Linda Nanuwil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Linda Nanuwil
Nama lahirNorlinda binti Nanuwil
Kelahiran (1984-03-21) 21 Mac 1984 (umur 40)
Ranau, Sabah, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Maestro (2004–2006)
Linda Nanuwil Entertainment (2007–kini)

Norlinda Nanuwil (lahir 21 Mac 1984) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Kerjaya muziknya bermula selepas bergelar naib juara Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004. Pada tahun 2020, beliau menjadi alumni pertama Akademi Fantasia yang menyertai Gegar Vaganza di musim ketujuh ini,[2][3] dan memenangi tempat kelima.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Linda merupakan Naib Juara Akademi Fantasia Musim 2 setelah diserap masuk selepas tersingkir pada Minggu ke-8. Setelah meraih gelaran naib juara AF2, beliau merakamkan album studio pertamanya, Jika Kau Kekasih pada 2005. Setelah itu, beliau kembali senyap kerana berlatih untuk memantapkan vokalnya.

Linda telah menghasilkan sebuah album Kadazandusun secara rahsia dan dijadual melancarkan album itu pada 26 Julai 2008 di 1Borneo Hypermall. Malangnya seminggu sebelum itu, bapanya, Nanuwil Galida meninggal dunia.[4]

Majlis pelancaran telah ditangguhkan ke 9 Ogos 2008 dimana Linda telah mempersembahkan single pertama berjudul 'Upus Tolidang' dengan penuh emosi. Lagu tersebut ditulis oleh Linda dan bapanya sendiri.[5]

Linda bersama rakan seperjuangannya dalam Akademi Fantasia 2 menjayakan konsert reunion AF2 yang berlangsung pada Ogos 2019.[6]

Pada tahun 2020, beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketujuh antara lain turut disertai oleh Mus May, Cliff Umar, Ayu Damit dan Ashira. Penyertaan ini menjadikan Linda sebagai peserta Akademi Fantasia pertama yang menyertai Gegar Vaganza.[7] Beliau berjaya memenangi tempat kelima selepas 10 minggu bertanding.

Akademi Fantasia (musim 2)[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Akademi Fantasia (musim 2)
Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Tak Tahan Lagi" Melly Goeslaw SELAMAT
Minggu 2 "Semoga Abadi" Misha Omar SELAMAT
Minggu 3 "Leaving on a Jet Plane" Chantal Kreviazuk SELAMAT
Minggu 4 "Madah Berhelah" Ziana Zain SELAMAT
Minggu 5 "Bunga Melur" P. Ramlee SELAMAT
Minggu 6 "Panti Asuhan" Hetty Koes Endang SELAMAT
Minggu 7 "Akan Ku Tunggu" Candy SELAMAT
Minggu 8 "Syurga Idaman" Azizah Mohamad TERSINGKIR
Minggu 9 DISERAP MASUK
Minggu 10 "Only You"

"Aku Cinta Kamu"

Enrique Iglesias

Dirinya sendiri

NAIB JUARA

Gegar Vaganza 2020[sunting | sunting sumber]

Linda ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2020
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Jika Kau Kekasih" Dirinya sendiri Ke-8
Minggu 2 Sama Naik "Mungkinkah" Sheila Abdull Ke-2
Minggu 3 Cuba Try Test "Akar dan Bumi" Amuk Ke-3
Minggu 4 Lagu Berhantu "Kemarin" Seventeen Ke-2
Minggu 5 Tak Tahu Sampai "Jangan Kau Mimpi" Siti Sarah Ke-8
Minggu 6 Double Special "Bertakhta Di Hati" (duet bersama Khai Bahar) Farahdhiya Ke-7
Minggu 7 Take Over "Suci Dalam Debu" Iklim Ke-6
Minggu 8 GV Throwback "Teringin" Shima Ke-2
Minggu 9 Medley Outstation "Anak"

"Teruskanlah"

Freddie Aguilar

Agnez Mo

Ke-3
Minggu 10 Konsert Akhir "One Moment in Time"

"Terlanjur Cinta"

Whitney Houston

Rossa & Pasha Ungu

Ke-5

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Linda dilahirkan dan dibesarkan di Ranau, Sabah. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur dan belum berkahwin.[8]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Album
2004 Best of Linda
  • Album kompilasi AF
  • Pelancaran: 2004
  • Label: Maestro Records
2005 Jika Kau Kekasih
  • Album studio pertama
  • Pelancaran: 2005
  • Label: Maestro Records
2008 Linda
  • Album Kadazandusun
  • Pelancaran: 2008
  • Label: Bebas

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album
2005 "Aku Cinta Kamu" Jika Kau Kekasih
2005 "Jika Kau Kekasih" Jika Kau Kekasih
2008 "Upus Tolidang" Linda
2021 "Ikhlaskan Hatimu" Single

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gila-Gila Pengantin Popular Irma Fatima Filem pertama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Akademi Fantasia Musim 2 Pelajar Astro Ria Tersingkir di konsert ke-8 namun diserap semula dan menjadi naib juara.
2021 Gegar Vaganza (musim 7) Peserta Pemenang tempat kelima

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Misteri Jam Vintage Noraini Astro Citra Telefilem Pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Georgie Joseph (24 Oktober 2018). "Linda Nanuwil mohon maaf". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 September 2020). Peluang kedua Linda Nanuwil kembali ke dunia seni selepas 10 tahun menghilang - "Perasaannya macam mula-mula nak jadi artis dulu teruja" mStar Online. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  3. ^ Mohamed Shahemy Azmi (23 September 2020). Saya tak merajuk - Linda Nanuwil Kosmo!. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  4. ^ "Linda sedih, pilu dan terkilan". DBOS.fm. Julai 2007. Dicapai pada 12 Oktober 2008.
  5. ^ "Hiburan hujung minggu". DBOS.fm. Ogos 2008. Dicapai pada 12 Oktober 2008.
  6. ^ Ramlah Zainal (27 Februari 2019). "Linda beri respon poaitif konsert reunion AF2". Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  7. ^ Kenneth Chaw (25 September 2020). Ex-'Akademi Fantasia' contestant Linda plots comeback The Star Online. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  8. ^ Hanafis Haris (15 Ogos 2020). "Masih single walaupun berusia 36 tahun, ini jawapan Linda Nanuwil". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]