Leopold Von Ranke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Leopold von Ranke (Jerman: [fɔn ˈʁaŋkə]; 21 Disember 1795 - 23 Mei 1886) adalah seorang sejarahwan Jerman[1][2] dan pengasas sejarah berasaskan sumber moden.[3][4] Menurut Caroline Hoefferle, "Ranke mungkin ahli sejarah paling penting untuk membentuk profesion sejarah ketika ia muncul di Eropah dan Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19."[5] Beliau mampu melaksanakan seminar metodologi pengajaran di dalam bilik darjah dan memberi tumpuan kepada penyelidikan arkib dan analisis dokumen sejarah. Membina kaedah-kaedah Sekolah Sejarah Göttingen, Ranke menetapkan piawaian untuk penulisan sejarah yang lebih lama, memperkenalkan idea-idea seperti bergantung kepada sumber utama (empirisisme), penekanan pada sejarah naratif dan terutama politik antarabangsa (Außenpolitik). Ranke merupakan seorang sejarawan Jerman yang unggul dan telah banyak sumbangan yang telah diberikan dalam perkembangan pensejarahan moden.[6] Idea-idea yang dilahirkanya dalam bidang pensejarahan sangat berpengaruh dari akhir kurun ke-19 sehingga ke awal kurun abad ke-20. Berdasarkan sumbangan ideanya yang baharu dan bernas dalam bidang permikiran sejarah itu telah menyebabkan beliau dianggap sebagai Bapa Pensejarahan Moden.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Ranke dilahirkan pada 21 Disember 1795 di Wieche, Saxony, Jerman. Beliau berasal daripada keluarga kelas pertengahan yang taat setia kepada sistem monarki kerajaan Prussia. Ranke mendapat pendidikan awal dalam bidang teologi dan filologi klasik di Universiti Leipzig dari tahun 1814-1818 kemudian menjadi guru di Frankfurt dan berkhidmat selama tujuh tahun dari 1818 sehingga 1825. Ranke mengkaji bidang ilmu bahasa dan teks-teks lama dan turut mengkaji hasil-hasil beberapa orang sejarawan zaman klasik Eropah seperti Herodotus dan Thucydides.

Ranke sangat suka membaca. Beliau dipengaruhi oleh penulisan sejarawan lain iaitu Niebuhr. Walaupun penglihatan beliau sudah semakin kabur akibat usia yang semakin lanjut, beliau masih gigih menulis tentang apa yang dianggapnya sebagai Sejarah Dunia yang menceritakan tentang peadaban Eropah bermula dari Zaman Yunani- Rumawi purba hingga penghujung Zaman Pertengahan. Karya pertama beliau ialah Sejarah Bangsa Latin dan Tentonic: 1494- 1514. Hasil daripada penerbitan buku tersebut beliau telah dilantik menjadi Penolong Professor di Universiti Berlin dalam bidang sejarah.

Pada tahun 1827 Ranke mula mengembara ke luar negara untuk mencari dan menggunakan sumber-sumber yang tiada di negaranya.[7] Pada tahun 1841 beliau telah dilantik sebagai Sejarawan Rasmi di negaranya. Keunggulanya sebagai seorang sejarawan menyebabkan beliau dilantik sebagai ahli kerhormat terulung dalam Persatuan Sejarah Amerika Syarikat pada tahun 1884. Sepanjang hayatnya, beliau telah menulis sebanyak 60 jilid karya sejarah yang sebahagiannya sangat tinggi nilainya. Ranke meninggal dunia pada 23 Mei tahun 1886 di Berlin semasa berusia 91 tahun.[8]

  1. ^ Frederick C. Beiser (2011) The German Historicist Tradition, p.254
  2. ^ Janelle G. Reinelt, Joseph Roach (2007), Critical Theory and Performance, p. 193
  3. ^ Stern (ed.), The Varieties of History, p. 54: "Leopold von Ranke (1795-1886) is the father as well as the master of modern historical scholarship."
  4. ^ Green and Troup (eds.), The Houses of History, p. 2: "Leopold von Ranke was instrumental in establishing professional standards for historical training at the University of Berlin between 1824 and 1871."
  5. ^ Hoefferle, Caroline (2011). The Essential Historiography Reader. Boston, MA: Pearson. m/s. 68. 
  6. ^ Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm 276.
  7. ^ G.P. Gooch, History and Historians In The Nineteenth Century, Boston: Beacon Press, 1968, hlm. 77
  8. ^ Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, hlm. 278

Idea-idea yang dilahirkan Ranke[sunting | sunting sumber]

Seperti sebenarnya berlaku (Wie Es Eingentlitch)[sunting | sunting sumber]

Ungkapan Wie Es Eingentlitch yang membawa maksud “seperti sebenarnya berlaku” merupakan satu ungkapan yang dilahirkan oleh Ranke menjadi sangat popular dalam kalangan sejarawan.[1] Ungkapan ini merupakan tuntutan yang mutlak bagi pengkajian sejarah oleh pengikut Ranke. Bagi Ranke penggunaan fakta yang tepat dan benar dapat membezakan sesebuah karya sejarah.Menurut Ranke, sesuatu kajian perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana setiap peristiwa adalah unik dan mempunyai taraf yang sama kerana setiap satunya adalah ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa.[2] Fakta dan maklumat  mestilah tepat dan jujur tanpa memasukkan unsur-unsur dogengan atau khayalan penulis dalam sesebuah karya. Peristiwa yang diutarakan juga mestilah benar tanpa dicampur aduk.  Hasilnya, karya-karya pensejarahan tidak akan diragui kerana fakta dan maklumat yang ada dalamnya adalah benar. Ranke menolak konsep Hegel “Supreme Spirit” kerana tidak dapat dibuktikan secara empirikal.[3] Hegel melihat sejarah itu melalui model falsafah. Baginya pengunaan model tersebut tidak dapat dibuktikan kesejarahanya. Selain itu juga Ranke telah mengkritik Goethe kerana Goethe mencampuradukkan sejarah dalam karyanya. Hal Ini menunjukkan betapa Ranke sangat kritis dalam memastikan karya pensejarahan itu berkualiti. Bagi Ranke, dalam memperoleh kebenaran sejarah penyelidikan perlulah dilakukan.

Sejarah yang objektif[sunting | sunting sumber]

Dalam perkembangan bidang pensejarahan Ranke berpegang bahawa sejarah itu perlulah bersifat objektif. Dia berpegang kepada Historicism iaitu menjauhkan diri daripada pengadilan, penerimaan, pengakuan yang tiada darjah-darjah kecuali dari apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri.[4] Beliau menolak kaedah secara subjektif. Menurutnya, sejarawan perlu menganilisis sesuatu perkara tanpa melibatkan emosi agar tidak memihak kepada sesiapa. Bagi memastikan penulisannya bebas daripada unsur bias, beliau menolak pengadilan moral dalam penulisanya. Konsep yang dibawa ini berbeza dengan Voltaire di mana sejarah yang ditulis adalah untuk tujuan moral serta untuk memberikan pengajaran. Menurutnya sejarawan perlu memaparkan peristiwa sebenar tanpa memasukkan pengadilan moral kerana itu bukan tugas ahli sejarah.

Ranke menyarankan agar sejarawan tidak memasukkan unsur spekulasi, tidak bersikap berat sebelah dan tidak memasukkan unsur-unsur dongengan atau khayalan penulis dalam sesebuah karya.[5] Sejarawan perlulah jujur dalam menulis dan tidak memutarbelitkan fakta yang sebenar. Ranke menanggap objektiviti merupakan tugas utama sejarawan.[6]  Beliau tidak mahu ada penglibatan atau pandangan individu lain supaya penulisan kerana mahu sejarah itu bersifat “seperti sebenarnya berlaku”. Hal ini menyebabkan Ranke menganggap  Thucydides merupakan seorang sejarawan yang kritis kerana bersifat objektif dalam menghasilkan penulisan sejarah.  Kini ramai ahli sejarah yang berpegang kepada konsep ini.

Kaedah saintifik dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Salah satu sumbangan Ranke yang terbesar dalam bidang pensejarahan ialah kaedah saintifik dalam penulisan sejarah yang telah berkembang pesat pada abad ke- 19 dan abad ke- 20. Sejarah yang saintifik ialah sejarah yang dikatakan 100 % bersifat objektif. Kebenaran sejarah boleh dibuktikan secara saintifik. Ranke membuat pembaharuan dengan membandingkan sumber-sumber yang ditemui melalui kaedah mencari, menilai dan mengkritik sumber-sumber utama. Setiap peristiwa dikaji secara tersendiri bukan menekankan persamaan, perulangan atau penyeluruhan. Dengan kaedah ini penulisan dapat dilakukan dengan lebih kritis. Penulisan sejarah juga telah diatur mengikut aturan dan melalui proses-proses tertentu. Kaedah kajian secara saintifik diperkenalkan oleh Ranke kerana masalah ahli sejarah sebelumnya yang hanya mengambil sumber daripada buku yang sebelumnya tanpa menjalankan penyelidikan arkib atau melakukan analisis sumber kritikal.

Hal ini bagi memastikan pengasingan terhadap unsur dongeng, mitos, lagenda atau pandangan peribadi dapat ditapis sekaligus mengelakkan pemalsuan peristiwa sejarah. Ditambah pula dengan kajian purba atau arkeologi menyebabkan ungkapan Ranke itu layak disamakan dengan tuntutan sains jati yang boleh mewujudkan seperti sebenarnya berlaku. Ranke mengamalkan metod empirikal dalam mengkaji sesuatu peristiwa. Dia tidak mempercayai konsep-konsep yang abstrak boleh membawa kebenaran.

Hasil daripada kaedah saintifik yang digunakan, Ranke menanggap sejarah itu sebahagian daripada ilmu sains. Empat prinsip Ranke yang menjadikan sejarah itu sebagai sains ialah penekanan kepada sejarah yang objektif, keutamaan terhadap fakta melebihi konsep, persamaan yang unik terhadap semua peristiwa sejarah dan keutamaan kepada politik.[7] Konsep yang dibawa olehnya terus berkembang dan telah menjadi pegangan kepada beberapa ahli sejarawan selepasnya. Golongan-golongan yang memegang konsep ini dikenali sebagai golongan positivist.[8]  Antara sejarawan yang memegang kepada konsep ini Lord Acton dan J. B Bury. Hal ini membolehkan mereka menjadi setaraf dengan ahli sains yang lain dengan menggunakan ilmu mereka dalam menyelesaikan masalah masyarakat.

Quellenkritik dan seminar[sunting | sunting sumber]

Antara sumbangan terpenting Ranke dalam perkembangan pensejarahan, ialah beliau telah menganjurkan seminar sejarah di Universiti Berlin. Dalam seminarnya, beliau memperkenalkan asas teknik penyelidikan serta kaedah latihan yang sesuai bagi tenaga pengajar yang menjadi sejarawan di semua universiti di Jerman.[9] Tujuan beliau mewujudkan seminar ini supaya pengkajian sejarah yang dilakukan oleh mereka yang benar-benar pakar dan berkelayakan.[10] Dalam seminar tersebut Ranke mengajar pelatih tersebut dalam mebezakan antara fakta dan lagenda dan sebagainya.

Semasa seminar diadakan Ranke akan mencari, menilai serta megkritik sumber-sumber utama sejarah. Beliau telah menyumbang idea baru dalam kritikan sejarah. Kritikan yang digunakan Ranke telah meningkatkan kesahihan dalam karyanya. Dalam program seminar beliau, Ranke menetapkan model untuk melatih ahli sejarah dalam sistematik. Kaedah penyelidikan yang kritikal ini telah berkembang di seluruh dunia. Kelahiran metodologi ini telah menjadikan sejarah sebagai satu disiplin profesional. 'Seminar Sejarah' yang diadakan oleh beliau merupakan satu platform untuk perbincangan terbuka, pertukaran maklumat dan cadangan bagaimana untuk memulih dan mencari tentang peristiwa masa lalu. Oleh itu, secara umumnya Ranke telah membuat sumbangan yang penting kepada kemunculan sejarah moden dan diiktiraf sebagai bapa kepada sekolah 'saintifik' sejarah kesembilan belas dan abad kedua puluh.[11]

Quellenkritik ialah usaha-usaha dalam menilai dan mengkritik sumber-sumber.[12] Antara sumber-sumber yang penting bagi ranke ialah buku kenangan, catatan harian, surat menyurat, laporan diplomatik serta gambaran saksi. Pemilihan terhadap dokumen sangat penting bagi menentukan keaslianya. Ranke bukan sahaja mengguanakan sumber untuk mencari kebenaran sahaja tetapi mencari kepentingan sumber-sumber tersebut dalam pensejarahan.[13]

Ranke telah memperluaskan penggunaan arkib dan sangat mengutamakan penggunaaan sumber primer berbanding sumber sekunder kerana penggunaan sumber primer memuatkan bukti dan saksi-saksi yang benar. Hampir kesemua arkib telah dilawati Ranke. Buktinya terdapat lebih 50,000 dokumen yang dikumpul sepanjang hayatnya yang kini di simpan di Perpustakaan States of Berlin, Jerman dan Perpustakaan Universiti Syracuse, Amerika Syarikat.[14] Abad ke-19 telah menunjukkan perubahan dalam kaedah bidang pengajian sejarah di mana arkib telah menjadi popular bagi ahli sejarah hasil usaha Ranke.

Ranke juga bersikap kritis terhadap sumber sejarah dan telah mengkritik beberapa penulis lain yang memasukkan unsur khayalan dan mitos dalam penulisan.  Dalam mentafsir sumber Ranke meggunakan kaedah hemeunitics iaitu sains untuk menafsirkan dokumen-dokumen manusia dan menekankan alasan, sebab yang membolehkan kita memahami hasil keluaran jiwa manusia.[15] Ranke menggunakan nota kaki bagi setiap sumber yang beliau gunakan dan menyediakan lampiran di mana terdapat kritikan terhadap sumber yang diperoleh. Kaedah nota kaki dan penyediaan lampiran telah bertahan sehingga ke hari ini dalam penulisan sejarah.

Wujud Disiplin Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ranke telah berjaya mewujudkan disiplin sejarah yang berdiri dengan sendiri tanpa terikat dengan ilmu-ilmu lain seperti filologi, undang-undang dan teologi.[16] Sebelum ini sejarah diajar oleh orang yang bukan khusus dalam bidang tersebut dan penyelidikan hanya sebagai kerja sambilan sahaja. Melalui metodologi sejarah yang diperkenalkan beliau mahu sejarah ada autonomi tersendiri. Namun setelah kedatangan Ranke, beliau memastikan setiap ahli sejarah mendapat latihan formal dan menjadikannya sebagai sebuah kerja sepenuh masa. Hasilnya, Jabatan Sejarah telah berkembang di universiti setiap pelosok dunia. Pemodenan idealism Ranke telah berlaku di sekolah-sekolah moden di Jerman sejak tahun 1950-an kerana telah ada penekanan baru mengenai sejarah sosio-ekonomi di negara tersebut.[17] Jika sebelum ini sejarah dikuasai oleh golongan istana, gereja dan pensedirian, kini bidang sejarah dapat diceburi oleh pelbagai masyarakat dan mereka boleh menjalankan profesion mereka secara ilmiah tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Sejarah telah menjadi satu bidang pengajian yang diterima umum.

Sejarah sejagat[sunting | sunting sumber]

Sejarah sejagat merupakan projek terakhir oleh Ranke setelah beliau bersara sebagai professor sejarah di Universiti Berlin. Kursus sejarah dunia telah ditawarkan oleh Ranke kepada mahasiswa di Universiti Berlin. Beliau ingin membuat projek tersebut kerana tulisan-tulisan professor Gottinggen dikatakan tidak bermutu dari segi sejarah. Ranke menekankan konsep penyatuan dan kepelbagaian. Sejarawan perlulah jujur dalam mentafsir perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam konsep ini.[18] Walaubagaimanapun, Ranke menolak sejarawan yang mencantumkan sejarah kebangsaan lain sehingga menjadikan sebagai sejarah sejagat sedangkan ia hanya merupakan sejarah nasional yang mempunyai hubungan yang kabur.

Menurut Ranke sejarah sejagat merupakan warisan manusia. Ia bukanlah milik hak ekslusif untuk sesuatu bangsa sahaja. Beliau juga menanggap sejarah bukanlah hanya sebagai satu bidang akademik sahaja tetapi merupakan sebuah pengetahuan yang perlu dimiliki oleh semua masyarakat dan memperoleh manfaat daripadanya. Belaiu telah berjaya menghasilkan 9 jilid tentang sejarah dunia tetapi lebih tertumpu kepada sejarah Eropah sahaja. Antara karyanya yang paling popular ialah The History of the Popes (1834-1836), dan German History in the Time of The Reformation (1839-1843).[19]  Karya-karya ini telah memberi sumbangan yang besar kepada ahli-ahli sejarah kini  dalam mengetahui perjalanan sejarah Eropah moden.

  1. ^ Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 120.
  2. ^ Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm, 23.
  3. ^ Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2000, hlm. 34.
  4. ^ R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993, hlm. 134.
  5. ^ Arba’ iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm. 96.
  6. ^ Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, hlm.33
  7. ^ Leonard Krieger, Ranke: The Meaning of History, University of Chicago Press, Chichago, 1977, hlm 4
  8. ^ Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, hlm. 23.
  9. ^ Arba’ iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan , hlm. 96.
  10. ^ R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 98.
  11. ^ Andreas Boldt, "Ranke: objectivity and history." Rethinking History 18, no. 4 (2014): 464
  12. ^ Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, hlm. 287.
  13. ^ Leonard Krieger, Ranke: The Meaning of History, hlm. 3
  14. ^ Andreas Boldt, "Ranke: objectivity and history”, hlm. 464.
  15. ^ R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 107
  16. ^ R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 98
  17. ^ Helen Liebel-Weckowicz, “Ranke’s Theory of History and The German Modernist School”, Canadian Journal of History 23, no.1 (1988): 75, URL: http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=afh&AN=5333078&site=ehost-live
  18. ^ Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah : Perspektif Barat dan Timur, hlm. 34.
  19. ^ Fritz Stern (eds), The Varieties of History: From Voltaire to the Present, New York: Vintage Books, 1956, hlm. 54.