Lia Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Lia Aziz
Kelahiran
Nur Aliah Faizana binti Abdul Aziz

(2003-01-27) 27 Januari 2003 (umur 19)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2019–kini
PasanganArash Azimi Anuar (k. 2022)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Rusa Music
Pengkarya berkait
Asfan Shah, Khai Bahar

Nur Aliah Faizana Abd Aziz (lahir 27 Januari 2003) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya awalnya di media sosial, beliau menerima penghargaan meluas menerusi single sulungnya, "Kucu Kuca" yang dipilih sebagai lagu tema drama Rindu Awak Separuh Nyawa.[1][2] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.[3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lia memulakan kerjaya muziknya pada usia 17 tahun dan sering menyanyikan lagu saduran popular di Instagram. Bakatnya menarik perhatian syarikat rakaman Rusa Music dan menawarkannya peluang menjadi penyanyi rakaman.[1] Dalam temubual bersama Harian Metro pada Disember 2020, Lia berkata, video nyanyian yang pernah tular di media sosial ialah lagu "Empat Dara". "Pada mulanya, bimbang juga nak buat keputusan untuk menerima tawaran menjadi penyanyi kerana saya masih remaja dan kurang pengalaman. Ditambah, saya pun banyak menyanyi di Instagram sahaja," katanya.[1]

Di bawah payung Rusa Music, Lia melancarkan single pertamanya, "Kucu Kuca" pada 24 Mac 2021 yang berkonsepkan pop, ciptaan vokalis kumpulan Azzara Band, Ejai Aziz.[5] Lagu ini dipilih sebagai muzik tema untuk drama Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Pergilah Derita" menampilkan duet bersama Asfan Shah. Lagu ini menjadi lagu tema drama Cukup Derita Itu lakonan Ruhainies dan Hisyam Hamid.[6]

Lia juga berkecimpung dalam bidang lakonan dengan memebintangi drama web Rusa After Class yang ditayangkan di saluran YouTube Rusa Music dan laman Facebook Hotlink. Ia turut dibintangi oleh Azzam Sham, Adilia Hilda, Reedzwann, Beby Acha dan Sheryl Shazwanie.[7]

Bakat[sunting | sunting sumber]

Lia meminati genre muzik pop dan R&B. Beliau juga menjadikan Ernie Zakri dan Aina Abdul sebagai idolanya dalam bidang muzik.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lia dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada 3 beradik. Beliau kini melanjutkan pengajian diploma dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[8][9]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Kucu Kuca" 2020
"Pergilah Derita" (duet bersama Asfan Shah) 2021
"Kaulah Syurga" (duet bersama Khai Bahar) 2022

Single promosi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Catatan
"Dong Dong Qiang" 2022 Lagu Tahun Baharu Cina. Bersama Ayie (Floor 88), Harry Khalifah, Sarah Suhairi, Beby Acha dan Adilia Hilda.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2019–2021 Rusa After Class Lia YouTube

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Big Stage (musim 4) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Norhayati Nordin (28 November 2020). "Tuah Lia menyanyi di Instgram". Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  2. ^ Nor Eryani Yusup (9 Julai 2021). "Tuah 'Kucu Kuca' Lia Aziz". Kosmo!. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  3. ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  4. ^ Norhayati Nordin (10 Mac 2022). "'Saya tak kesal, kecewa'". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  5. ^ Norhayati Nordin (28 Mei 2021). "Penantian Lia berbaloi". Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  6. ^ a b Qarami Hashim (27 Mei 2021). "Takut salah cakap… penyanyi baharu Lia Aziz fikir dulu sebelum kongsi di media sosial - "Komen dalam hati saja, jadi artis kena lebih berjaga-jaga"". mStar Online. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  7. ^ "Hiburan Eksklusif Tanpa Had di Rusa After Class". Hotlink. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  8. ^ Mohamad Shahemy Azmi (16 Oktober 2021). "Lia Aziz gembira sambung belajar, mahu jadi guru muzik". Kosmo!. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  9. ^ Qarami Hashim (16 Oktober 2021). "Penyanyi lagu 'Kucu Kuca' Lia Aziz sambung belajar, kejar cita-cita nak jadi guru muzik - "'Struggle' sikit tapi buat benda kita suka"". mStar Online. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  10. ^ Yee Xiang Yun (19 Januari 2022). "Malay CNY song hits right note" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 22 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]