Lesti Kejora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lesti Kejora
Lesti Kejora pada taun 2021
Kelahiran
Lestiani[1]

(1999-08-05) 5 Ogos 1999 (umur 24)
WarganegaraIndonesia
Nama lain
  • Lesti Kejora
  • Lesti DA
  • Lesti D'Academy
  • Lesti
Pekerjaan
Tahun aktif2014–kini
PasanganRizky Billar (k. 2021)
Anak-anak1
Ibu bapaEndang Mulyana (bapa)
Sukartini (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Trinity Optima Production
FMC Music (Malaysia)

Lestiani, atau lebih dikenali sebagai Lesti Kejora atau Lesti (lahir di Cianjur, Jawa Barat, 5 Ogos 1999; umur 24 tahun) merupakan seorang penyanyi, Diva Dangdut, pelakon, penyampai dan usahawan asal Indonesia. Dia merupakan juara ajang pencarian bakat D'Academy musim pertama yang ditayangkan di Indosiar. Ia juga dikenali memiliki cengkok vokal yang khas dan suara yang menggelegar dalam setiap penampilannya.[3] Selepas menjuarai ajang tersebut, Lesti Kejora mengeluarkan debut single Kejora yang diciptakan oleh Nur Bayan dan diterbitkan pada tahun 2014 sebagai lagu kemenangannya di ajang pencarian bakat tersebut.[4]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lesti, atau nama asal, Lestiani, lahir pada 5 Ogos 1999 di Cianjur, Jawa Barat. Lesti Kejora merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan, daripada pasangan Endang Mulyana dan Sukartini.[5] Adik-berakit lelakinya bernama Beni Mulyana Sopian dan Redi Mulyana Sopian.[6] Keluarganya beragama Islam dan berbangsa Sunda. Orang tuanya bekerja sebagai penjual mi ayam.[7]

Lesti Kejora menghabiskan masa kecilnya di Cianjur, Jawa Barat. Sejak berusia 4 tahun, Lesti gemar menyanyi dan mulai berlatih lagu tradisional Sunda.[7] Lesti Kejora belajar menyanyi secara sendiri menggunakan media kaset VCD.[8] Saat berusia 5 tahun, Lesti Kejora mula berani tampil di depan khalayak ramai.[9] Lesti Kejora memulai kerjaya nyanyiannya sebagai penyanyi orkestra di pelbagai panggung pada usia 8 tahun ketika duduk semasa darjah dua.[10] Pada usia 11 tahun, Lesti Kejora bekerja sebagai penyanyi organ tunggal, dengan mengikuti grup organ tunggal di kampungnya. Setiap ada organ tunggal, Lesti Kejora dibawa ayahnya ke tempat acara. Di acara tersebut, Lesti kejora menyanyikan lagu dangdut untuk mengasah vokal dan mentalnya di depan umum.[11]

Ketika dalam sekolah menengah, Lesti Kejora mengaku pernah mengalami pengalaman tidak menyenangkan saat bernyanyi, yakni ketika Lesti Kejora dibaling barang hadiah (saweran) dari penonton. Ayahnya mentafsirkan ini sebagai suatu pembulian, dan melarang Lesti Kejora daripada menyanyi.[12]

Lesti Kejora memperoleh pendidikan dasar dan menengah di sekolah negeri kampung halamannya, yakni SD Negeri Cikangkareng 2[13] dan SMP Negeri 1 Cibinong. Lesti Kejora kemudian melanjutkan pendidikan menengah tinggi di daerah Tangerang, tepatnya di SMA Ki Hajar Dewantoro tatkala beliau mulai mengembangkan kariernya di ibu kota selepas lulus pertandingan D'Academy.[14] Selanjutnya, pada 2018, Lesti Kejora melanjutkan pendidikan tinggi di Universitas Mercu Buana dalam bidang komunikasi.[15]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada usia 14 tahun, Lesti Kejora mengikuti uji bakat D'Academy di Bandung dan berhasil mendapatkan Golden Ticket untuk mengikuti konsert pencalonan di studio Indosiar. Setelah mengharungi D'Academy, beliau berjaya menjadi juara. Dalam konsert kemenangan, Lesti menerima hadiah 100 juta rupiah serta sebuah kereta. Pada malam itu juga, beliau berkesempatan melancarkan single berjudul Kejora ciptaan Nur Bayan.[16]

Pada akhir 2015, Lesti Kejora juga berkesempatan mewakili Indonesia dalam pertandingan D'Academy Asia, dan berjaya memperoleh naib juara berusaha mengalahkan pesaing senegaranya, Danang Pradana Dieva. Beliau juga memperoleh hadiah wang tunai 100 juta rupiah dan sebuah single berjudul Zapin Melayu karya komposer Malaysia Pak Ngah.[17]

Pada 2017, Lesti Kejora kembali melakar prestasi dalam industri dangdut, dengan memperoleh anugerah artis solo dangdut terbaik dalam Anugerah Musik Indonesia.[18]

Dalam upacara pembukaan Sukan Para Asia 2018, Lesti berkolaborasi dengan sejumlah penyanyi ternama negara, termasuk Armand Maulana, Once Mekel, Maudy Ayunda, Vidi Aldiano, Zara Leola, Regina Poetiray, dan Putri Ariani untuk menyanyikan lagu tema rasmi temasya, Song of Victory.[19][20][21][22]

Pada Oktober 2020, Lesti Kejora menjadi salah satu wakil Indonesia sebagai tetamu dalam acara AXN All-Stars di saluran AXN Asia yang berkolaborasi dengan pihak pemerintahan Indonesia untuk mendukung kempen pandemik COVID-19, Indonesia Care.[23]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lesti Kejora bertunang dengan Rizky Billar pada 13 Jun 2021 di Gedong Putih, Lembang, Bandung. Acara melamar mereka yang berunsur adat Sunda ditayangkan secara langsung di Indosiar.[24] Acara ini, serta program-program berkaitan perkahwinannya mendapat perhatian ramai dan memperoleh penarafan yang tinggi dalam televisyen Indonesia.[25] Lesti Kejora akhirnya bernikah dengan Rizky Billar setelah melangsungkan ijab kabul pada 19 Ogos 2021 di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan.[26][27]

Lesti Kejora melahirkan anak pertamanya pada 26 Desember, bernama Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Walau bagaimanapun, bayinya lahir secara pramatang kerana komplikasi pada Lesti Kejora yang berpunca daripada keletihan akibat aktivitinya. Persalinan dilakukan secara caesar pada usia kehamilan 34 minggu.[28]

Kes keganasan rumah tangga[sunting | sunting sumber]

Pada September 2022, satu kontroversi ditimbulkan apabila Lesti Kejora membuat laporan polisi terhadap Billar ke Polres Metro Jakarta Selatan atas dakwaan kes Kekerasan Dalam Rumah Tanggal (KDRT) yang terjadi pada 28 September 2022 sekitar pukul 09.47 WIB dan 01.51 WIB. Dalam laporannya itu, Lesti berkata bahawa Billar bertindak memukul dan mencekik Lesti Kejora kerana perbuatan curangnya terbongkar, dengan Lesti Kejora meminta agar dipulangkan ke rumah ibu bapanya kerana kejadian itu. Tidak hanya itu, Rizky Billar juga cuba menarik Lesti ke arah bilik air dan kemudian memukulnya ke lantai berulang kali sehingga tangan kanan, kiri, leher dan tubuhnya kesakitan. Lesti Kejora diketahui mengalami pergeseran tulang leher akibat kejadian tersebut.[29]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Singles[sunting | sunting sumber]

  • 2014: "Kejora"
  • 2015: "Zapin Melayu"
  • 2017: "Egois"
  • 2017: "Buka Mata Hati"
  • 2018: "Mati Gaya"
  • 2018: "Purnama"
  • 2018: "Lebih Dari Selamanya" (feat. Fildan Rahayu)
  • 2019: "Ada Cerita"
  • 2020: "Tirani"
  • 2020: "Ku Lepas Dengan Ikhlas"
  • 2021: "Bismillah Cinta" (feat Ungu)
  • 2021: "Bawa Aku ke Penghulu"
  • 2021: "Takdir Cinta" (Feat Rizky Billar)
  • 2022: "Lentera"
  • 2022: "Sekali Seumur Hidup"
  • 2023: "Insan Biasa"
  • 2023: "Di Arsyi-Mu"
  • 2023: "Bukan Cinta Biasa"
  • 2023: "Terkesan"
  • 2024: "Angin"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://m.liputan6.com/hot/read/4314000/6-potret-lawas-lesty-kejora-saat-sma-bikin-pangling
  2. ^ https://quizy.id/news/jadi-anak-kuliah-ini-perasaan-lesti
  3. ^ "Suara Lesti Yang Memikat Hati". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-20. Dicapai pada 25 Ogos 2015.
  4. ^ "Lesti Gadis Desa Jadi Juara". Dicapai pada 17 September 2014.
  5. ^ Okezone (2021-04-13). "Lesti Kejora, Pedangdut yang Lahir dari Keluarga Sederhana : Okezone Celebrity" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-02.
  6. ^ Times, I. D. N.; Azasya, Stella. "Penuh Kehangatan, 10 Pemotretan Keluarga Lesti Kejora". IDN Times (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-02.
  7. ^ a b "Lahir dari Keluarga Penjual Mie Ayam, Begini Perjalanan Karir Lesti Sampai Jadi Pedangdut Top Tanah Air". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-02.
  8. ^ "Lesti Tunjukkan ke Rizky Billar Benda Bersejarah di Rumah Masa Kecilnya, Dulu Dipakai Belajar Nyanyi - Halaman 2 - Tribunjabar.id". jabar.tribunnews.com. Dicapai pada 2021-12-02.
  9. ^ "Berani Tampil dari Kecil, Lesti Kejora Sudah Nyanyi dari Panggung ke Panggung Sejak Umur 5 Tahun". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-02.
  10. ^ VIVA, PT VIVA MEDIA BARU- (2020-09-21). "Lesti Kejora, Nyanyi Dangdut dari Panggung ke Panggung Sejak Kecil". www.viva.co.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-02.
  11. ^ "Cerita Lesti Kejora Pernah Nyanyi Keliling Kampung hingga sang Ayah Khawatir saat Anaknya Disawer - Halaman 2 - Tribunnews.com". m.tribunnews.com. Dicapai pada 2021-12-02.
  12. ^ "Cerita Lesti Kejora Pernah Nyanyi Keliling Kampung hingga sang Ayah Khawatir saat Anaknya Disawer - Halaman 3 - Tribunnews.com". m.tribunnews.com. Dicapai pada 2021-12-02.
  13. ^ "8 Potret Sekolah Dasar Lesti Kejora yang Penuh Kenangan, Nuansa Pedesaan Bikin Kangen Kampung Halaman". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-01-05.
  14. ^ "Sibuk Menyanyi, Lesti D'Academy Jarang Masuk Sekolah". seleb.tempo.co. 17 Februari 2018. Dicapai pada 2022-01-05.
  15. ^ "Lestiani - Pangkalan Data Pendidikan Tinggi". pddikti.kemdikbud.go.id. Dicapai pada 2022-01-05.
  16. ^ "Mengenal Lesti Andriyani, Gadis Belia Sang Jawara Dangdut". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-04. Dicapai pada 1 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  17. ^ "Pasca D'Academy Asia, Lesti Ingin Rilis Album dalam Waktu Dekat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-03. Dicapai pada 1 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  18. ^ "Pemenang AMI Awards 2017, Lesti dan Danang Borong Piala". Trinity Optima Production (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-17. Dicapai pada 2017-11-17.
  19. ^ MEMBAKAR SEMANGAT! Song Of Victory Berkumandang di Opening Asian Para Games 2018 (dalam bahasa Indonesia), dicapai pada 2021-03-27
  20. ^ SONG OF VICTORY - Various Artists - Asian Para Games 2018 Official Theme Song (dalam bahasa Indonesia), dicapai pada 2021-03-26
  21. ^ Zulfikar, Fachrezy. "Inilah Official Theme Song Asian Para Games 2018!". www.goodnewsfromindonesia.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-03-26.
  22. ^ Media, Kompas Cyber. ""Song of Victory", Lagu Resmi Asian Para Games 2018". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-03-26.
  23. ^ Moreschick (2020-10-31). "Dihadiri Lesti Sampai David Foster, AXN All-Stars Gelar Hiburan Virtual di Tengah Pandemi - Moreschick". moreschick.pikiran-rakyat.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-06. Dicapai pada 2021-01-14. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  24. ^ Fimela.com (2021-06-13). "Lamaran Lesti dan Rizky Billar Berbalut Adat Sunda". fimela.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-30.
  25. ^ "10 Besar Daftar Rating TV: Lamaran Rizky Billar dan Lesty Kejora Mendominasi, Ikatan Cinta Tak Goyah". Tabloidbintang.com (dalam bahasa Indonesia). 2021-06-14. Dicapai pada 2021-06-30.
  26. ^ Liputan6.com (2021-08-19). "Resmi Menikah, Lesti Kejora dan Rizky Billar Berbalut Busana Pengantin Serba Putih". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-08-29.
  27. ^ "Biografi dan Biodata Lesti Kejora, Perjalanan Karir Hingga Menjadi Istri Rizky Billar". PARBOABOA (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-15.
  28. ^ Media, Kompas Cyber (2021-12-28). "Lesti Kejora Melahirkan Anak Pertama, Tak Terduga hingga Bayinya Prematur". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-01-05.
  29. ^ Portalberita.one "https://portalberita.one/2022/09/29/lesti-kejora-laporkan-rizky-billar-atas-dugaan-kdrt/" portalberita.one (dalam bahasa Indonesia), Dicapai pada 2022-09-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]