Lillian Disney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lillian Disney
Lilian Disney (1951)
Kelahiran
Lillian Marie Bounds

(1899-02-15)15 Februari 1899
Meninggal dunia16 Disember 1997(1997-12-16) (umur 98)
PekerjaanPelukis
PasanganWalt Disney (1925-1966)
John L. Truyens (1969-1981)

Lillian Disney (15 Februari 1899 – 16 Disember 1997) adalah bekas balu Walt Disney yang berkahwin dengannya mulai tahun 1925 sehingga kematian suaminya pada tahun 1966.

Early years[sunting | sunting sumber]

Lillian Marie Bounds lahir di Spalding, Idaho, dan membesar di Lapwai, Idaho, di Tanah Rizab Indian Nez Perce di mana bapanya bekerja sebagai tukang besi dan marsyal persekutuan.[1] Lillian bertugas di studio Disney sebagai pelukis "dakwat dan cat" dan setiausaha ketika pertama kali bertemu dengan Walt.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Lillian dan Walt Disney berkahwin di Lewiston's Episcopal Church of the Nativity di Idaho pada tahun 1925,[2] meskipun tidak dapat dihadiri oleh orang tua Walt. Memandangkan bapanya sudah meninggal, Lillian sebagai pengantin diserahkan oleh bapa saudaranya iaitu ketua Jabatan Bomba Lewiston. Pasangan ini melahirkan seorang anak perempuan, Diane Marie Disney, dan mengambil Sharon Mae Disney sebagai anak angkat. Lillian ada tujuh cucu—Chris Miller, Joanna Miller, Tamara Scheer, Jennifer Miller-Goff, Walter Elias Disney Miller, Ronald Miller dan Patrick Miller—kelahiran Diane dan suaminya Ronald Miller, dan tiga lagi cucu—Victoria Brown, Brad Lund dan Michelle Lund—dari Sharon. Lillian adalah ibu saudara kepada Roy Edward Disney.

Antara sumbangannya dalam bidang perfileman termasuk kerja sebagai pelukis dakwat untuk filem Plane Crazy. Lillian dihargai kerana memberikan nama kepada watak kartun ciptaan Walt yang tersohor sekali, iaitu Mickey Mouse, ketika menaiki kereta api dari New York ke California pada tahun 1928. Walt menunjukkan lukisan watak tikus tersebut kepada isterinya dengan keinginan memberikan nama "Mortimer Mouse." Lillian merasa nama itu kedengaran terlalu "bongkak" dan berbangga kerana mengesyorkan nama "Mickey Mouse".[3]

Selepas Walt[sunting | sunting sumber]

Lillian Disney mengahwini John L. Truyens[4] dari Mei 1969 sehingga kematiannya pada Februari 1981.

Pada tahun 1987, Lillian Disney menjanjikan hadian $50 juta kepada pembinaan sebuah dewan konsert baru.[5] Setelah berkali-kali ditangguh, akhirnya Dewan Konsert Walt Disney dibuka pada tahun 2003, enam tahun selepas pemergiannya.

Pada 1990-an, ketika merenungkan perkahwinannya dengan Walt Disney selama 41 tahun, katanya, "Kami berkongsi kehidupan yang menakjubkan dan menguja yang kami hargai setiap minit demi minit. Bagi saya, dia [Walt] ialah seorang suami yang mengagumkan, dan juga seorang bapa dan datuk yang menakjubkan dan ceria."

Lillian Disney diserang angin ahmar pada 15 Disember 1997, genap 31 tahun selepas pemergian Walt Disney. Sehari kemudian, beliau meninggal dunia di rumahnya pada usia 98 tahun. Tambahan lagi, anak saudaranya Roy E. Disney meninggal dunia genap 12 tahun kemudian pada 16 Disember 2009.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Disney Legends - Lillian Disney
  2. ^ Lewiston's Episcopal Church of the Nativity website
  3. ^ Walt Disney: Conversations (Conversations With Comic Artists Series) by Kathy Merrockobamya Jackson with Walt Disney, ISBN 1-57806-713-8 page 120
  4. ^ Social Security Death Index
  5. ^ About Walt Disney Concert Hall from LA Phil website

Pautan luar[sunting | sunting sumber]