Lintasan selerak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Persimpangan Shibuya, antara lintasan selerak paling sibuk di dunia terletak di Dataran Hachikō, Tokyo

Lintasan selerak atau lintasan tebaran (Bahasa Inggeris: scramble crossing, Bahasa Jepun: スクランブル交差点, translit. sukuranburu-kōsaten) ialah sarana lalu lintas yang mengisyaratkan dan menghentikan seketika pergerakan kenderaan di jalan raya lalu menggilirkan peluang pejalan kaki menyeberang dari semua arah sesebuah persilangan/persimpangan secara serentak.

Sejarah pembangunan[sunting | sunting sumber]

Lintasan ini mula dimasyhurkan Henry Barnes, seorang jurutera dari Amerika Syarikat yang mengambil iktibar memerhatikan kepayahan anak perempuannya berjalan kaki ke sekolah.[1] Beliau memperkenalkan lintasan ini di kota Denver, Colorado pada tahun 1940-an.[2] Pada masa sama, prasarana ini turut diuji secara berasingan di Bandar Raya Kansas dan Vancouver di Kanada.[3] Barnes mula menerapkan lintasan ini dalam infrastruktur Bandar Raya New York sebaik dilantik sebagai pesuruhjaya trafik kota raya tersebut pada Januari 1962, lintasan pertama ini di simpang Lebuh Vanderbilt dan 42nd Street mendapat sambutan dan pujian meriah di sana.[4]

Implementasi[sunting | sunting sumber]

Di Jepun[sunting | sunting sumber]

Sebuah lintasan selerak besar terletak di hadapan stesen Shibuya daerah Shibuya pusat bandar Tokyo. Lintasan ini dibuka pada tahun 1973;[5][6] lintasan ini menampung sebanyak 3,000 orang pejalan kaki pada satu-satu masa.[7]

Lintasan ini dianggap sebagai lintasan simpang paling sibuk di dunia."[8] Ia sendirinya telah menjadi salah satu tarikan atau mercu tanda utama bandar raya Tokyo.[7]

Nusantara[sunting | sunting sumber]

Suatu ujian lintasan ini terletak di simpang jalan Camhill-Orchard pusat kota Singapura dijalankan pada 16 Disember 2017 sehingga Januari 2018.[9]

Prasarana ini diperkenalkan di Malaysia dengan pembinaan lintasan serupa ini di Bukit Bintang, pusat bandar Kuala Lumpur; lintasan ini mula beroperasi pada 19 Jun 2021.[10][11] Pemasangan lampu pemandu arah untuk pejalan kaki dipasangkan di lintasan tersebut tidak lama kemudian.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HISTORYNZ tidak disediakan
  2. ^ "Where was the First Walk/Don't Walk Sign Installed? Addendum: The Barnes Dance". Federal Highway Administration. Dicapai pada 6 Julai 2010.
  3. ^ Jaffe, Eric (18 December 2012). "A Brief History of the Barnes Dance". CityLab. Dicapai pada 24 February 2017.
  4. ^ Phillips, Mccandlish (26 January 1962). "42d an All-Way Street in Pedestrian Test; Pedestrians Test Crossing Plan At 42d St. and Vanderbilt Ave". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 24 February 2017.
  5. ^ Murray Buechner, Maryanne. "Tokyo: 10 Things To Do". Time: Travel. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2009.
  6. ^ The Asahi Shimbun 9 March 2016 issue
  7. ^ a b "【 渋谷センター街 】ウェブサイト". center-gai.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 7 March 2017.
  8. ^ Keiichiro Inoue (井上恵一朗) (22 April 2016). "【東京はてな】 渋谷交差点、1回で3千人横断?". Asahi Shimbun (dalam bahasa Jepun). m/s. 29.
  9. ^ "Persimpangan Orchard Road ala Shibuya mula diuji hari ini". Berita Mediacorp. 16 Disember 2017.
  10. ^ Norafiza Jaafar (21 Jun 2021). "'Shibuya Crossing Tokyo' kini di Bukit Bintang". Sinar Harian.
  11. ^ Ravindran, Shalini (16 Jun 2021). "New Bukit Bintang scramble crossing to improve walkability". Star Metro. The Star (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ Ravindran, Shalini (25 September 2021). "Embedded pavement lights to help pedestrians cross Bukit Bintang junction". Star Metro. The Star (dalam bahasa Inggeris). m/s. 2.