"Let Love Come Through" ialah lagu nyanyian Yuna menampilkan penyanyi rap Amerika Syarikat, Kyle yang dimuatkan dalam EP Sixth Street. Ia dikeluarkan pada 25 April 2013 oleh Verve Music Group.[1][2]
Dalam ulasan retrospektif untuk Sixth Street, Chanun Poomsawai dari Bangkok Post berkata: ""Let Love Come Through" menonjol dengan intro rap Kyle, mencipta kontras dengan Yuna. Hasilnya ialah campuran seimbang bunyi dan sintetik vintaj yang menenangkan".[3]