Puteri Lilibet dari Sussex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lilibet Mountbatten-Windsor)
Lilibet Mountbatten-Windsor
Kelahiran (2021-06-04) 4 Jun 2021 (umur 2)
Hospital Santa Barbara Cottage, Santa Barbara, California, A.S.
Warganegara
  • Amerika
  • Brtish
IbuMeghan Markle
BapaPutera Harry, Duke Sussex
SaudaraArchie Mountbatten-Windsor (abang)

Lilibet Diana Mountbatten-Windsor (lahir 4 Jun 2021) ialah ahli keluarga diraja British. Beliau ialah anak perempuan kepada Putera Harry, Duke Sussex, dan Meghan, Duchess Sussex. Beliau ialah cucunda kepada Raja Charles III dan berada pada kedudukan ketujuh dalam barisan pewarisan takhta British.[1]

Kelahiran, keluarga dan masa bayi[sunting | sunting sumber]

Lilibet Diana Mountbatten-Windsor dilahirkan Hospital Santa Barbara Cottage di Santa Barbara, California, pada 4 Jun 2021 pada pukul 11:40 PDT (18:40 UTC). Kelahiran beliau serta namanya diumumkan dua hari kemudian. Beliau dinamakan bersempena nenda moyang sebelah bapanya, Ratu Elizabeth II, yang dipanggil "Lilibet" oleh keluarganya.[1][2]. Beliau juga dinamakan bersempena nenda sebelah bapanya, Diana, Puteri Wales.[3] Nama panggilannya ialah "Lili".[4] Beliau mempunyai seorang abang, Archie.[3]

Mountbatten-Windsor mempunyai keturunan daripada keluarga diraja British iaitu melalui bapanya, dan mempunyai keturunan bercampur-campur kerana memiliki keturunan Afrika dan Eropah melalui ibunya.[5] Beliau mempunyai dua kewarganegaraan Amerika Syarikat dan United Kingdom.[6] Walaupun Frogmore Cottage di Home Park di Istana Windsor ialah kediaman rasmi Duke dan Duchess Sussex di United Kingdom, keluarga itu tinggal terutamanya di Montecito, California.[7]

Pada Disember 2021, gambar pertama Mountbatten-Windsor telah dikeluarkan kepada umum sebagai kad Krismas daripada ibu bapanya.[8][9]

Mountbatten-Windsor bertemu dengan nenda moyangnya Ratu Elizabeth II dan nendanya Raja Charles III (pada ketika itu Putera Wales) secara peribadi buat kali pertama apabila keluarga itu pergi ke London untuk Jubli Platinum Elizabeth II pada Jun 2022.[10][9]

Terasul, gelaran dan pewarisan[sunting | sunting sumber]

Mountbatten-Windsor berada dalam kedudukan ketujuh dalam barisan pewarisan takhta British (kelapan pada masa kelahirannya) dan merupakan individu tertinggi dalam barisan pewarisan semasa yang dilahirkan di luar negara.[6][11][12]

Selepas nendanya Raja Charles III naik takhta pada 8 September 2022, beliau juga secara sah menjadi puteri United Kingdom.[13][14] Kelayakan ini datang daripada surat paten yang dikeluarkan oleh Raja George V pada tahun 1917, yang menyatakan bahawa anak-anak kepada anak-anak lelaki kepada mana-mana raja United Kingdom “akan mempunyai dan pada setiap masa memegang dan menikmati gaya, gelaran atau sifat Duli Yang Teramat Mulia dengan mereka bersama martabat tituler putera atau puteri mereka.”[15] Seperti halnya dengan abangnya, Archie, tidak pasti sama ada beliau akan menggunakan gelaran itu, sekurang-kurangnya semasa tinggal bersama ibu bapanya di Amerika Syarikat.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Prince Harry and Meghan announce birth of baby girl". BBC News. 6 June 2021. Dicapai pada 6 June 2021.
  2. ^ Shearing, Hazel (7 June 2021). "Queen 'delighted' after Harry and Meghan announce birth of baby girl". BBC News. Dicapai pada 28 September 2021.
  3. ^ a b "Harry and Meghan announce birth of baby daughter, saying: 'She is more than we could have ever imagined'". Sky News. 6 June 2021. Dicapai pada 28 September 2021.
  4. ^ Said-Moorhouse, Lauren (7 June 2021). "The meaning behind Lilibet 'Lili' Diana Mountbatten-Windsor". CNN. Dicapai pada 8 June 2021.
  5. ^ Landler, Mark (6 June 2021). "Harry and Meghan Announce Birth of Second Baby, Lilibet Diana". The New York Times. Dicapai pada 6 June 2021. ...after a sensational interview with Oprah Winfrey in which Meghan, a 'biracial' American former actress, accused the royal family...
  6. ^ a b Foster, Max; Said-Moorhouse, Lauren (6 June 2021). "Meghan and Harry welcome baby girl, Lilibet Diana". CNN. Dicapai pada 6 June 2021. Her birth in the United States makes her the most senior royal in the line of succession to have been born overseas. It also makes her a dual US-UK citizen, meaning that the youngest Sussex could potentially go on to become US President when she grows up.
  7. ^ Furness, Hannah (2022-02-19). "Prince Harry will renew Frogmore Cottage lease to keep serving Queen". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Dicapai pada 2022-09-13.
  8. ^ Ledbetter, Carly (23 December 2021). "Prince Harry, Meghan Markle Release First Photo Of Baby Lili In Holiday Card". HuffPost. Dicapai pada 23 December 2021.
  9. ^ a b Lee, Joseph (30 June 2022). "Prince Charles had 'very emotional' first meeting with Lilibet, says royal source". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 July 2022.
  10. ^ Petter, Olivia (4 June 2022). "Queen 'Meets Lilibet for the First Time' As Harry and Meghan Reunite with Monarch". The Independent. Dicapai pada 4 July 2022.
  11. ^ Davies, Caroline (15 February 2021). "Harry and Meghan to break silence in Oprah Winfrey interview". The Guardian. Dicapai pada 26 June 2021.
  12. ^ Emma.Goodey (2016-03-17). "Succession". The Royal Family (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-13.
  13. ^ "Prince Harry and Meghan's children in line to get new royal titles after Queen Elizabeth II's death". ABC News.
  14. ^ Quinn, Ben (8 September 2022). "Harry and Meghan's children become Prince Archie and Princess Lilibet". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 September 2022.
  15. ^ "Page 13086 | Issue 30428, 14 December 1917 | London Gazette | The Gazette". www.thegazette.co.uk. Dicapai pada 2022-09-13.
  16. ^ Stacey, Danielle (6 June 2021). "Meghan Markle welcomes baby girl with Prince Harry". Hello!. Dicapai pada 6 June 2021.
Puteri Lilibet dari Sussex
Tarikh keputeraan: 4 Jun 2021
Susunan penggantian
Didahului oleh
Archie Mountbatten-Windsor
Pewarisan takhta British
Ketujuh dalam garis pewarisan
Diikuti oleh
Putera Andrew, Duke York