Lev Yashin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Lev Yashin
Maklumat peribadi
Nama penuh Lev Ivanovich Yashin
Tarikh lahir (1929-10-22)22 Oktober 1929
Tempat lahir Moscow, Soviet Union
Tarikh kematian 20 Mac 1990(1990-03-20) (umur 60)
Tempat kematian Moscow, Soviet Union
Ketinggian 1.89 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1950–1970 Dynamo Moscow 326 (1)
Pasukan kebangsaan
1954–1970 Soviet Union 78 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Lev Ivanovich Yashin (Rusia: Лев Ива́нович Я́шин, 22 Oktober 1929 - 20 Mac 1990), gelaran diberi The Black Spider (Labah-labah hitam) atau The Black Panther ialah seorang penjaga gol Russia-Soviet, dianggap sebagai penjaga gol paling disegani di dalam sejarah permainan bola sepak[1]. Beliau terkenal dengan sifat kesukanan yang tinggi, kebal menjaga pintu gol serta tindakan refleksi yang cepat apabila menangkap bola[2].

Yashin mewakili pasukan kebangsaan dalam empat kejohanan Piala Dunia FIFA pada tahun 1958 sehingga tahun 1970. Pada tahun 2002, beliau telah dipilih sebagai salah seorang pemain dalam pasukan pilihan FIFA yang terdiri daripada pemain-pemain yang terkenal sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia. Beliau juga dipilih sebagai pemain dalam pasukan pilihan abad ke-20. Sepanjang karier beliau, beliau menyelamatkan lebih daripada 150 sepakan penalti dan tidak bolos lebih dari 270 kali. Yashin juga pernah memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik musim panas dalam acara bola sepak serta Kejohanan Bola Sepak Eropah 1960[3]. Pada tahun 1963, beliau telah dinamakan sebagai pemain bola sepak Eropah tahunan, di mana beliau merupakan satu-satunya penjaga gol yang menerima anugerah ini[2]. Beliau juga telah dipilih sebagai penjaga gol terbaik abad ke-20 oleh IFFHS[4].

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yashin dilahirkan di Moscow. Keluarganya bekerja sebagai pekerja buruh. Semasa beliau berumur 12 tahun, beliau terpaksa menjadi pekerja buruh gara-gara tercetusnya Perang Dunia Kedua dan beliau dihantar ke kilang tentera di Moscow, dan di sana beliau telah didedahkan dengan permainan bola sepak.

Karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau bermain bola sepak ketika bekerja sebagai pekerja buruh di kilang tentera di Moscow, beliau telah diperhatikan oleh wakil dari kelab Dynamo Moscow dan mengajak beliau untuk menyertai pasukan belia kelab itu. Penampilan sulung Yashin ialah pada tahun 1950 semasa perlawanan persahabatan, di mana pada ketika itu beliau melakukan banyak kesilapan, antaranya gol hasil dari sepakan penjaga gol lawan. Beliau tidak disenaraikan untuk perlawanan bola sepak di peringkat senior sehingga tahun 1953, namun begitu beliau tetap bersama kelab Dynamo dan sentiasa mencuba untuk disenaraikan dalam pasukan senior. Yashin juga pernah menjadi penjaga gol untuk pasukan hoki ais Dynamo Moscow dalam tahun-tahun awal semasa beliau cuba untuk disenaraikan dalam pasukan senior. Beliau berjaya memenangi Piala Hoki Ais USSR pada tahun 1953.

Yashin hanya menghabiskan karier bola sepak beliau bersama kelab Dynamo Moscow, pada tahun 1950 sehingga tahun 1970, pernah memenangi kejohanan bola sepak USSR sebanyak 5 kali dan Piala USSR sebanyak 3 kali. Alexei Khomich, seorang penjaga gol Soviet merupakan mentor kepada Yashin.

Negara[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1954, Yashin telah dipanggil untuk menyertai pasukan bola sepak USSR dan mengumpul 74 kap[5]. Bersama pasukan kebangsaan, beliau memenangi sukan Olimpik musim panas pada tahun 1956 dan Kejohanan Bola Sepak Eropah 1960. Dalam Piala Dunia FIFA 1958 di Sweden, Yashin menunjukkan prestasi cemerlang apabila membantu pasukan Soviet Union mara ke suku akhir. Di dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang pasukan Brazil, walaupun pasukan Soviet tewas 2-0 tetapi prestasi cemerlang Yashin mengelakkan pasukannya dari dibolosi sebanyak mungkin[6]. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang pemain dalam pasukan bintang FIFA dalam Piala Dunia tersebut. Pada tahun 1962, walaupun beliau mengalami kecederaan pada otak sebanyak 2 kali semasa kejohanan Piala Dunia FIFA 1962, beliau sekali lagi mengetuai pasukannya mara ke peringkat suku akhir, sebelum tewas kepada pasukan tuan rumah Chile[7]. Kejohanan itu menyaksikan Yashin membuat kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Dalam perlawanan menentang pasukan Colombia, semasa pasukan Soviet Union mendahului dengan jaringan 4-1, beliau dibolosi dengan jaringan mudah, antaranya ialah jaringan terus dari sepakan penjuru yang diambil oleh Marcos Coll (satu-satunya gol yang datang hasil dari sepakan terus dari sepakan penjuru dalam sejarah penganjuran Piala Dunia FIFA). Perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan seri 4-4, membuatkan media dari Perancis, l'Equipe meramalkan bahawa ini merupakan penamat karier Yashin[8]. Namun begitu, beliau kembali memenangi Ballon d'Or dalam tahun berikutnya dan mengetuai pasukan Soviet dalam Piala Dunia FIFA 1966, menunjukkan prestasi cemerlang dan mengakhiri kejohanan itu dengan mendapat tempat keempat. Dalam Piala Dunia FIFA 1970 pula, pada awalnya beliau hanya memberi kata-kata semangat kepada rakan pasukannya, namun begitu beliau turut menyertai rakan pasukannya berjuang dalam kejohanan ini dan dipilih sebagai penjaga gol ketiga serta pembantu jurulatih. Pasukan Soviet sekali lagi mara ke peringkat suku akhir dan Yashin diberi kredit atas 4 perlawanan tidak dibolosi gol daripada 12 perlawanan yang beliau sertai sepanjang kejohanan tersebut.

Salah satu daripada perlawanan hasil dari prestasi cemerlang Yashin ialah pada tahun 1963, semasa perlawanan menyambut ulangtahun ke-100 Persatuan Bola Sepak England, beliau mewakili Pasukan Pilihan Dunia XI menentang pasukan England di Stadium Wembley. Dalam perlawanan tersebut, beliau banyak menyelamatkan bola dari dimasuk ke dalam pintu gol dan kebanyakkan daripada aksi beliau dianggap mustahil untuk dilakukan. Beliau diberi gelaran Black Spider (labah-labah hitam) kerana beliau selalunya memakai jersi serba hitam dan seolah-olah beliau mempunyai 8 tangan seperti labah-labah untuk menyelamatkan bola dari dimasuk ke dalam pintu gol. Pada tahun 1971, beliau bermain dalam perlawanan terakhir beliau untuk kelab Dynamo Moscow.

Yashin merupakan satu-satunya penjaga gol yang memenangi pemain bola sepak terbaik Eropah tahunan, di mana beliau merangkulnya pada tahun 1963[2]. Beliau juga menyelamatkan 151 sepakan penalti, jauh lebih banyak daripada mana-mana penjaga gol dalam sejarah dan tidak dibolosi sebanyak lebih 270 perlawanan[3][9]. Apabila ditanya apakah rahsia disebalik prestasi cemerlang sebagai seorang penjaga gol, beliau meberitahu bahawa rahsianya adalah to have a smoke to calm your nerves, then toss back a strong drink to tone your muscles[9].


Akhir hayat[sunting | sunting sumber]

Disebabkan penglibatan beliau serta perkhidmatan kepada rakyat dan negara, beliau telah dianugerahkan Order of Lenin pada tahun 1967, anugerah tertinggi USSR[2]. Selepas beliau bersara dari bola sepak, Yashin menghabiskan lebih kurang 20 tahun dalam banyak jawatan pentadbiran di Dynamo Moscow. Sebuah tugu Lev Yashin telah dibina di Stadium Dynamo di Moscow[9].

Pada tahun 1986, semasa beliau di Budapest, beliau telah dijangkiti dengan thrombophlebitis, menyebabkan Yashin terpaksa menjalani pembedahan memotong salah satu daripada kakinya[9].

Beliau meninggal dunia pada tahun 1990 akibat kanser perut[9].


Statistik[sunting | sunting sumber]

  • 812 penampilan Yashin sepanjang karier beliau.[10]
  • Lebih kurang 150 sepakan penalti diselamatkan beliau.[1][11]
Prestasi bersama kelab Liga
Musim Kelab Liga Kemunculan Gol
Soviet Union Liga
1950 Dynamo Moscow Liga utama 2 0
1951 0 0
1952 0 0
1953 13 0
1954 24 0
1955 22 0
1956 19 0
1957 12 0
1958 6 1
1959 19 0
1960 18 0
1961 19 0
1962 17 0
1963 27 0
1964 28 0
1965 20 0
1966 8 0
1967 20 0
1968 17 0
1969 22 0
1970 13 0
Negara Soviet Union 326 0
Jumlah 326 1
Pasukan Soviet Union
Tahun Kemunculan Gol
1954 2 0
1955 6 0
1956 8 0
1957 5 0
1958 6 0
1959 2 0
1960 5 0
1961 5 0
1962 7 0
1963 4 0
1964 7 0
1965 5 0
1966 7 0
1967 6 0
Total 75 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Soviet Dynamo Moscow[sunting | sunting sumber]

Pasukan hoki ais Dynamo Moscow[sunting | sunting sumber]

  • Juara Piala Soviet: 1953

 Kesatuan Soviet[sunting | sunting sumber]

  • Sukan Olimpik musim panas
    • Pingat emas: 1956

Anugerah individu[sunting | sunting sumber]

  • 1960: Penjaga gol terbaik USSR tahunan
  • 1963: Penjaga gol terbaik USSR tahunan
  • 1963: Ballon d'Or
  • 1963: Ballon d'Or
  • 1966: Penjaga gol terbaik USSR tahunan
  • 1967: Order of Lenin
  • 1986: Olympic Order
  • 1988: FIFA Order of Merit
  • 1994: Pasukan plihan Piala Dunia FIFA sepanjang zaman
  • 1998: Pasukan dunia pilihan abad ke-20
  • 2002: Pasukan pilihan Piala Dunia FIFA
  • 2000: Penjaga gol terbaik dunia FIFA
  • 2003: Pemain emas Russia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Yashin, Lev Ivanovich". Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada 25 Jun 2008.
  2. ^ a b c d "Yashin, the impregnable Spider" Diarkibkan 2014-04-05 di Wayback Machine. FIFA. Retrieved 23 November 2013
  3. ^ a b "The greatest XI in the history of football... and there's no room for Ronaldo, Eusebio and Best". Daily Mail. Retrieved 23 November 2013
  4. ^ Stokkermans, Karel. "IFFHS' Century Elections". RSSSF. Dicapai pada 25 Jun 2008.
  5. ^ Matthias Arnhold (13 Disember 2012). "Lev Ivanovich Yashin - International Appearances". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 2 Januari 2013.
  6. ^ Castro, Ruy (2005). Garrincha - The Triumph and Tragedy of Brazil’s Forgotten Footballing Hero. London: Yellow Jersey Press. ISBN 0-224-06433-9.
  7. ^ "Victor Ponedelnik". UEFA EURO 2008. Dicapai pada 21 April 2008.
  8. ^ "The path of the 'Panther'". BBC News. 9 April 2002. Dicapai pada 21 April 2008.
  9. ^ a b c d e Jimmy Greaves. "Football's Great Heroes and Entertainers". p.1949.
  10. ^ "Лев Яшин". russiateam.ru (dalam bahasa Russian). Dicapai pada 18 Mac 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Lev YASHIN". russiateam.ru. Dicapai pada 18 Mac 2011.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ruy Castro (2005). Garrincha - The Triumph and Tragedy of Brazil’s Forgotten Footballing Hero. Yellow Jersey Press, London. ISBN 0-224-06433-9. (Original Title in Portuguese: Estrela Solitária (Lonely Star))

Pautan luar[sunting | sunting sumber]