Linea nigra
| Linea nigra | |
|---|---|
Linea nigra pada perut ibu mengandung | |
| Penamaan | |
| Nama lain | Garis kehamilan |
| Keterangan | |
| Punca | Tidak jelas[1] |
| Biasa mula berlaku | bulan ketiga kehamilan atau lebih awal[2] |
| Jenis | |
| Gejala | 1 cm (0.4 in) lebar, garisan kehitaman, daripada tundun hingga pusar[3] |
| Rawatan | |
| Pengkhususan | Obstetrik, dermatologi |
| Kaedah diagnosis | mengikut keadaan[3] |
| Diagnosis pembezaan | Café au lait macules, hiperpigmentasi pascaradang, flagellate hiperpigmentasi[3] |
| Pencegahan | Krim matahari[4] |
| Langkah rawatan | Tiada rawatan[3] |
| Prognosis | Biasanya hilang setahun selepas kelahiran[5] |
| Perangkaan | |
| Kekerapan | >90% ibu mengandung[3] |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Linea nigra, juga dikenali sebagai garis kehamilan, adalah garisan pada perut semasa kehamilan. [3] Ia biasanya mempunyai lebar sehingga 3 inci, keperangan hingga kehitaman, dan memanjang secara menegak di garis tengah dari tudun ke pusar. Ia berbeza-beza mengikut individu dan boleh merebak kebahagian atas abdomen. Dalam kehamilan pertama, permulaan biasanya dalam 3 bulan; bagaimanapun, ia mungkin muncul lebih awal dalam kehamilan berikutnya. [2] Ia biasanya dikaitkan dengan tompok gelap pada pipi dan puting. [6]
Punca ia terjadi adalah tidak jelas tetapi dipercayai melibatkan peningkatan estrogen yang merangsang kewujudan melanin. [3] [1] Diagnosis adalah mengikut penampilan garisan ini. Ia tidak memerlukan sebarang rawatan secara khusus dan biasanya pudar dalam tempoh setahun selepas kehamilan. [5] Tahap pigmentasi boleh dikurangkan dengan mengelakkan matahari atau menggunakan pelindung matahari pada kawasan tersebut. [4]
Hampir 90% daripada wanita hamil terjejas, pada tahap yang berbeza. [3] Wanita yang mempunyai kulit yang gelap adalah lebih berkemungkinan terjejas. Sehingga 30% orang yang menggunakan pil kawalan kelahiran mungkin mengalami keadaan ini, ia juga muncul pada kanak-kanak dan lelaki. [4] Istilah ini berasal dari bahasa Latin untuk "garis hitam". [6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Tyler, Kelly H. (24 July 2020). Cutaneous Disorders of Pregnancy (dalam bahasa Inggeris). Springer Nature. m/s. 3. ISBN 978-3-030-49285-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
- 1 2 Perry, Shannon E.; Hockenberry, Marilyn J.; Lowdermilk, Deitra Leonard; Wilson, David; Alden, Kathryn Rhodes; Cashion, Kitty (9 September 2017). Maternal Child Nursing Care - E-Book (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 162. ISBN 978-0-323-47921-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
- 1 2 3 4 5 6 7 8 "Linea nigra". dermnetnz.org (dalam bahasa Inggeris). DermNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
- 1 2 3 Blackburn, Susan Tucker (2007). Maternal, Fetal, & Neonatal Physiology: A Clinical Perspective (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 517. ISBN 978-1-4160-2944-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
- 1 2 Bobonich, Margaret; Nolen, Mary; Honaker, Jeremy; DiRuggiero, Douglas (14 May 2021). Dermatology for Advanced Practice Clinicians: A Practical Approach to Diagnosis and Management (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. PT1412. ISBN 978-1-9751-4837-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
- 1 2 The Science of Pregnancy: The Complete Illustrated Guide From Conception to Birth (dalam bahasa Inggeris). Penguin. 29 October 2019. m/s. 138. ISBN 978-1-4654-9921-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
