Liar (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liar: Two Sides, One Truth
Genre
Berdasarkan daripada
Liar terbitan Two Brothers Pictures
Ditulis oleh
  • Mayang Al-Mohdar
  • Choong Chi-Ren
  • Nik Naemah Nik Mahir
  • Amar Amir
  • Honey Ahmad
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Lies" oleh Tauese Tofa
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan episod12
Penerbitan
Tempoh siaran45–50 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro GO dan Astro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal3 April 2023 – 19 Jun 2023

Liar: Two Sides, One Truth ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan bersama Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min dengan skrip oleh Mayang Al-Mohdar, Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir dan Honey Ahmad.[1] Dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Tony Eusoff bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel, ia diadaptasi dari siri drama TV United Kingdom 2017 bertajuk sama terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV. Siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 25 Mac 2023 dan di Astro Ria bermula 3 April 2023 menggantikan Projek: High Council.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi, cuba untuk memulakan fasa baharu dalam hidupnya setelah bercerai dengan suaminya dan keluar janji temu dengan seorang pakar bedah, Aiman Yusuf yang telah kematian isterinya. Namun, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka setelah bertemu. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang dalam keadaan tidak sihat untuk pulang dengan selamat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

Pembantu[sunting | sunting sumber]

Episod[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh siaran di Astro GO Tarikh siaran di Astro Ria
1 "Fatal Attraction" 25 Mac 2023 (2023-03-25) 3 April 2023 (2023-04-03)
2 "One Of Us Is Lying" 1 April 2023 (2023-04-01) 10 April 2023 (2023-04-10)
3 "Cornered" 8 April 2023 (2023-04-08) 17 April 2023 (2023-04-17)
4 "Chasing Monsters" 15 April 2023 (2023-04-15) 24 April 2023 (2023-04-24)
5 "The Art Of War" 22 April 2023 (2023-04-22) 1 Mei 2023 (2023-05-01)
6 "Violent Consequences" 29 April 2023 (2023-04-29) 8 Mei 2023 (2023-05-08)
7 "Origin" 6 Mei 2023 (2023-05-06) 15 Mei 2023 (2023-05-15)
8 "Barracuda" 13 Mei 2023 (2023-05-13) 22 Mei 2023 (2023-05-22)
9 "Public Enemy" 20 Mei 2023 (2023-05-20) 29 Mei 2023 (2023-05-29)
10 "Collateral" 27 Mei 2023 (2023-05-27) 5 Jun 2023 (2023-06-05)
11 "In Tomorrow Never Comes" 3 Jun 2023 (2023-06-03) 12 Jun 2023 (2023-06-12)
12 "Burden Of Proof" 10 Jun 2023 (2023-06-10) 19 Jun 2023 (2023-06-19)

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Liar ialah terbitan bersama Astro Shaw dan Double Vision dengan kerjasama All3Media International. Ia diadaptasi dari siri drama TV United Kingdom 2017 bertajuk sama terbitan Two Brothers Pictures dan disiarkan di ITV dan Sundance TV.[4][5] Malaysia ialah negara keenam yang memperoleh hak untuk penerbitan semula drama ini selepas Itali, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Turki.[6][7] Untuk versi Malaysia, ia diberikan sedikit pengubahsuaian untuk mengikut acuan adat dan budaya tempatan.[8]

Siaran[sunting | sunting sumber]

Liar memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 25 Mac 2023 setiap Sabtu, manakala di Astro Ria, tayangan perdananya bermula pada 3 April 2023 setiap Isnin.[9]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 ContentAsia Awards Silver - Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia Astro Shaw Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t "Liar Malaysia (Astro Originals)". My Infotaip. 20 Mac 2023. Dicapai pada 5 April 2023.
  2. ^ "Drama Liar kukuhkan lagi jenama Astro Originals". Astro Awani. 30 Mac 2023. Dicapai pada 5 April 2023.
  3. ^ Dennis Chua (16 Mac 2023). "#Showbiz: British hit thriller 'Liar' arrives in Malaysia on March 25" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 April 2023.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Julai 2022). "Liar dalam format Malaysia". Harian Metro. Dicapai pada 5 April 2023.
  5. ^ "ASTRO AND ALL3MEDIA TO ADAPT TWO BROTHERS PICTURES SERIES "LIAR" IN MALAYSIA" (dalam bahasa Inggeris). Señal News. 12 April 2022. Dicapai pada 5 April 2023.
  6. ^ Mark Layton (9 Disember 2022). "Malaysia's Astro to adapt ITV drama 'Liar' with Double Vision" (dalam bahasa Inggeris). Television Business International. Dicapai pada 5 April 2023.
  7. ^ Manori Ravindran (8 Disember 2022). "ITV Consent Drama 'Liar' Scores Malaysian Adaptation, First Global Version to Tell Story Through Muslim Lens (EXCLUSIVE)" (dalam bahasa Inggeris). Variety. Dicapai pada 5 April 2023.
  8. ^ Ellyna Ali (28 Jun 2022). "'Liar' Versi Malaysia Angkat Stigma Masyarakat Tentang Mangsa Rogol". Getaran. Dicapai pada 5 April 2023.
  9. ^ Tania Jayatilaka (24 Mac 2023). "'Liar': How Astro Shaw's latest series broaches the realities of sexual assault in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Tatler Asia. Dicapai pada 5 April 2023.