Liow Tiong Lai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Yeoh Tiong Lay.
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Liow.
Yang Berhormat Dato' Seri
Liow Tiong Lai
SPMP (Perlis)
Liow Tiong Lai in London - 2017 (24850080538) (cropped).jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
25 Jun 2014
Didahului oleh Barisan Nasional Logo.svg UMNO (Malaysia).svg Dato' Seri Hishammuddin Hussein (pemangku)

Tempoh jawatan
18 Mac 2008 – 3 April 2013
Didahului oleh Barisan Nasional Logo.svg Flag of the Malaysian Chinese Association.svg Datuk Seri Chua Soi Lek
Diganti oleh Barisan Nasional Logo.svg MIC logo.gif Datuk Seri S. Subramaniam

Ahli Parlimen
untuk P89 Bentong, Pahang
Penyandang
Tempoh jawatan 
1999
Majoriti 379 (PRU-13)

Penyandang
Tempoh jawatan 
21 Disember 2013
Didahului oleh Chua Soi Lek

Lahir (1961-10-13) 13 Oktober 1961 (umur 56)
Jasin, Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Flag of the Malaysian Chinese Association.svg BN-MCA
Pasangan Datin Seri Lee Sun Loo李善如
Anak 3
Pekerjaan Pakar pemakanan
Agama Buddha
Laman web http://www.liowtionglai.com/

Dato' Seri Liow Tiong Lai merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia (25 Jun 2014-kini), Presiden MCA (21 Disember 2013-kini) serta ahli parlimen Bentong (1999-kini). Beliau juga merupakan pengerusi bagi Pemuda MCA sejak 2005. Dalam pemilihan MCA pada Mac 2010, Tiong Lai telah memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan di Jasin, Melaka. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Nutrisi. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dengan mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai MCA mulai tahun 1981. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenangi kerusi Parlimen Bentong mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Ponusamy Govindasamy dengan majoriti sebanyak 12,549.

Kini, Beliau menjawat Menteri Pengangkutan Malaysia sejak 25 Jun 2014 dan Presiden MCA sejak 21 Disember 2013.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Hadiah kereta dari Axis Construction[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan sebuah artikel 'To The Health Minister YB Dato Liow' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today pada 14 Oktober 2009, mendakwa isteri Liow, Lee Su Loo dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari. Berikutan daripada itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng pada 19 Oktober 2009 membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul.[1] Bagaimanapun laporan ini belum terbukti benar dan masih dalam siasatan.

Plet WWW 15[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2012, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa bidaan RM24,200 untuk nombor "WWW 15" itu adalah untuk kenderaan rasmi menteri .Sebaliknya akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily memetik kenyataan seorang pegawai kementerian menjelaskan bahawa tiada peruntukan ditetapkan kepada menteri untuk membida nombor pendaftaran bagi kenderaan rasmi mereka. Namun bekas Naib Presiden MCA, Datuk Fong Chan Onn mendedahkan bahawa tiada harga siling ditetapkan untuk nombor pendaftaran tersebut kerana ia disediakan secara percuma oleh kerajaan. Setiap menteri diperuntukkan satu nombor pendaftaran untuk kenderaan rasmi mereka.[2][3]

Kemunculan lain[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, Liow membuat kemunculan khas sebagai dirinya sendiri dalam filem pendek "Healthy Paranoia" dari projek 15Malaysia untuk memperingati kemerdekaan Malaysia.[4][5]

Dalam video pendek enam minit bertajuk "Citizens" (Bahasa Cina: 国民), ditulis bersama dan diarahkan bersama oleh Pete Teo dan Liew Seng Tat dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan negara ke-60, Liow memegang dua peranan sebagai menteri dan rakyat berhubungan sesama sendiri di dalam semangat pembangunan negara.[6][7][8]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[9][10][11]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Buang undi Majoriti Keluat
1999 P083 Bentong, Pahang Liow Tiong Lai (MCA) 23,104 63.92% Abdul Wahab Sudin (KeADILan) 12,389 34.27% 36,996 10,715 72.59%
2004 P089 Bentong, Pahang Liow Tiong Lai (MCA) 27,144 72.02% Templat:Party shading/Democratic Action Party | Abu Bakar Lebai Sudin (DAP) 10,305 27.34% 38,689 16,839 73.46%
2008 Liow Tiong Lai (MCA) 25,134 66.35% Ponusamy Govindasamy (PKR) 12,585 33.22% 39,168 12,549 73.01%
2013 Liow Tiong Lai (MCA) 25,947 50.25% Templat:Party shading/Democratic Action Party | Wong Tack (DAP) 25,568 49.51% 52,627 379 84.52%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hadiah pada isteri menteri kesihatan, polis digesa siasat", Malaysiakini.com, 19 Oktober 2009.
  2. ^ Tiada peruntukan untuk menteri 'beli' nombor pendaftaran
  3. ^ Menteri pertahan bida RM24,200 untuk WWW15
  4. ^ "Love & Hate PR People? So Does This Government Minister!". Viddsee in Lite. 9 April 2014. Dicapai pada 30 August 2017. 
  5. ^ 15Malaysia – Healthy Paranoia
  6. ^ "'Citizen Liow' plays dual role in National Day video". The Star (Malaysia). 28 August 2017. Dicapai pada 30 August 2017. 
  7. ^ "Liow Tiong Lai, the main character in 'Citizens' (VIDEO)". The Malay Mail. 28 August 2017. Dicapai pada 30 August 2017. 
  8. ^ 国民 . CITIZENS
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.  Percentage figures based on total turnout.
  10. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  11. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Kesihatan
20082013
Penyandang Kemudian
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Datuk Seri S. Subramaniam