Linggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Linggi
Bendera bagi Linggi
Official seal of Linggi
Jata
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Sembilan Negeri Sembilan
DaerahPort Dickson
Kerajaan
 • JenisTempatan
 • BadanMajlis Perbandaran Port Dickson
 • Yang DipertuaMohd Zamri Mohd Esa
 • Pegawai DaerahKhairy Maamor
Linggi
Lokasi Linggi di Negeri Sembilan
Lokasi Linggi di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatUndang Luak Sungai Ujong
Kerajaan
 • Dato' Muda Linggikosong

Linggi ialah sebuah mukim di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[1] Tempat yang berhampiran termasuklah Pasir Panjang, Pengkalan Kempas, Tanjung Agas dan Telok Kemang.

Tempat ini mendapat namanya daripada sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi ini menjadi laluan masuk kapal-kapal dagang pada zaman silam. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai Linggi bercabang dua; satu cabang mengalir dalam daerah Rembau manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban.

Pengakutan[sunting | sunting sumber]

Persimpangan Pedas/Linggi

Linggi dapat dicapai dengan menggunakan Jalan Pedas-Linggi ataupun menggunakan persimpangan EXIT 223 di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan .[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysian National Committee on Geographical Names. 2017. m/s. 32. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada May 22, 2021. Dicapai pada May 29, 2021.
  2. ^ Administrator. "PLUS MALAYSIA BERHAD - Toll Abbreviation". www.plus.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-11-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]