Lia Natalia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lia Natalia
Kelahiran
Alia Afiqah binti Abden

(1992-11-12) 12 November 1992 (umur 31)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2011–kini

Alia Afiqah Abden (Jawi: ليا ناتليا; lahir 12 November 1992) atau lebih dikenali sebagai Lia Natalia merupakan pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali umum selepas bergelar finalis Pilih Kasih musim ke-2 dan semenjak itu beliau telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.[3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Alia Afiqah binti Abden pada 12 November 1992 di Tawau, Sabah. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik kepada pasangan Abden Aben dan Asia Robroy.[5] Beliau mempunyai darah kacukan daripada nenek moyangnya yang berasal dari Australia iaitu dari suku kaum Melayu Kokos.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau banyak menyertai majlis peragaan fesyen dan menjadi model untuk butik pengantin. Di bawah bimbingan Rosyam Nor, Lia menyertai program Pilih Kasih musim ke-2 (turut disertai oleh Livonia Ricky Guing, Jay Iswazir dan Ungku Hariz) dan berjaya menjadi salah seorang finalis dalam program tersebut pada tahun 2010. Beliau juga pernah menyertai Dewi Remaja pada tahun yang sama dan Pencarian Gadis M2 pada 2011.[7]

Beliau memulakan kerjaya lakonan melalui telefilem berjudul Dendam Sundel Bolong pada 2011 juga dan filem Azura pada tahun 2012 arahan Aziz M. Osman.[8] Seterusnya, Lia memegang peranan kecil sebagai jururawat dalam filem SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan Syafiq Yusof lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.[9] Antara 2014 dan 2015, beliau berlakon di samping Zul Ariffin dan Faye Kusairi dalam Istikharah Cinta di TV3, di mana beliau memegang watak Alisya.

Pada tahun 2017, Lia muncul dalam drama web bersiri Pembancuh Kopi Mr. Vampire sebagai watak pembantu yang disiarkan di HyppTV mulai 15 Mac 2017. Drama ini turut dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz, Nazeera Sardi, Fatin Afeefa, Sharifah Shahora dan artis terkenal lain lagi. Drama 30 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diadaptasi daripada novel yang menggunakan tajuk yang sama dan ditulis oleh Aii Fariza.[10]

Lia dilaporkan bakal memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan telah pun bergerak di bawah pengurusan Rubber Tapper Productions.[11]

Pada Hari Raya Aidilfitri 2018, Lia berlakon di samping pelakon senior Scha Al-Yahya menjayakan peranan utama dalam telefilem Baju Raya Eksklusif arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada Raya ketiga. Ia mengisahkan tentang dua sepupu, Nurin dan Hazwani yang merancang untuk menjual baju raya eksklusif bagi Aidilfitri akan datang.[12]

Pada tahun 2021, beliau berlakon dalam drama Cukup Derita Itu dengan memegang watak sebagai Salwa.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Azura Filem pertama
SAM: Saya Amat Mencintaimu Jururawat Tidak dikreditkan
2017 Pinjamkan Hatiku Latifah
2018 Busker Norli
2020 Syif Malam Raya Siti
2024 Padu The Movie Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Dan Bila Esok Amy TV3 Drama pertama
Keluarga Iskandar Norlina Astro Prima
2012–2013 Metro Skuad Sheila TV2 Peranan berulang
2013 Ku Cinta Kau Seorang Farah TV3
Tanggang Ayu Tini Astro Prima
Ekspedisi Cinta Erina TV1 Slot Citra
2014 Jodoh (Musim 2) Astro Ria
Perempuan Dalam Pasungan Alissya Astro Prima
Bila Hati Berbicara[13] Masitah TV3 Slot Akasia
Aku Isterinya Yati
Istikharah Cinta Alisya
2015 Ema Emyliana TV3
Takhta 3 Ratu Astro First Eksklusif
Tabir Zulaikha Addura TV3 Slot Samarinda
2016 Ahli Mesyuarat Tingkap
Isteri vs Tunang Putri Astro Ria
Kopi Sentul Mocha Santorini TV1
7 Hari Mencintaiku Zurita TV3 Slot Akasia
Lara Cinta Ameena Rosita Slot Samarinda
2017
Suamiku Paling Sweet Deena Slot Akasia
2018 Rahsia Hati Perempuan Suraya muda Astro Ria
Isteri Bukan Untuk Disewa Rhianna
Maryam Eliana TV1
2019 Aurora Aisyah Mona
Ajari Playboy Itu Anita TV3
Gerak Khas (Musim 19) Juliana TV2 Episod: "Pancaroba"
2020 Bukan Gadis Biasa Ujah TV3 Pelakon sampingan
2021 A.I in Love Dania TV2
Cukup Derita Itu Salwa TV3
Best Of Awesome Mart Nona Awesome TV
Apartment Putra TV2 Sitkom
2022 Biarkan Ia Pergi Daniela TV3
Luka Di Hati Diya Ariani TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Dendam Sundel Bolong Astro Ria
Pontianak Beraya Di Kampung Batu
2012 Pautan Kasih Rabbeca TV2
2014 Hantu Selfie Qisha Astro Ria
2016 Mencari Kaamatan di Gombonan TV1 Khas Hari Kaamatan
Kembara Nak Dara Tribute P. Ramlee
Bidadari Zaiton Astro Citra
2017 Di Pintu Syurga TV3
Isteri Untuk Abang Long TV9
2018 Baju Raya Eksklusif Hazwani TV3
2019 Kenduri Hari Merdeka Hana
2021 Penyiasat Viral Tiara TV2
2022 Adik Kakak TV3
Kami Blackpinky Suhaila Awesome TV
2023 Nak Salam Boleh? TV1

Drama web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Laman web Catatan
2016 Sesal Separuh Nyawa HyppTV
2017 Pembancuh Kopi Mr. Vampire Nuha Filzah

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2010 Pilih Kasih (Musim 2) Dirinya sendiri/Peserta TV2 Beliau berjaya menjadi finalis dalam program ini.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Pilih Kasih Finalis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lia nak jadi anak kebanggaan negeri Harian Metro (14 Disember 2018). Dicapai pada 14 Disember 2018.
  2. ^ a b Najiy Jefri (9 Februari 2021). "Lia enggan berharap". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2021.
  3. ^ Nor Eryani Yusup (25 Oktober 2017). "Strategi, sasaran Lia Natalia". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 1 November 2017.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (5 Januari 2018). Lia Natalia elak ‘buat perangai’ demi keluarga Berita Harian. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  5. ^ Norhayati Nordin (23 Disember 2019). "Impian tunai umrah bersama ibu bapa tercapai - Lia Natalia". Harian Metro. Dicapai pada 7 November 2020.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (20 Januari 2018). Lia Natalia tolak kontroversi untuk popular Berita Harian. Dicapai pada 2 Ogos 2018.
  7. ^ Nurhidayyu Zainal (23 April 2014). "Lia Natalia: Susah payah berbaloi". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  8. ^ Azhan.co (4 Februari 2017). Biodata Lia Natalia, Pelakon Comel Dari Sabah Dicapai 2 Mac 2017.
  9. ^ Budiey (29 Ogos 2012). Filem SAM Kutip RM1.4 Juta Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 September 2012.
  10. ^ Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire MyInfotaip. Dicapai pada 27 April 2017.
  11. ^ Ruhaya Ab. Hamid (10 Januari 2018). "Lia Natalia bakal jadi penyanyi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-28. Dicapai pada 27 April 2018.
  12. ^ Ridzuan Abd Rahman (31 Mei 2018). Telefilem santai dalam mood raya Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  13. ^ Norhayati Nordin (14 Oktober 2014). Hasrat Lia tertunai Harian Metro. Dicapai 5 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]