Lever Brothers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lever Brothers
NasibBergabung dengan Margarine Unie
PenggantiUnilever
Ditubuhkan1884; 137 tahun yang lalu (1884) di Warrington, England
PengasasThe 1st Viscount Leverhulme
James Darcy Lever
Dibubarkan1930 (1930)
JenamaSunlight
Lifebuoy
Lux
Vim
Bilangan kakitangan
250.000 (1930)
Curtis Davis Company
Huileries du Congo Belge
A&F Pears
Gossage's
Watson's
Crosfield's
Hazlehurst & Sons
Hudson's

Lever Brothers ialah sebuah syarikat United Kingdom yang ditubuhkan pada tahun 1885 oleh dua bersaudara, The 1st Viscount Leverhulme (1851–1925) dan James Darcy Lever (1854–1916). Kedua-duanya melabur dan berjaya mempromosikan proses pengeluaran sabun baru yang dicipta oleh William Hough Watson. Lever Brothers kemudian berkembang ke Amerika Syarikat pada tahun 1895 dan memperolehi Mac Fisheries, pemilik T. Wall & Sons pada tahun 1925. Lever Brothers dahulunya merupakan salah satu dari beberapa syarikat United Kingdom yang sangat menitik beratkan kebajikan pekerjanya. Jenama milik syarikat ini termasuk "Lifebuoy", "Lux" dan "Vim". Lever Brothers kemudian bergabung dengan Margarine Unie untuk membentuk Unilever pada tahun 1930.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai sebuah perniagaan pasar borong kecil oleh bapanya, William Lever (pada Jun 1917 menyandang gelaran The 1st Baron Leverhulme dan pada Disember 1922, menyandang gelaran The 1st Viscount Leverhulme) dan saudaranya, James kemudian menceburi perniagaan pengeluaran sabun pada tahun 1885 dengan membeli sebuah kilang sabun kecil di Warrington. Kedua-duanya kemudian bekerjasama dengan William Hough Watson, yang mencipta proses pengeluaran sabun baru, dengan menggunakan gliserin dan minyak sayuran, seperti minyak sawit, bukannya lemak haiwam.[1] Produk sabunnya tidak menimbulkan busa, dan awalnya dikenali sebagai Honey Soap, namun kemudian bertukar nama menjadi "Sunlight". Pengeluaran sabun lalu mencapai 450 tan setiap minggu pada tahun 1888. Kilang yang lebih besar lalu dibangun di paya di Bromborough Pool di Semenanjung Wirral, yang kini menjadi Port Sunlight,[2] bahagian dari Cheshire. Biarpun syarikat ini diberi nama Lever Brothers, saudara William Lever, James jarang sekali menguruskan syarikat ini secara langsung. Beliau kemudian jatuh sakit pada tahun 1895, kemungkinan akibat penyakit kencing manis, dan meninggalkan jawatannya sebagai pengarah pada tahun 1897.[3]

Lever Brothers memasuki pasaram Amerika Syarikat pada tahun 1895, dengan membuka sebuah pejabat jualan kecil di New York City. Pada tahun 1898, syarikat ini membeli syarikat pengeluar sabun kecil di Cambridge, Massachusetts, Curtis Davis Company. Lever Brothers lalu memindahkan ibu pejabatnya di Amerika Syarikat ke Cambridge, dan mulai beroperasi di kilang yang kini menjadi Technology Square. Sehingga 1929, Lever Brothers mempekerjakan 1.000 orang di Cambridge dan 1.400 orang di wilayah lain di Amerika Syarikat, sehingga menjadikannya pengeluar sabun terbesar ketiga di Ameika Syarikat.[4][a]

Pada tahun 1925, Lever Brothers memperolehi Mac Fisheries, pemilik T. Wall & Sons.[5]

Kebajikan pekerja dan penggunaan buruh paksa[sunting | sunting sumber]

Lever Brothers dahulu merupakan salah satu daripada beberapa syarikat baru United Kingdom yang sangat menitik beratkan kebajikan pekerjanya.[6] Port Sunlight, yang kini menjadi sebahagian dari Cheshire, dibangunkan antara tahun 1888 dan 1914 di sebelah kilang sabunnya untuk menyediakan perumahan yang layak bagi kakitangan syarikat, dengan piawaian seni binanya yang tinggi dan sejumlah kemudahan umum. Walaupun begitu, pola yang dikembangkan di Port Sunlight tidak ditemui di anak syarikatnya yang berada di Congo Belgium, iaitu Huileries du Congo Belge (HCB), yang menggunakan tenaga buruh paksa mulai 1911 hingga 1945.[7][8][9]

Jenama[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1900, jenama "Lifebuoy", "Lux", dan "Vim" telah wujud dan sejumlah anak syarikat juga telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Switzerland, Kanada, Australia, Jerman, dsb. Sehingga 1911, syarikat ini telah memiliki kebun kelapa sawit sendiri di Congo Belgium dan Kepulauan Solomon. Lever Brothers Ltd juga memperolehi pengeluar sabun lain, seperti A&F Pears, John Knight dari London,[10] Gossage's dari Widnes, Watson's dari Leeds, Crosfield's dari Warrington, Hazlehurst & Sons dari Runcorn, dan Hudson's dari Liverpool. Bandar Leverville (kini menjadi Lusanga) yang ditubuhkan di Daerah Kwango, yang kini menjadi sebahagian daripada Wilayah Léopoldville, di bahagian baratCongo Belgium, dinamakan sempena William Lever (kemudian Viscount Leverhulme).[11]

Unilever[sunting | sunting sumber]

Pada September 1929, Unilever dibentuk melalui penggabungan operasi Margarine Unie dan Lever Brothers, dengan nama Unilever berasal dari portmanteau nama dua syarikat itu.[12] Sehingga 1930, Unilever mempekerjakan 250.000 orang dan merupakan syarikat terbesar di United Kingdom berdasarkan nilai pasarannya.[6] Unilever merupakan syarikat multinasional moden pertama.[6]

Nama Lever Brothers tetap digunakan selama beberapa saat sebagai cap, serta sebagai nama anak syarikatnya di Amerika Syarikat, Lever Brothers Company, dan anak syarikatnya di Kanada, Lever Brothers Limited. Lever Brothers kemudian dijual kepada Pensler Capital Corporation, dan bertukar namanya sebagai kelas Korex pada tahun 2008. Korex Don Valley meneruskan operasi kilang Lever Brothers di Toronto. Korex kini telah muflis dan bekas kilangnya di Toronto pun dibangunkan semula sebagai sebuah daerah pejabat dan industri oleh First Gulf Corporation.[13]

Presiden[sunting | sunting sumber]

Salah satu presiden syarikat ini ialah Charles Luckman yang pada dekad 1950-an memenangi kontrak pembangunan Lever House di New York City. Luckman meninggalkan syarikat ini sebelum bangunan tersebut siap dibangunkan, dan beralih menjadi arkitek. Hasil seni bina Luckman antara lain Madison Square Garden dan Theme Building. Luckman juga menyusun rencana induk Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Aon Center, dan sejumlah bangunan di Kennedy Space Center dan Johnson Space Center.[14]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pada tahun 1949, Unilever memindahkan ibu pejabat dan makmalnya ke Park Avenue, New York, dan pada tahun 1959, menutup kilangnya di Cambridge.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jeannifer Filly Sumayku, Unilever: Providing Enjoyable and Meaningful Life to Customers Diarkibkan 2013-12-15 di Wayback Machine, The President Post, 22 March 2010
  2. ^ "Unilever: A company history". BBC. 22 February 2000. Dicapai pada 9 July 2011.
  3. ^ Macqueen, Adam (2005). The King of Sunlight: How William Lever Cleaned Up the World. Unilever first started out in new zealand wellington petone but then later on got moved to australia. Random House. m/s. 144. ISBN 978-0-552-15087-3.
  4. ^ "Industry in Cambridge: Lever Brothers". Cambridge Historical Society. Dicapai pada 1 February 2020.
  5. ^ "Acquisitions and firm growth: Creating Unilever's ice cream and tea business" (PDF). Dicapai pada 21 March 2015.
  6. ^ a b c Brian Lewis (2008). "So Clean": Lord Leverhulme, Soap and Civilization. Manchester: Manchester University Press.
  7. ^ Marchal, Jules (2008). Lord Leverhulme's Ghosts: Colonial Exploitation in the Congo. Translated by Martin Thom. Introduced by Adam Hochschild. London: Verso. ISBN 978-1-84467-239-4..Marchal, Jules (2008). Lord Leverhulme's Ghosts: Colonial Exploitation in the Congo. Translated by Martin Thom. Introduced by Adam Hochschild. London: Verso. ISBN 978-1-84467-239-4. First published as Travail forcé pour l'huile de palme de Lord Leverhulme: L'histoire du Congo 1910-1945, tome 3 by Editions Paula Bellings in 2001.
  8. ^ Rich, Jeremy (Spring 2009). "Lord Leverhulme's Ghost: Colonial Exploitation in the Congo (review)". Project Muse. Journal of Colonialism and Colonial History. Dicapai pada 17 March 2018.
  9. ^ Buell, Raymond Leslie (1928). The native problem in Africa, Volume II. New York: The Macmillan Company. halaman 540–544.
  10. ^ Grace's Guide: John Knight Retrieved 1 May 2020
  11. ^ Gurney, Peter (1996). Co-operative culture and the politics of consumption in England, 1870-1930. Manchester University Press ND. m/s. 207. ISBN 0-7190-4950-4.
  12. ^ About us, 1920-1929 "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada 25 July 2015. Dicapai pada 12 October 2019., Unilever
  13. ^ "Old soap factory getting a facelift". The Globe and Mail. Toronto. 1 February 2012. Dicapai pada 27 April 2015.
  14. ^ Muschamp, Herbert (1999-01-28). "Charles Luckman, Architect Who Designed Penn Station's Replacement, Dies at 89". New York Times. Dicapai pada 2013-02-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]