Leong Yew Koh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Leong Yew Koh (梁宇皋)

Yang Dipertua Negeri Melaka
Tempoh jawatan
31 Ogos 1957 – 30 Ogos 1959
Diganti oleh Tun Abdul Malek
Majoriti Cina

Lahir (1888-08-22)22 Ogos 1888
Salak Utara, Sungai Siput, Perak
Meninggal dunia 12 Januari 1963(1963-01-12) (umur 74)
Parti politik Malayan Chinese Association (MCA) Malaysia
Pasangan Ho York Ling
Anak 1. Ignatius Leong Kok Yin (M)
2. Cyril Leong Kok Cheong (M)
3. Agnes Leong (F)
4. Joseph Leong Kok Chee (M)
5. Anthony Leong Kok Hong (M)
6. Irene Leong (F)
7. Matilda Leong (F)
Pekerjaan Setiausaha Agung MCA (1952–1957)

Tun Leong Yew Koh adalah ahli politik Malaysia dan pernah menjadi Gabenor Negeri Melaka dari 31 Ogos 1957 hingga 30 Ogos 1963. Nama beliau dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Kini jawatan itu ditukar kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka. Beliau mungkin dari keturunan Cina Baba .[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Leong Yew koh lahir di Salak Utara , Sungai Siput , Perak pada 22 Ogos 1888., Leong adalah anak Leong Yew Teen, yang bertanggungjawab dalam mengembangkan Salak Utara, Perak.

Dia pergi ke Canton , China untuk pendidikan awal. Pada usia 13, ia kembali ke Malaya dari China dan belajar di Anglo-Chinese School Ipoh dan Sekolah St Xavier Pulau Pinang . Pada 1906, pada usia 16, dia bergabung dengan Tong Meng Hui Singapura .

Beliau pergi ke University College serta Inner Temple, London pada tahun 1908 - belajar jurusan ekonomi, sosiologi, ilmu politik dan undang-undang. Dia lulus pada 1912 dengan LLB .Mulai 1920 beliau menjadi peguamcara di Persekutuan Tanah Melayu (FMS).

Politik[sunting | sunting sumber]

Leong Yew Koh menubuhkan parti MCA pada 27 Februari 1949 bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina seperti Tan Cheng Lock Kolonel H.S. Lee . Tan Cheng Lock menjadi presiden MCA yang pertama dan Leong Yew Koh menjadi Setiausaha MCA yang pertama (1952-1957). Matlamat utama parti berasaskan kaum Cina itu ialah menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Mereka mahu melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina, bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme dan berhasrat mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu bersama-sama parti lain khususnya Tunku Abdul Rahman.

Pada tahun 1948 beliau telah dilantik menjadi ahli Majlis Undangan Persekutuan dan ahli Jawatankuasa Penasihat berkaitan cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau berganding bahu dengan para pemimpin MCA yang lain telah berusaha berganding bahu dengan para pemimpin UMNO bagi mencapai kemerdekaan dengan cara perlembagaan. Hasilnya satu perhimpunan kebangsaan anjuran UMNO-MCA telah diadakan pada 23 Ogos 1953, yang dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman. Tun Leong Yew Koh pula telah dilantik sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Kerja untuk menyusun dan mengemukakan penyata kepada perhimpunan kebangsaan tersebut sebagai usaha mempercepatkan proses kemerdekaan.

Dalam [[Pilihan raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955, Parti Perikatan gabungan UMNO-MCA telah mendapat kejayaan. Tun Leong Yew Koh sebagai calon Perikatan menang di kawasan Ipoh dan Menglembu. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan apabila kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu di bentuk pada 1 Ogos 1955.

Beliau pernah dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 1955 ketika Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Kabinet ini dibentuk selepas parti Perikatan menang besar 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan raya umum 1955 di seluruh Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.

Semasa pengumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir, Melaka pada Februari 1956, Leong Yew Koh tureut berucap bagi mewakili parti MCA. [2]

Gabenor Melaka[sunting | sunting sumber]

Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1957, beliau telah dilantik sebagai Gabenor Melaka yang pertama. Ketua Menteri Melaka yang pertama ketika iaitu ialah Tan Sri Dato Osman Talib yang pernah menjadi penasihat rapat kepada Tunku. Beliau orang Cina yang pertama menjadi Gabenor Melaka. Beberapa negeri di Malaysia tidak mempunyai jawatan Sultan seperti Melaka , Pulau Pinang, Singapura dan Perlis. Begitu juga dengan Sabah dan Sarawak. Brunei mempunyai Sultan tetapi tidak jadi menyertai Malaysia apabila berlaku Pemberontakan Brunei.

Pada 1958 beliau dianugerahkan gelaran 'Tun' oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad . Pada tahun 1959, dia diangkat sebagai Menteri Kehakiman Malaya.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Leong Yew Koh meninggal pada 12 Januari 1963 pada usia 75 tahun di Petaling Jaya. Jenazah dikebumikan di tanah Perkuburan Jalan Cheras pada 13 Januari 1963. Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman turut memberikan penghormatan terakhir.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]