Linda Helmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Linda Helmi
Kelahiran
Norlinda binti Ahmad

1961 (1961)
Meninggal dunia21 Jun 2016(2016-06-21) (umur 54–55)
Sebab kematianKomplikasi hati
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1981–2016
Anak-anak3

Linda Helmi (lahir Norlida Ahmad; 1961–21 Jun 2016) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia,[1][2] berasal dari Kuala Kangsar, Perak.[3][4]

Beliau terkenal dengan watak antagonis sepanjang kerjayanya dan pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik (Wanita) di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi (1995).[3][5]

Kerjayanya mula berkembang apabila drama Spektra yang dibintanginya menduduki penarafan tinggi dan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[3] Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Pendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994.[3][6]

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang pada 21 Jun 2016 berikutan komplikasi hati pada usia 55 tahun. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta empat cucu. Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan disemadikan pada 22 Jun.[3][7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Pendekar TV1
1995 Mimpi-Mimpi
1996 Ribuan
2013 Metro Skuad (Musim 2) Isteri Prof. Zain TV2 Episod: "Jejak Di Beijing"
2014 Gerak Khas (Musim 14) Episod: "Scam 419"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1996 Anugerah Skrin 1996 Aktres Pembantu Terbaik Dirinya sendiri Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adam Salleh (8 Julai 1993). "Nak senang kena jimat, kata Linda". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  2. ^ Azman Samsudin (5 September 1993). "Linda Helmi... tunggu peluang ke layar perak". Berita Minggu. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  3. ^ a b c d e Hanisah Selamat (21 Jun 2016). "Pelakon Linda Helmi meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 18 November 2016.
  4. ^ Muhammad Izzat Nusuruddeen (22 Jun 2016). "Linda Helmi meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 18 November 2016.
  5. ^ "Linda idamkan watak utama". Utusan Malaysia. 6 Februari 2000. Dicapai pada 9 Ogos 2016.
  6. ^ "Linda menanti peluang lakonan". Utusan Malaysia. 3 Januari 2000. Dicapai pada 9 Ogos 2016.
  7. ^ "Pelakon 90-an, Linda Helmi kembali ke Rahmatullah". MyArtis. 22 Jun 2016. Dicapai pada 9 Ogos 2016.