Leopold II dari Belgium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Leopold II
Raja Belgium
Tempoh pemerintahan 17 Disember 1865 – 17 Disember 1909
Didahului oleh Leopold I
Diikuti oleh Albert I
Pasangan Marie Henriette dari Austria
Putera-puteri
Puteri Louise-Marie dari Belgium
Putera Leopold, Duke Brabant
Puteri Stéphanie ofdari Belgium
Clémentine, Puteri Napoléon
Keluarga diraja Saxe-Coburg dan Gotha
Ayahanda Leopold I
Bonda Louise-Marie dari Perancis
Kelahiran 9 April 1835(1835-04-09)
Brussel, Belgium
Kemangkatan 17 Disember 1909 (umur 74)
Laeken/Laken, Belgium
Agama Roman Katolik

Leopold II (9 April 1835 – 17 Disember 1909) adalah Raja Belgium dan secara umumnya diingati sebagai pengasas dan pemeras Negeri Bebas Congo yang kejam. Dilahirkan di Brussel, merupakan anak kedua (tetapi anak lelaki sulung yang masih hidup) kepada Leopold I dan Louise-Marie Orléans. Baginda menaiki takhta menggantikan bapanya pada 17 Disember 1865 dan kekal sebagai raja hingga akhir usia. Disebabkan baginda mempunyai ramai kekasih wanita, baginda juga dikenali sebagai "Lembu Jantan Belgium".

Leopold adalah pengasas dan satu-satunya pemilik Negeri Bebas Congo, projek persendirian yang dijalankan bagi pihak baginda sendiri. Baginda menggunakan Henry Morton Stanley untuk membantu baginda menuntut Congo, sebuah kawasan yang sekarang dikenali sebagai Republik Demokratik Congo. Semasa Sidang Berlin pada 1884–1885, negara-negara penjajah Eropah sepakat bahawa Negeri Bebas Congo adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk asli. Bagaimanapun, sejak awal lagi Leopold sengaja mengabaikan syarat-syarat tersebut dan mentadbir Congo menggunakan kuasa suapan untuk kepentingan baginda sendiri.

Leopold mengambil kekayaan dari Congo, pada mulanya dengan pengumpulan gading, dan selepas kenaikan harga getah pada 1890an, baginda memaksa penduduknya mengumpul getah dari pokok-pokok getah. Kampung-kampung dikehendaki memenuhi kuota bagi kutipan getah, dan tangan setiap mereka akan dipotong sekiranya tidak memenuhi kuota tersebut. Rejim baginda bertanggungjawab bagi kematian kira-kira 2 hingga 5 juta penduduk Congo. Ini menjadi skandal antarabangsa yang terkenal pada awal abad ke-20, dan Leopold akhirnya dipaksa melepaskan kuasanya ke atas Congo kepada kerajaan Belgium.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Leopold dilahirkan di Brussel pada 9 April 1835. Baginda adalah anak kedua kepada pemerintah monarki Belgium, Leopold I dan isteri kedua baginda, Louise, anak perempuan kepada Raja Louis Philippe dari Perancis. Abang Leopold telah meninggal pada 1834, beberapa bulan selepas kelahiran baginda, sekali gus menjadikan Leopold pewaris takhta. Semasa baginda berusia 9 tahun, baginda menerima gelaran Duke Brabant.

Leopold semasa muda

Kerjaya Politik Awal[sunting | sunting sumber]

Kerjaya am Leopold bermula pada 1855, semasa baginda menjadi ahli Senat Belgium. Pada tahun yang sama baginda mula menggesa pengambilalihan koloni-koloni Belgium. Pada 1853 baginda mengahwini Marie Henriette, anak kepada archduke Joseph, di Brussel pada 22 August 1853. Perkahwinan ini menghasilkan empat orang anak; tiga anak perempuan, dan anak lelaki tunggal, Leopold, meninggal semasa berusia 9 tahun.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Jata Diraja

Leopold menjadi raja pada 1865. Pemerintahan baginda ditandai oleh beberapa perkembangan politik yang besar. Parti Liberal mentadbir Belgium dari 1857 sehingga 1880 dan semasa tahun akhir pentadbiran mereka menggubal Undang-undang Frère-Orban 1879. Undang-undang ini mewujudkan sekolah rendah wajib percuma dan sekular yang disokong oleh kerajaan negeri dan menarik semula semua sokongan negeri daripada sekolah rendah Roman Katolik. Pada 1880, Parti Katolik memperoleh majoriti di parlimen dan 4 tahun kemudian mengembalikan semula sokongan negeri kepada sekolah-sekolah Katolik. Pada 1885 pelbagai golongan sosialis dan demokratik bekerjasama dan menubuhkan Parti Buruh. Pergolakan sosial yang meningkat dan kebangkitan Parti Buruh memaksa penggunaan hak mengundi lelaki sejagat pada 1893. Di dalam politik domestik Belgium, Leopold menekankan pertahanan ketenteraan sebagai asas berkecuali, tetapi baginda gagal untuk mendapatkan undang-undang kerahan sejagat sehingga saat kematian baginda.

Mendapatkan Negeri Bebas Congo[sunting | sunting sumber]

Monumen di Arlon (Belgium). "Saya telah mengambil-alih kerja di Congo untuk kepentingan peradaban dan juga kebaikan Belgium."

Leopold sesungguhnya percaya yang jajahan di luar negara adalah kunci kehebatan sesebuah negara dan baginda berusaha tanpa lelah untuk mendapatkan wilayah jajahan bagi Belgium. Lama-kelamaan Leopold mula cuba mendapatkan sebuah koloni dengan keupayaannya sendiri sebagai rakyat biasa. Kerajaan Belgium meminjamkan wang kepada baginda untuk tujuan ini.

Pada 1866, Leopold mengarahkan duta Belgium di Madrid untuk bercakap kepada Ratu Isabella II dari Sepanyol tentang penyerahan Filipina kepada Belgium. Bagaimanapun, kerana menyedari keadaan tersebut sepenuhnya, beliau tidak melakukan apa-apa. Leopold segera menggantikan duta tersebut dengar seseorang yang lebih bersimpati untuk menjayakan rancangan baginda.

Pada 1868, apabila Isabella II digulingkan dari takhta, Leopold cuba untuk mengambil kesempatan untuk menjayakan rancangan asal baginda untuk mendapatkan Filipina. Tetapi tanpa dana, baginda tidak berjaya. Leopold kemudian merancang untuk menubuhkan Filipina sebagai sebuah negeri yang merdeka, yang kemudiannya akan boleh diperintah oleh seorang rakyat Belgium. Rancangan ini juga tidak berjaya. Disebabkan kedua-dua rancangannya telah gagal, Leopold mengalih hasrat penjajahan baginda ke Afrika.

Selepas beberapa rancangan untuk mendapatkan jajahan di Afrika dan Asia gagal, pada 1876 Leopold mengadakan sebuah syarikat pegangan swasta yang menyamar sebagai sebuah pertubuhan dermawan dan saintifik antarabangsa, yang digelarkan baginda sebagai Persatuan Antarabangsa Afrika, atau Persatuan Antarabangsa Penerokaan dan Tamadun Congo. Pada 1878, dengan dikawalselia oleh syarikat tersebut, baginda mengupah Henry Stanley, seorang penjelajah terkemuka untuk menjelajah dan mendirikan sebuah koloni di rantau Afrika. Banyak muslihat diplomatik berlaku semasa Sidang Berlin 1884–1885 berkaitan hal-ehwal Afrika, di mana para perwakilan dari empat belas negara-negara Eropah dan juga Amerika Syarikat mengiktiraf Leopold sebagai pemerintah di kebanyakan kawasan yang telah dituntut oleh baginda dan Stanley. Pada 5 February 1885, Negeri Bebas Congo telah ditubuhkan dibawah pemerintahan peribadi Leopold II, sebuah kawasan 76 kali ganda lebih besar dari Belgium, yang bebas untuk diperintah Leopold melalui tentera persendirian baginda, Tentera Awam.

Eksploitasi dan kekejaman[sunting | sunting sumber]

Peta Congo Belgium (1884)

Leopold kemudian mengumpulkan kekayaan peribadi yang besar dengan mengeksploitasi Congo. Fokus pertama ekonomi tanah jajahan tersebut adalah gading, tetapi ini tidak menghasilkan tahap pendapatan yang dijangkakan. Apabila permintaan global bagi getah meletup, perhatian beralih kepada pengumpulan getah daripada pokok getah yang menggunakan tenaga buruh secara intensif. Mengabaikan janji semasa Persidangan Berlin lewat 1890-an, kerajaan Negeri Bebas menghadkan kemasukan dari luar dan memeras pribumi sebagai buruh paksa. Penindasan, terutamanya dalam industri getah, termasuklah perhambaan penduduk asli, dipukul, pembunuhan yang berleluasa, dan pencacatan yang kerap apabila kuota pengeluaran tidak dipenuhi. Mubaligh John Harris daripada Baringa, sebagai contoh, adalah begitu terkejut dengan apa yang telah disaksikannya sehingga dia menulis kepada ejen ketua Leopold di Congo berkata:. "Saya baru kembali dari perjalanan di kawasan pedalaman untuk ke kampung Insongo Mboyo. Kesengsaraan yang menyedihkan dan pengabaian sepenuhnya yang tidak mampu diceritakan. Saya begitu terharu, Tuan Yang Terutama, oleh cerita-cerita rakyat sehinggakan saya dengan sendirinya menjanjikan mereka bahawa pada masa akan datang tuan hanya akan membunuh mereka bagi jenayah yang mereka melakukan."

Anggaran angka kematian dari dua juta hingga lima belas juta. Menentukan dengan tepat berapa ramai yang telah terbunuh adalah mustahil kerana tiada rekod tepat yang disimpan. Louis dan Stengers menyatakan bahawa angka penduduk pada permulaan pentadbiran Leopold hanyalah "tekaan liar", manakala usaha E.D. Morel dan mereka yang lain untuk mencari angka bagi kehilangan penduduk dianggap sebagai "khayalan imaginasi".

Adam Hochschild menumpukan satu bab dalam bukunya, Hantu King Leopold, kepada masalah menganggarkan angka kematian. Beliau memetik beberapa petikan daripada siasatan-siasatan terbaru, oleh ahli antropologi Jan Vansina dan lain-lain, memeriksa sumber-sumber tempatan dari rekod polis, rekod agama, tradisi lisan, salasilah, diari peribadi, dan "lain-lain lagi", yang secara umumnya bersetuju dengan taksiran jawatankuasa kerajaan Belgium 1919: kira-kira separuh penduduk mati semasa tempoh Negeri Bebas. Memandangkan banci rasmi pertama oleh pihak berkuasa Belgium pada tahun 1924 meletakkan jumlah penduduk kira-kira 10 juta, ia membayangkan anggaran kasar sebanyak 10 juta penduduk mati.

Penyakit cacar dan masalah tidur juga turut melanda penduduk yang telah terjejas ini. Menjelang 1896, penyakit tidur telah membunuh sehingga 5,000 penduduk Afrika di kampung Lukolela di Sungai Congo. Angka-angka kematian telah dikumpulkan melalui usaha Casement Roger, yang menemui, contohnya, hanya 600 terselamat daripada penyakit itu di Lukolela pada 1903.