Lincing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekumpulan orang awam kulit putih mengelilingi mayat tiga orang pekerja sarkas kulit hitam yang dibunuh beramai-ramai di Duluth, Minnesota pada 15 Jun 1920 atas dakwaan merogol tanpa bukti sah.

Lincing[1] atau penghakiman serta penghukuman bunuh oleh khalayak ramai tanpa melibatkan sebarang perbicaraan yang adil (bahasa Inggeris: lynching [lin-cing]) dilakukan terhadap seseorang suspek yang didakwa seringkalinya dengan bertujuan baik menghukum pesalahlaku atau penjenayah yang diduga mahupun untuk menakut-nakutkan golongan tertentu secara terbuka.[2]

Kelaziman[sunting | sunting sumber]

Di Asia[sunting | sunting sumber]

Tindakan penghakiman beramai-ramai sering dilaporkan di India, seringkali antara kasta-kasta Hindu ataupun anutan agama berbeza, terutamanya dilakukan golongan penganut Hindu terhadap orang Islam[3][4] atau kasta Dalit[5][6] untuk perbuatan tertentu yang dianggap salah seperti menjual atau memakan daging lembu (lembu sapi dianggap haiwan suci kepercayaan Hindu)

Terdapat seberapa kes di Palestin di mana warga setempat yang disyaki bekerjasama dengan rejim Israel dihukum secara terbuka;[7][8][9] terutamanya pada zaman Intifadah Pertama.[10] Situasi ini juga ada ditimpa kepada pihak Israel sekali - pada Oktober 2000, dia orang askar simpanan Israel memasuki Ramallah secara tidak sengajanya[11] dan ditahan polis Palestin, namun khabar angin tersebar bahawa dua-dua orang ini disangka sebagai perisik sehingga ramai yang menyerbu penjara kedua-dua askar ini ditahan dan memukul mereka sehingga mati.[12][13][14][15][16] Pada Julai 2014, tiga orang warga Israel menculik seorang remaja Palestin yang sedang menunggu solat subuh lalu menyeksa dan membakar badannya.[17] Pada 18 Oktober 2015, seorang pemohon suaka dari Eritrea dipukul dan ditembak beberapa orang pengawal keselamatan Israel bteralu-talu di Be'er Sheva kerana disangka menembak bas polis.[18]

Di Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Insiden penghukuman sebegini paling ketara berlaku di kawasan selatan lafi-lagi sekitar zaman meletusnya Perang Saudara Amerika terhadap orang berkulit hitam kononnya untuk menghukum penjenayah tapi banyaknya untuk melepaskan rasa kebencian terhadap kaum tersebut.

Orang dari kalangan bangsa-bangsa Hispanik, peribumi asli,[19] Asia,[19] Jerman,[20] orang Finland,[21] dan orang Itali[22][23] turut menjadi mangsa.

Di Afrika[sunting | sunting sumber]

Penghukuman ini sering telrihat pada tahun 1980-an di Afrika Selatan semasa zaman apartheid di mana sesiapa yang disyaki bersubahat dengan pemerintah kulit putih akan diseksa serta dipakaikan tayar getah seakan kalung yang disimbah petrol sebelum dibakar sehingga mati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ lynching Definisi: lincingselanjutnya di PRPM
  2. ^ Wood, Amy Louise (2009). Rough Justice: Lynching and American Society, 1874–1947. North Carolina University Press. ISBN 9780807878118.
  3. ^ Biswas, Soutik (10 July 2017). "Why stopping India's vigilante killings will not be easy". BBC News. Last month Prime Minister Narendra Modi said murder in the name of cow protection is "not acceptable." ... The recent spate of lynchings in India have disturbed many. Muslim men have been murdered by Hindu mobs, ... for allegedly storing beef.
  4. ^ Kumar, Nikhil (29 June 2017). "India's Modi Speaks Out Against Cow Vigilantes After 'Beef Lynchings' Spark Nationwide Protests". Time.
  5. ^ Avenue, Human Rights Watch | 350 Fifth; York, 34th Floor | New; t 1.212.290.4700, NY 10118-3299 USA | (April 27, 2017). "India: 'Cow Protection' Spurs Vigilante Violence". Human Rights Watch.CS1 maint: extra punctuation (link)
  6. ^ Chatterji, Saubhadra (30 May 2017). "In the name of cow: Lynching, thrashing, condemnation in three years of BJP rule". Hindustan Times. Dicapai pada 29 June 2017.
  7. ^ Be'er, Yizhar & 'Abdel-Jawad, Saleh (January 1994), "Collaborators in the Occupied Territories: Human Rights Abuses and Violations" Diarkibkan 2004-07-15 di Wayback Machine (Microsoft Word document), B’Tselem – The Israeli Information Center for Human Rights in the Occupied Territories. Retrieved September 14, 2009. Also .
  8. ^ Huggler, Justin & Ghazali, Sa'id (October 24, 2003), "Palestinian collaborators executed", The Independent, reproduced on fromoccupiedpalestine.org. Retrieved September 14, 2009.
  9. ^ Goldenberg, Suzanne (March 15, 2002), [1]"'Spies' lynched as Zinni flies in", The Guardian. Retrieved September 14, 2009.
  10. ^ "Balancing Security and Human Rights During the Intifada", Justice Undermined: Balancing Security and Human Rights in the Palestinian Justice System, Human Rights Watch, November 2001, Vol. 13, No. 4 (E).
  11. ^ "2000 Ramallah lynch terrorist released from prison". Ynetnews.com. March 30, 2017.
  12. ^ Philps, Alan (2000-10-13). "A day of rage, revenge and bloodshed". The Daily Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-14. Dicapai pada 2009-07-02.
  13. ^ "Coverage of Oct 12 Lynch in Ramallah by Italian TV Station RAI". Israeli Ministry of Foreign Affairs. 2000-10-17. Diarkibkan daripada yang asal pada April 18, 2010. Dicapai pada 2009-07-02.
  14. ^ "Lynch mob's brutal attack". BBC News. 2000-10-13. Dicapai pada 2006-09-03.
  15. ^ Whitaker, Raymond (2000-10-14). "A strange voice said: I just killed your husband". The Independent. London. Dicapai pada 2009-10-16.
  16. ^ Seager, Mark (October 22, 2000). "`I'll have nightmares for the rest of my life,' photographer says". Chicago Sun-Times. Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2015. Dicapai pada 28 May 2015.
  17. ^ Orlando Crowcroft. "Three Jewish Israelis admit kidnapping and killing Palestinian boy". the Guardian.
  18. ^ "Slain Eritrean Asylum Seeker Was Also Shot by Border Policeman, Police Say". Haaretz.com. October 26, 2015.
  19. ^ a b Gonzales-Day, Ken (2006). Lynching in the West, 1850–1935. Durham, NC: Duke University Press. ISBN 978-0-8223-3781-2.
  20. ^ "100 Years Ago this Week, During WW 1, a German-American Was Lynched - History News Network". historynewsnetwork.org. Dicapai pada January 13, 2019.
  21. ^ Lovrien, Jimmy (September 17, 2018). "Finnish immigrant was 'victim of warmongers' 100 years ago in..." Duluth News Tribune. Dicapai pada January 13, 2019.
  22. ^ Delucia, Christine (2003). "Getting the Story Straight: Press Coverage of Italian-American Lynchings from 1856-1910". Italian Americana. 21 (2): 212–221. JSTOR 29776894.
  23. ^ Blakemore, Erin. "The Grisly Story of America's Largest Lynching". HISTORY. Dicapai pada January 13, 2019.