Liga Perdana Inggeris 2019–20

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Liga Perdana Inggeris 2019-20)
Liga Perdana Inggeris
Musim2019–20
JuaraLiverpool
Gelaran Pertama Liga Perdana Inggeris
Gelaran kesembilan belas kejuaraan Inggeris
DisingkirkanBournemouth
Watford
Norwich City
Liga Juara-Juara UEFALiverpool
Manchester City
Piala Liga Europa UEFALeicester City
Tottenham Hotspur
Arsenal
Jumlah perlawanan380
Jumlah gol1034 (2.72 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyakJamie Vardy
(23 goL)
Kemenangan terbesar tuan rumahManchester City 8–0 Watford
(21 September 2019)
Kemenangan terbesar pelawatSouthampton 0–9 Leicester City
(25 Oktober 2019)
Gol tertinggiSouthampton 0–9 Leicester City
(25 Oktober 2019)
Menang berturut-turut paling lamaLiverpool
(18 perlawanan)[1]
Tanpa kalah paling lamaLiverpool
(27 perlawanan)[1]
Tanpa menang berturut-turut paling lamaWatford
(11 perlawanan)[1]
Kalah berturut-turut paling lamaNorwich City
(9 perlawanan)[1]
Kehadiran11,322,096[1]
Kehadiran tertinggi73,737[1]
Manchester United 1–1 Liverpool
(20 Oktober 2019)
Kehadiran terendah10,020[1]
Bournemouth 0–1 Burnley
(21 Disember 2019)
Tidak termasuk perlawanan setelah penangguhan musim kerana, apabila disambung semula, semua permainan mempunyai had kehadiran 300 orang untuk alasan kesihatan awam.
Purata kehadiran39,312[1]
← 2018–19
2020–21 →
Semua statistik tepat pada 20 Julai 2020.

Liga Perdana Inggeris 2019–20 adalah musim ke-28 liga bola sepak profesional Inggeris, sejak penubuhannya pada tahun 1992. Manchester City adalah juara bertahan untuk tahun kedua berturut-turut, setelah memenangi tiga kejuaraan domestik musim sebelumnya. Liverpool memenangi kejuaraan liga pertama mereka sejak tahun 1990, yang merupakan kejuaraan pertama era Liga Perdana Inggeris dan ke-19 secara keseluruhan.

Musim tersebut dihentikan selama lebih tiga bulan, berikutan keputusan pada 13 Mac 2020 yang dibuat oleh Liga Perdana Inggeris untuk menggantung liga selepas beberapa pemain dan kakitangan kelab lain telah jatuh sakit disebabkan oleh wabak COVID-19. Penangguhan awal sehingga 4 April dan kemudian dilanjutkan hingga pertengahan bulan Jun.[2] Musim tersebut dimulakan dengan dua perlawanan pada 17 Jun dan satu perlawanan penuh dimainkan pada hujung minggu pada 19–22 Jun.[3]

Pada 2019-2020 sistem tinjauan pembantu pengadil video (VAR) diperkenalkan.[4] Perubahan terhadap undang-undang yang mempengaruhi hantaran belakang, penalti, bola mengenai tangan, dan penggantian juga diperkenalkan pada 2019-20.[5]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Musim Liga Perdana Inggeris menandakan permulaan perjanjian TV tiga tahun yang baru. Perubahan utama adalah bahawa lapan perlawanan akan ditayangkan di televisyen pada pukul 19:45 pada hari Sabtu sepanjang musim, yang disiarkan oleh Sky Sports.[6] Selanjutnya, Amazon menyiarkan dua pusingan perlawanan pada bulan Disember, termasuk pertembungan derby Merseyside yang mencatat kali pertama keseluruhan pusingan perlawanan disiarkan di dalam negara.[7]

Dengan Manchester City dan Liverpool masing-masing memperoleh 98 dan 97 mata pada musim 2018-19, ramai yang mengharapkan satu lagi perlumbaan untuk merebut gelaran juara. Liverpool memulakan musim dalam bentuk yang kuat dengan lapan kemenangan berturut-turut, sementara Manchester City mengalami kekalahan mengejutkan 3-2 kepada Norwich City yang baru dipromosikan pada 14 September. Kemenangan Liverpool 3-1 ke atas Manchester City di Anfield pada bulan November membuka ruang kedudukan 8 mata di tangga teratas dan kekal sebagai pendahulu liga pada musim tersebut.

Pada 25 Oktober 2019, Leicester City memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris dengan menghasilkan kemenangan tandang terbesar dan menyamai kemenangan terbesar Liga Perdana Inggeris ketika Leicester City mengalahkan Southampton 9-0 di St Mary's Stadium.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h "English Premier League Performance Stats – 2019–20". ESPN. Dicapai pada 14 December 2019.
  2. ^ "Premier League statement on impact of COVID-19". premierleague.com. Premier League. 5 April 2020. Dicapai pada 23 April 2020.
  3. ^ "Premier League returns on June 17". Sky Sports. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  4. ^ "VAR: Video assistant referees set to be used in Premier League next season". BBC Sport. 15 November 2018. Dicapai pada 7 April 2019.
  5. ^ "Football's new laws – changes to backpasses, penalties, handballs and subs for 2019–20". BBC Sport. 1 Ogos 2019. Dicapai pada 2 Ogos 2019.
  6. ^ "Premier League broadcast deals for 2019–2022". premierleague.com. Premier League. 12 June 2019. Dicapai pada 23 April 2020.
  7. ^ "Record 200 Premier League matches to be shown live next season". The Times. 13 June 2019. Dicapai pada 15 Jun 2019. Of the 380 games across the season, 200 will be broadcast live and particular interest will be paid to the two full rounds of matches in December that will be screened by Amazon at the start of its first three-year deal.