Lily Collins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lily Collins
Lily Collins WonderCon 2013.jpg
Collins pada tahun 2013
KelahiranLily Jane Collins
(1989-03-18) 18 Mac 1989 (umur 30)
Guildford, Surrey, England, UK
KerakyatanBritish dan Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti California Selatan
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1991–sekarang

Lily Jane Collins (lahir 18 Mac 1989) ialah seorang pelakon dan model Amerika Syarikat kelahiran British.[1] Beliau dikenali menerusi peranannya dalam filem The Blind Side (2009), Abduction (2011), Stuck in Love (2012), Mirror Mirror (2012) dan Love, Rosie (2014). Beliau melakonkan watak Clary Fray dalam The Mortal Instruments: City of Bones (2013).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Collins dilahirkan di Guildford, Surrey,[2] anak perempuan kepada penyanyi Inggeris, Phil Collins dan isteri keduanya, Jill Tavelman, seorang rakyat Amerika Syarikat.[3] Selepas ibu-bapanya bercerai ketika beliau berumur 5 tahun, Collins berpindah ke Los Angeles bersama ibunya. Beliau menamatkan pengajian dari Sekolah Harvard-Westlake dan menghadiri Universiti California Selatan.[4]

Karier[sunting | sunting sumber]

Collins mula berlakon ketika berumur 2 tahun dalam siri BBC, Growing Pains.[5] Pada tahun 2009, Collins muncul dalam dua episod drama bersiri, 90210. Pada tahun 2009, Collins membintangi filem The Blind Side sebagai Collins Tuohy. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak Lucy dalam Priest.[6][7] Beliau membintangi filem aksi 2011, Abduction bersama Taylor Lautner.

Collins di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2012

Pada tahun berikutnya, Collins melakonkan watak Snow White dalam Mirror Mirror. Pada bulan Mac 2012, ia telah diumumkan bahawa Collins akan melakonkan watak Samantha dalam Stuck in Love, juga dibintangi Jennifer Connelly, Logan Lerman dan Greg Kinnear.[8]

Collins kemudiannya membintangi sebagai Clary Fray dala, The Mortal Instruments: City of Bones.[9] Pada bulan Oktober 2013, Collins muncul dalam video muzik "City of Angels" oleh Thirty Seconds to Mars.[10] Pada tahun 2014, Collins membintangi sebagai Rosie Dunne dalam Love, Rosie. Beliau muncul bersama Sam Claflin. Collins dijangka akan mempunyai pernana utama dalam filem romantik drama oleh Warren Beatty.[11]

Kehidupan peribaid[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai hubungan dengan Jamie Campbell Bower dari bulan Julai 2012[12] sehingga Ogos 2013.[13]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2009 The Blind Side Collins Tuohy
2011 Priest Lucy Pace
2011 Abduction Karen Murphy
2012 Mirror Mirror Snow White
2012 Stuck in Love Samantha Borgens
2013 The English Teacher Halle Anderson
2013 The Mortal Instruments: City of Bones Clary Fray
2014 Love, Rosie Rosie Dunne
2016 Projek Warren Beatty Marla Mabrey

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2009 90210 Phoebe Abrams 2 episod

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Willis, Jackie. "10 Things You Didn't Know About Lilly Collins". Celebuzz. 
  2. ^ Lansden, Pamela (10 April 1989). "Take One". People. Dicapai 29 November 2009. 
  3. ^ "No date for the red carpet? These guys took the folks instead". Glamour. Dicapai 18 November 2015. 
  4. ^ Cable, Simon (4 December 2008). "My, hasn't Phil Collins's little Lily blossomed?". Daily Mail. London. Dicapai 25 November 2009. 
  5. ^ Alexander, Hilary (20 August 2014). "Lily's mix and match". The Daily Telegraph. Dicapai 7 February 2015. 
  6. ^ "Bio of Lily Collins". Tribute. Dicapai 2 December 2009. 
  7. ^ Fleming, Michael (23 August 2009). "Collins join 'Priest' hood". Variety. Dicapai 2 December 2009. 
  8. ^ Sneider, Jeff (6 March 2012). "Cast set for 'Writers'". Variety. Diarkibkan daripada asal pada 7 March 2012. Dicapai 7 March 2012. 
  9. ^ "Cast in The Mortal Instruments". Deadline.com. Dicapai 9 December 2010. 
  10. ^ Schillaci, Sophie (29 October 2013). "Kanye West, Selena Gomez Among Artists in 30 Seconds to Mars' 'City of Angels'". Billboard. Dicapai 8 August 2014. 
  11. ^ Busch, Anita (February 24, 2014). "Warren Beatty's Untitled Howard Hughes Pic Finally Takes Flight Financed By Billionaire Boys' Club; Ehrenreich, Collins To Star In Love Story; Bening And Broderick Also In". Deadline.com. Dicapai February 26, 2014. 
  12. ^ "Lily Collins snapped kissing boyfriend Jamie Campbell Bower on set of their new movie". Daily Mail. 24 August 2012. 
  13. ^ "Lily Collins, Jamie Campbell Bower Split; Costars Break Up". Us Weekly. 8 August 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]