Liew Ah Kim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Liew Ah Kim merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Seputeh hingga 1999 di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau bersama Wee Choo Keong menubuhkan Parti Demokratik Malaysia dan menjawat sebagai Timbalan Pengerusi, selepas mereka dibuang oleh DAP. Beliau cuba mempertahankan kerusi sendiri di bawah parti barunya pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, tetapi beliau bukan saja kalah kepada Teresa Kok, malah kehilangan depositnya.

Beliau pulang ke DAP dan menandingi kawasan Parlimen Kampar pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, tetapi gagal.