Lhasa apso ialah satu baka anjing bukan sukan yang berasal dari Tibet.[1] Baka ini dibiakbakakan sebagai anjing penjaga dalaman di dalam biara Buddha, untuk menyedarkan sami akan mana-mana penceroboh yang masuk. Lhasa ialah ibu kota Tibet dan "apso" ialah perkataan dalam bahasa Tibet bermaksud "berjanggut", maka, "Lhasa apso" bermaksud "anjing Lhasa berbulu panjang". Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa perkataan "apso" ialah kata basahan perkataan bahasa Tibet "rapso", bermaksud "kekambingan",[2] yang mewujudkan terjemahan tepat "anjing Lhasa berwul".