Lingkungan pengaruh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lingkungan pengaruh Empayar China sebelum Dasar Pintu Terbuka (sekitar 1900)

Dalam bidang hubungan antarabangsa, lingkungan pengaruh (SOI) ialah suatu kawasan atau rantau di mana suatu negara atau pertubuhan memiliki pengaruh kebudayaan, ekonomi, ketenteraan atau politik yang ketara.

Sementara mungkin terdapat ikatan atau kewajipan perjanjian rasmi antara yang dipengaruh dan yang mempengaruhi, tatacara sedemikian tidak perlu dan pengaruh tersebut lebih sering bersifat seperti kuasa lembut. Begitu juga sebaliknya, perikatan rasmi tidak semesti bermakna suatu negara berada dalam lingkungan pengaruh negara yang lagi satu.

Dalam kes keterlaluan, suatu negara yang dalam "lingkungan pengaruh" negara lain boleh menjadi subsidiari negara tersebut dan pada hakikatnya berfungsi sebagai negara satelit atau koloni de facto.

Rujukan[sunting | sunting sumber]