Letupan bom Bangkok 27 Februari 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Letupan bom Bangkok 27 Februari 2010 menjadikan 5 buah premis bank di Bangkok Thailand sebagai sasaran pada hari Sabtu, 27 Februari 2010.Polis Thailand melaporkan 2 bom meletup, dua berjaya dimusnahkan dan satu didapati bom palsu.

Timbalan Pemerintah Polis Metropolitan Bangkok, Mej Jen Pol Anan Srihiran melaporkan:

  1. Bom tangan (pertama) merosakkan pintu Bangkok Bank Cawangan Silom jam 9.45 malam.Sebuah teksi dan telefon awam berhampiran turut rosak.
  2. Bom kedua : Jam 9.00 pagi, pengawal keselamatan menjumpai sebutir bom tangan di depan Bangkok Bank Cawangan Rama II.
  3. Bom ketiga dijumpai di depan Thanachart Bank Cawangan Phuttamontonsai 4 tetapi ia disahkan bom palsu. Mej Pol Somkid Planchiwaboon dari Balai Polis Praradaeng melaporkan kes itu.
  4. Bom keempat meletup di Bangkok Bank Cawangan Prapradaeng pada pukul 11.30 malam dan merosakkan pintu utamanya serta dua telefon awam.
  5. Bom kelima dijumpai di Bangkok Bank Cawangan Thanon Srinakarin, tetapi unit pemusnah polis berjaya mematikannya.

Serangan kedua[sunting | sunting sumber]

Siri serangan kedua berlaku pada hari Selasa, 2 Mac 2010. 9 premis bank telah diserang.

  1. Bom buatan sendiri itu meletup di cawangan Government Savings Bank di daerah Muang, di sini pada pukul 6.30 pagi, 2 Mac 2010.Mesin ATM bank itu rosak teruk.
  2. Dua lagi bom meletup kira-kira 500 meter dari tempat itu
  3. Bom buatan sendiri seberat tiga kilogram meletup di mesin ATM milik KrungThai Bank yang bertempat di hadapan Pejabat Datuk Bandar Narathiwat pada pukul 6.50 pagi.Wanita tukang cuci, Prom Sipon, 46, cedera parah.
  4. Satu lagi bom yang disembunyikan dalam tong sampah meletup kira-kira 300 meter dari Pejabat Datuk Bandar Narathiwat.
  5. Bom ke-6 meletup pada kira-kira pukul 7 pagi di mesin ATM Government Saving Bank yang terletak di cawangan bank itu di Tanjung Mas, Ranget menyebabkan seorang lelaki, Chanwat Uapanyasil, 26, cedera.
  6. Bom ke-7 dan ke-8 berjaya dimatikan. Ia ditemui di cawangan KrungThai Bank dan cawangan Bank for Agriculture and Agricultural Cooperatives, kedua-duanya di Tanjung Mas, Ranget.
  7. Bom ke-9 meletup di sebatang jalan di daerah Bacho ketika sekumpulan tentera meronda kawasan itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Narathiwat Mej Gen Pol Chaitat Intanujit menyatakan siasatan polis mendapati serangan itu menggunakan jam digital.

Pelaku dan motif[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva percaya ia angkara kumpulan kecil sahaja. Saksi melihat dua lelaki bermotosikal yang melemparkan bom tersebut. [1]

Motif serangan mempunyai kaitan dengan keputusan Mahkamah Agung yang memutuskan untuk merampas aset bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang dibeku. Bahagian Jenayah bagi Penjawat Jawatan Politik di Mahkamah Agung memutuskan Thaksin telah menyalahgunakan kuasa semasa tempoh beliau memegang jawatan itu dengan memihak kepada urusan perniagaan syarikatnya dan memerintahkan supaya 46.3 bilion Baht (RM4.7 bilion) daripada 76.6 bilion Baht (RM7.8 billon) aset yang dibekukan milik beliau dan keluarganya dirampas.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]