Les Misérables (filem 2012)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Les Misérables
PengarahTom Hooper
Lakon layarWilliam Nicholson
Alain Boublil
Claude-Michel Schönberg
Herbert Kretzmer
BerdasarkanLes Misérables oleh
Claude-Michel Schönberg
Alain Boublil
Les Misérables oleh
Victor Hugo
Dihasilkan olehTim Bevan
Eric Fellner
Debra Hayward
Cameron Mackintosh
DibintangiHugh Jackman
Russell Crowe
Anne Hathaway
Amanda Seyfried
Eddie Redmayne
Helena Bonham Carter
Sacha Baron Cohen
SinematografiDanny Cohen
Disunting olehMelanie Ann Oliver
Chris Dickens
Muzik olehClaude-Michel Schönberg
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 5 Disember 2012
    (Perdana London)
  • 11 Januari 2013
    (United Kingdom)
Masa tayangan
158 minit[4]
NegaraUnited Kingdom[1][2]
BahasaEnglish
Bajet$61 juta[5][6]
Pecah panggung$441.8 juta[6]

Les Misérables ialah sebuah filem muzikal romantik epik British 2012 dihasilkan oleh Working Title Films dan diedarkan oleh Universal Pictures. Filem ini adalah berdasarkan muzikal dengan nama yang sama oleh Alain Boublil dan Claude-Michel Schönberg dimana ia juga berdasarkan novel tahun 1862 oleh Victor Hugo. Filem ini diarahkan oleh Tom Hooper, skrip oleh William Nicholson, Boublil, Schönberg dan Herbert Kretzmer. Ia dibintangi Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway dan Amanda Seyfried.

Les Misérables mengadakan tayangan perdana di London pada 5 Disember 2012 dan ditayangkan pada 25 Disember 2012 di Amerika Syarikat, 26 Disember 2012 di Australia dan 11 Januari 2013 di United Kingdom.[6]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Les Misérables mengutip $148,809,770 di Amerika Utara dan $293,000,000 di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $441,809,770.[6]

Respons kritikal[sunting | sunting sumber]

Laman web Rotten Tomatoes melaporkan rating penerimaan 70% dengan purata rating 7/10 berdasarkan 225 ulasan.[7] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 63 daripada 100 berdasarkan 41 ulasan.[8] Filem ini menerima ulasan positif[9] dengan ramai pengkritik memuji lakonan Jackman, Hathaway, Redmayne dan Barks.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Filem ini memenangi Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi, Anugerah Golden Globe untuke Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi dimenangi oleh Jackman dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik - Filem dimenangi oleh Hathaway. Ia juga memenangi empat Anugerah Filem Akademi British (BAFTA) termasuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Sokongan (Hathaway). Ia menerima lapan pencalonan Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik untuk Jackman, dan memenangi tiga, Campuran Bunyi Terbaik, Solekan dan Gayaan Rambut Terbaik dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik dimenangi oleh Hathaway.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bradshaw, Peter (10 January 2013). "'Les Miserables'". The Guardian. London. Dicapai pada 14 January 2013.
  2. ^ "'Les Miserables'". Odeon. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-11. Dicapai pada 14 January 2013.
  3. ^ "Production Notes" (PDF). Universal Pictures. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-15. Dicapai pada 10 January 2013.
  4. ^ "Les Miserables". British Board of Film Classification. 28 November 2012. Dicapai pada 29 December 2012.
  5. ^ Breznican, Anthony (31 October 2012). "Les Miz Soars Again". Entertainment Weekly. Dicapai pada 7 November 2012.
  6. ^ a b c d "Les Misérables (2012)". Box Office Mojo. Dicapai pada 19 April 2013.
  7. ^ "Les Misérables". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 1 September 2013.
  8. ^ "Les Miserables". Metacritic. Dicapai pada 4 January 2013.
  9. ^ "Metacritic provided reviews".
  10. ^ "Anne Hathaway wins Oscar for role in Les Misérables". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-04. Dicapai pada 2015-12-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]