Les' Copaque Production

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Les' Copaque Production Sdn Bhd
Jenis Sendirian berhad
Industri Hiburan, Media
Genre Animasi
Ditubuhkan Disember 2005
Pengasas Haji Burhanuddin Mohd Radzi
Hajah Ainon Ariff
Usamah Zaid bin Yasin
Ibu pejabat No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawang http://www.lescopaque.com

Les' Copaque Production Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi komputer 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor. Les Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah menjadi syarikat pengeluar penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakaman suara dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Les' Copaque ditubuhkan pada bulan Disember 2005 oleh penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Ainon Ariff. Mereka bersama tiga graduan MMU telah memulakan syarikat tersebut. Usamah Zaid bin Yasin merupakan salah seorang yang telah membantu menubuhkan syarikat ini dan kini memegang jawatan Kreatif Direktor di Les' Copaque Production. Mereka menamakan studio mereka sempena istilah bahasa Melayu "Last Kopek" yang bermaksud "peluang terakhir" dan ditukar ejaan menjadi seolah-olah bahasa Perancis.

Projek filem animasi mereka yang sulung, Misi Mustahak, yang merangkul empat anugerah pada tahun 2005: Karya Terbaik ("Best of the 10th MVA 2005") dan Pingat Emas Filem Animasi Pendek (Terbuka) di Anugerah Video Malaysia (MVA) ke-10; Tertiary Student Projects (Multimedia Kreatif) di Koridor Raya Multimedia-APICTA 2005; dan Best of Multimedia University Collection 2005 di Creative Pixels, Galeri Seni Negara telah menarik minat penerbit untuk menubuhkan syarikat animasi bersama mereka.

Khidmat Les' Copaque pernah digunakan untuk menghasilkan pesanan khidmat masyarakat serta satu iklan GT Jepun pada tahun 2006. Syarikat ini juga melangkah ke menghasilkan cereka animasi pendek Geng: the Beginning pernah merangkul gelaran juara keseluruhan, filem animasi terbaik dan pengarah animasi terbaik di Anugerah Filem Pendek 2006;[1]

Pada tahun 2007, Les' Copaque memperkenalkan watak animasi yang tersohor di Malaysia, iaitu Upin & Ipin sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri, sementara mengusahakan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang turut menampilkan adik-beradik kembar tersebut. Filem Geng akhirnya keluar pada 12 Februari 2009[1], dan berjaya memungut hasil kutipan pawagam sekitar RM 6.3 juta[2], menjadikannya antara filem Malaysia yang meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem cetera[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Apabila Upin Dan Ipin Masuk Pawagam". Utusan Malaysia. 8 Februari 2009. Dicapai pada 9 Disember 2009. 
  2. ^ "GENG: JELAJAH MALAYSIA ....HABIS". LCP Blog. Les' Copaque. Dicapai pada 9 Disember 2009. 
  3. ^ "Screening 2014". TV3. Dicapai pada 16 Oktober 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]