Letusan gusi bersuara
Penampilan
| IPA – nombor | 103 (132) |
| IPA – teks | d͡z |
| IPA – imej | |
| Entiti | ʣ |
| X-SAMPA | dz |
| Kirshenbaum | dz |
| ⓘ | |
Letusan gusi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara d͡z dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan dz dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri letusan gusi bersuara:
- Cara artikulasinya adalah letusan sibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
- Daerah artikulasinya adalah gusi, iaitu disebut dengan hujung lidah (apikal) atau daun lidah (laminal) menyentuh batas gusi.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.