Pergi ke kandungan

Lim Ai Lee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lim Ai Lee adalah 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012' dan pernah dinobat sebagai Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011.


Pada 16 Mei 2012, beliau dinobat sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012' sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan di Kuala Kangsar, Perak. Datuk Omar Mohd Hashim terpilih sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012'. Tokoh guru lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Datuk Mary Yap Kain Ching; bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011, Lim Ai Lee @ Lim Irene. Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan wang tunai sebanyak RM10,000. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]