Lim Chong Eu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Lim Chong Eu

林蒼祐
Celim.jpg
Ketua Menteri Pulau Pinang
Dalam jawatan
19 Mei 1969 – 25 Oktober 1990
GabenorTun Syed Sheh Syed Hassan Barakbah
Tun Sardon Jubir
Tun Dr. Awang Hassan
Tun Hamdan Sheikh Tahir
Didahului olehTan Sri Wong Pow Nee
Digantikan olehTan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Presiden Persatuan Cina Malaysia
Dalam jawatan
Mac 1958 – Julai 1959
Didahului olehTun Tan Cheng Lock
Digantikan olehDr. Cheah Toon Lok (pemangku)
Tun Tan Siew Sin
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
1969–1980
Didahului olehProfesor Dato' Dr. Syed Hussein Alatas
Digantikan olehTun Dr. Lim Keng Yaik
Butiran peribadi
Lahir(1919-05-28)28 Mei 1919
Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia24 November 2010(2010-11-24) (umur 91)
Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikGerakan (1968–1990)
Parti Demokratik Bersatu (1962–1968)
MCA (1952–1962)
Parti Radikal Malaya (1951–1952)
PasanganToh Puan Goh Sing Yeng
Anak-anak4
KediamanTanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanDoktor perubatan
Ahli politik

Tun Dr. Lim Chong Eu (28 Mei 1919 – 24 November 2010) merupakan mantan Presiden MCA, mantan Presiden Parti Demokratik Bersatu (UDP) serta mantan Presiden Gerakan yang pertama selama 9 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai 19 Mei 1969 sehingga 25 Oktober 1990.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Pulau Pinang, beliau mendapat pendidikan di Penang Free School. Kemudian, pada 1937, beliau mendapat biasiswa King untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Edinburgh, Scotland dan mendapat ijazah perubatan dan pembedahan pada 1944.

Pada tahun 1951, beliau dilantik Ahli Lembaga Tempatan Pulau Pinang dan pada tahun 1955, beliau dilantik ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Lim Chong Eu (kanan, dijulang) bersama Syed Hussein Alatas (berjanggut) meraikan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada Pilihan raya umum Malaysia 1969.

Pada 1958 ketika perhimpunan agong parti MCA, beliau mencabar Tun Tan Cheng Lock, dan menang dengan majoriti 22 undi.

Selepas kemenangan itu,beliau memanggil Perhimpunan Agung Luar Biasa untuk meminda perlembangaan MCA. Tindakan beliau telah menyebabkan perpecahan dalam parti dan pada masa yang sama, beliau berselisih pendapat dengan Tunku Abdul Rahman.

Krisis tersebut bertambah tegang apabila pada pilihan raya 1959, beliau mendesak 40 kerusi parlimen dan mendesak bahasa cina sebagai bahasa kebangsaan. Ketika pentadbiran beliau, MCA mendapat tekanan dari dalam dan luar parti.

Kemudian pada Disember 1960, beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA untuk Parti Demokratik Bersatu atau United Democratic Party (UDP) pada 1962 dan kemudianya menubuhkan pula Parti Gerakan pada 1968.[1]

Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1969 hingga 1990.

Persaraan dan akhir hayat[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi pengerusi pelbagai syarikat gergasi.

Pada akhir bulan Oktober 2010, Lim dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana diserang angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Hillside, Taman Bungah, pada jam 9 malam, 24 November 2010.[2] Jenazah beliau diletakkan di Dewan Sri Pinang mulai 26 November untuk penghormatan terakhir dari orang ramai, kemudian diberikan upacara pengebumian peringkat negeri dalam bentuk perarakan yang dihadiri 5,000 orang, lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung pada 1.15 petang, 28 November.[3]

Memorial[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 17.84 km yang terdiri daripada Lebuhraya Jelutong dan Lebuhraya Bayan Lepas dinamakan sempena nama beliau pada 7 Disember 2010.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-19. Dicapai pada 2007-08-19.
  2. ^ Former Penang Chief Minister Chong Eu dies, The Star, November 24, 2010
  3. ^ Mendiang Dr Lim Selamat Disemadikan, Bernama, 28 November 2010. Dicapai pada 28 November 2010.
  4. ^ Penang has renamed a highway as Tun Dr Lim Chong Eu expressway The Star, November 26, 2010
  5. ^ Expressway renamed to honour Chong Eu The Star, December 7, 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang
Mac 1958Julai 1959
Penyandang Kemudian
Tan Sri Wong Pow Nee
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon


Penyandang Terdahulu Presiden MCA
19691990
Penyandang Kemudian
Tun Tan Cheng Lock
Dr. Cheah Toon Lok


Penyandang Terdahulu Presiden Gerakan
Mei 1968Ogos 1980
Penyandang Kemudian
Yang Pertama
Dato' Seri Lim Keng Yaik