Lexus dan Pokok Zaitun
Umum | |
---|---|
Pengarang | Thomas L. Friedman |
Negara | ![]() |
Bahasa | Inggeris |
Subjek | Hubungan ekonomi antarabangsa Perdagangan bebas Kapitalisme–Aspek-aspek sosial Inovasi teknologi–Aspek-aspek ekonomi Inovasi teknologi–Aspek-aspek sosial Komunikasi antara budaya Globalisasi Amerika Syarikat–Hubungan ekonomi luar negara |
Penerbitan | |
Penerbit | Farrar, Straus and Giroux |
Tarikh penerbitan | 1999 |
Jenis media | Kulit keras |
Halaman | 394 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN [[Special:BookSources/0-374-19203-0 (BI) 978 983 068 248 8 (BM)|0-374-19203-0 (BI) 978 983 068 248 8 (BM)]] Invalid ISBN |
OCLC | 40609510 |
337 21 | |
LCC | HF1359 .F74 1999 |
Lexus dan Pokok Zaitun (bahasa Inggeris: The Lexus and the Olive Tree ) dikarang oleh Thomas L. Friedman pada tahun 1999, untuk menganjurkan bahawa dunia sedang mengalami dua pergelutan, iaitu mengejar kemakmuran dan pembangunan yang dilambangkan oleh kereta Lexus, dan mengekalkan identiti dan tradisi yang dilambangkan oleh pokok zaitun. Katanya, beliau menyedari perkara ini ketika menjamu selera dengan sekotak sushi dalam sebuah keretapi peluru Jepun setelah mengunjungi sebuah kilang Lexus factory sambil membaca berita konflik di Timur Tengah.
Friedman membimbing pembaca dalam pengembaraan antarabangsa untuk memperbaharui pemahaman istilah "globalisasi" yang sering tersalah faham dan tersalah guna, dengan mengupas kisah-kisah pengalaman sebenarnya ketika bersemuka dengan ramai tokoh tersohor di dunia. Beliau berhujah bahawa globalisasi bukan sekadar arah aliran yang sementara, malah merupakan sebuah sistem antarabangsa yang menggantikan sistem Perang Dingin yang dahulu, dan mengamalkan peraturan dan logik tersendiri yang secara langsung atau sebaliknya mempengaruhi politik, persekitaran, geopolitik dan ekonomi hampir setiap negara di dunia."
Friedman hendak meneliti, mengupas dan menggolongkan sistem antarabangsa baru ini, lantas menjelaskannya dengan memperkenalkan istilah-istilah baru yang serba menarik seperti Kurang Daya Tahan Mikrocip; Baju Pasung Emas; Kumpulan Elektronik; DOSCapital; dsb.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Lexus Dan Pokok Zaitun: INTM
- Official page on author's site Diarkibkan 2005-05-11 di Wayback Machine
- Review in Policy Review[pautan mati kekal] by Holman W. Jenkins, Jr.
- Review in Washington Monthly Diarkibkan 2005-06-26 di Wayback Machine by Paul Krugman
- Summary on BizSum
- Summary by Tom Allen Diarkibkan 2006-08-15 di Wayback Machine