terjual dengan harga AS$450.3 juta dalam acara lelong yang diadakan Christie’s di New York pada tanggal 15 November 2017, menjadikan lukisan tersebut sebagai karya seni termahal dijual di dunia.[5] Karya Leonardo yang lain dalam bentuk lukisan, gambar persiapan, hingga buku catatan yang berisi sketsa, diagram ilmiah, dan pemikirannya tentang lukisan, memberikan kontribusi besar bagi para seniman dalam generasi setelahnya. Hal itu dikatakan hanya mampu ditandingi oleh Michelangelo.[6]

Beliau telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan oleh sejagatnya sebagai seorang pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti Ultima Cena dan Mona Lisa. Leonardo dihormati kerana menunjukkan keaslian dalam inovasi teknologinya. Beliau pernah membuat konsep mesin terbang, kendaraan perang bersenjata, hingga kalkulator.[7] Namun begitu, hanya sedikit daripada rekaannya yang benar-benar dibangunkan atau boleh dibangunkan pada masa itu kerana perkembangan ilmu kejuruteraan dan metalurgi yang masih pada tahap awal selama era Renaissance. Apapun begitu, beberapa penemuan kecilnya berhasil menjadi kenyataan tanpa diketahui, seperti alat penggulung automatik dan mesin menguji ketegangan dawai. Ia juga sering dianggap sebagai penemu parasut, helikopter, dan kereta kebal.[8][9] Selain itu, Leonardo juga membuat penemuan penting dalam bidang anatomi, kejuruteraan awam, geologi, optika, dan hidrodinamik. Namun begitu, beliau tidak pernah terbitkan penemuannya semasa hidupnya, sehingga tidak mempunyai pengaruh langsung terhadap perkembangan sains pada zaman setelahnya.[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kisah hidupnya digambarkan dalam biografi Vite oleh Giorgio Vasari.

Leonardo dilahirkan di Vinci, Itali. Bapanya, Ser Piero da Vinci, merupakan tuan tanah dan tukang yang kaya manakala ibunya Caterina merupakan seorang anak gadis petani. Ada yang menghujah bahawa Caterina merupakan keturunan hamba yang berasal dari Timur Tengah yang dimiliki oleh Piero, tetapi tiada bukti kukuh.

Zamannya merupakan zaman sebelum kelaziman penggunaan nama keluarga di Eropah, oleh itu nama penuhnya adalah "Leonardo di ser Piero da Vinci", yang bererti "Leonardo, anak lelaki Piero, dari Vinci". Leonardo sendiri menandatangani hasil kerjanya sebagai "Leonardo" atau "Io, Leonardo" ("Saya, Leonardo"). Dengan itu, kebanyakan pakar merujuk hasil kerjanya sebagai "Leonardos," bukannya "da Vincis." Kemungkinannya beliau tidak menggunakan nama bapanya kerana statusnya sebagai seorang anak luar nikah.

Bersama-sama Verochhio[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1460-an, keluarga Leonardo hijrah ke Florence (Firenze) ketika berusia 14 tahun.[11] Di sana, beliau bekerja di sebuah studio seni milik Verrocchio yang merupakan pelukis dan pemahat patung terkenal pada masa itu. Leonardo menjadi anak murid Verrocchio pada usia 17 tahun dan terus menjalani latihan hingga tujuh tahun kemudian.[12][13] Ketika di sana, Leonardo mempelajari pelbagai bidang ilmu seperti ilmu kimia, metalurgi, pengolahan besi, kulit serta kayu, mekanik, dan kemahiran menggambar, melukis, memahat, dan membuat model.[14]

Banyak lukisan daripada studio seni Verrocchio sebenarnya dikerjakan oleh para karyawannya. Menurut Vasari, Leonardo berkolaborasi dengan Verrocchio dalam pelukisan The Baptism of Christ. Leonardo melukis suatu malaikat kecil yang sedang memegang jubah Yesus, dan dikatakan lukisannya sangat baik hingga melampaui mutu lukisan-lukisan Verrocchio yang lain. Hal ini membuat Verrocchio dikhabarkan kemudian menyerah diri dan tidak pernah melukis lagi, meski kebenaran cerita ini adalah meragukan. Pengamatan teliti terhadap lukisan tersebut menemui penggunaan tempera dan teknik pelukisan cat minyak yang baharu. Hal ini terlihat pada gambar pemandangan sebagai latar belakang, batuan di sebalik aliran sungai dari pergunungan, dan sebahagian besar badan Yesus, dan dijadikan bukti sumbangan Leonardo. Beliau juga disebut-sebut menjadi model untuk dua karya Verrocchio yang lain, yaitu patung gangsa David di Bargello dan Rafael di lukisan Tobias dan Sang Malaikat.[15]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kejuruteraan[sunting | sunting sumber]

Makalah-makalah milik da Vinci mengandungi lakaran pelbagai ciptaan, tidak kiralah sama ada ia bisa berfungsi setelah dibina mahupun sebaliknya; ia merangkumi alat muzik, jentera mekanikal, pam hidraulik serta meriam wap. Beliau turut minat akan aspek fizik di sebalik penerbangan melalui penghasilan banyak kajian terutamanya dalam Codice sul volo degli uccelli ("Kodeks perihal Penerbangan Burung" - Codex on the Flight of Birds, s. 1505) serta juga lakaran mesin tertentu seperti suatu mesin terbang yang mengepak sayap pesawat seakan burung (ornithopter) dan sejenis mesin dengan rotor berpilin.

Impak dan reputasi[sunting | sunting sumber]

Minat terhadap Leonardo tidak pernah pudar, dengan khalayak ramai berpusu-pusu untuk melihat karya-karya lukisannya, dan para penulis tetap menyanjunginya sebagai seorang pintar meskipun berdebat tentang kehidupan peribadi serta kepercayaannya.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "A portrait of Leonardo c.1515–18". Royal Collection Trust. Dicapai pada 26 September 2020.
  2. ^ Brown 1998, m/s. 7.
  3. ^ John Lichfield, "The Moving of the Mona Lisa", The Independent, 2 April 2005 (diakses 9 Mac 2012)
  4. ^ Gardner, Helen (1970). Art through the Ages. m/s. 450–56.
  5. ^ Crow, Kelly (2017-11-16). "Leonardo da Vinci Painting 'Salvator Mundi' Sells for $450.3 Million". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2017-11-16.
  6. ^ Kalb, Claudia, Why Leonardo da Vinci's brilliance endures, 500 years after his death, National Geographic, 2019.05.01
  7. ^ Kaplan, Erez (1996). "Roberto Guatelli's Controversial Replica of Leonardo da Vinci's Adding Machine". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2011. Dicapai pada 19 Ogos 2013.
  8. ^ "Leonardo da Vinci: Five great inventions by the artist". BBC Newsround. 1 Mei 2019. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  9. ^ Rumerman, Judy. "Early Helicopter Technology." Centennial of Flight Commission, 2003. Retrieved 12 Disember 2010.
  10. ^ Capra 2007, m/s. 5-6.
  11. ^ Wallace 1972, m/s. 11.
  12. ^ Bacci, Mina (1978) [1963]. The Great Artists: Da Vinci. Diterjemahkan oleh Tanguy, J. New York: Funk & Wagnalls.
  13. ^ "Leonardo da Vinci – Encarta (cached)". refseek.com. Dicapai pada 8 November 2015.
  14. ^ Martindale, Andrew (1972). The Rise of the Artist.
  15. ^ Ottino della Chiesa, Angela (1967). The Complete Paintings of Leonardo da Vinci. Penguin Classics of World Art. London, UK: Penguin Books. ISBN 978-0-14-008649-2.
  16. ^ Arasse 1998.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]