Lips to Lips

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lips to Lips
Poster keluaran tayangan
PengarahAmir Muhammad
PenulisAmir Muhammad (lakon layar)
Dihasilkan oleh
  • Rosihan Zain
  • Vernon Adrian Emuang (eksekutif)
  • Puvan J. Selvanathan (bersama)
Dibintangi
SinematografiNordinie
Disunting olehIsazaly Mohd Isa
Muzik olehSaidah Rastam
Syarikat
penerbitan
Frogge Media Works Production
Tarikh tayangan
4 Julai 2000[1]
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM80,000

Lips to Lips merupakan sebuah filem drama komedi Malaysia 2000 arahan dan skrip oleh Amir Muhammad. Dibintangi oleh James Lee, Anitha Abdul Hamid dan Huzir Sulaiman, ia mengisahkan tentang keinginan individu-individu di dalam latar cerita, konflik dan cabaran hidup yang berbeza yang dipertemukan melalui situasi tidak dijangka. Filem ini ditayangkan pada 4 Julai 2000 dan merupakan filem digital pertama Malaysia.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang dua watak utama iaitu James, seorang pemuda yang menghadapi kehidupan yang muram akibat kematian ibu tirinya secara tiba-tiba (tercekik semasa makan epal) dan kegagalannya beberapa kali dalam usahanya membunuh diri. Satu watak lagi ialah Anitha, DJ radio yang ceria tetapi sebenarnya menghadapi personaliti berbeza di luar tugas. Dia cuba lari daripada permasalahan hidup yang sukar difahaminya. Dunia James dan Anitha adalah dunia anak muda yang tidak pasti, kacau dan sepi. Kedua-duanya menjalankan kehidupan harian yang membingungkan dan kacau dalam menanggapi realiti kehidupan. Mereka menemui sejumlah watak-watak manusia yang kelihatan biasa tetapi juga aneh dalam peristiwa kehidupan yang berlaku dalam tempoh sehari.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • James Lee sebagai James[1]
  • Anitha Abdul Hamid sebagai Anitha[1]
  • Huzir Sulaiman sebagai Huzir[1]
  • Daniel Khong sebagai Daniel[1]
  • Manesh Nesaratnam sebagai Manesh[1]
  • Kubhaer T. Jethwani sebagai Da Poet[1]
  • Patrick Teoh sebagai Patrick[1]
  • Joanna Bessey sebagai Joanna[1]
  • Ahmad Ramzani Ramli sebagai Sarjan Ahmad[1]
  • Ako Mustapha sebagai Ako[1]
  • Ary Malik sebagai Ary[1]
  • Ernie Chen sebagai Ernie[1]
  • Chae Lian Diong sebagai Chae Lian[1]
  • Farah Ashikin sebagai wanita Arab/pelayan[1]
  • Hani Khausar sebagai gadis remaja gila[1]
  • Alina Morais sebagai gadis donat[1]
  • Carol Morais sebagai ibu James[1]
  • Iskandar Najmudin sebagai pelanggan Irate[1]
  • Soraya Sunitra Kee Xiang Yin sebagai ahli sihir[1]
  • Kee Thuan Chye sebagai lelaki Scrabble[1]
  • Kher Cheng Guan sebagai lelaki merah jambu[1]
  • Jo Kukathas sebagai ibu tiri Ako[1]
  • Catherine Leong sebagai Cath[1]
  • Megat Muhammad Nizam sebagai Koperal Megat[1]
  • Nell Ng sebagai pelayan bar[1]
  • R. Nathan sebagai pembaca akhbar[1]
  • See Tshiung Han sebagai budak remaja gila[1]
  • Sue Tan sebagai Sue[1]
  • Mark Teh sebagai Mark[1]
  • Chacko Vadaketh sebagai Chacko[1]
  • Yaacob sebagai Mak Nyah[1]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Lips to Lips ialah filem sulung arahan Amir Muhammad yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip.[3] Menurut Amir, ini merupakan filem cereka pertama yang diterbitkan menggunakan video digital. Kos pembikinan berjumlah RM80,000 dan penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor.[4]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Lips to Lips dikeluarkan pada 4 Julai 2000 dan tidak ditayangkan di pawagam.[5] Filem ini telah dipertandingkan ke 14 festival filem antarabangsa seperti Hawaii International Film Festival, Jeonju Film Festival dan Singapore International Film Festival.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af "Catatan penerbitan Lips to Lips". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2010. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ Gerald Chuah (7 Jun 2000). "A digital first and a hip young film" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  3. ^ Francis Dass (1 Julai 2000). "A raunchy comedy" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  4. ^ Gerald Chuah (3 Jun 2000). "Locals tackle English films" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  5. ^ Gerald Chuah (21 Jun 2000). "Lip-smacking encounters" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  6. ^ "'LIPS TO LIPS' IMBAU NOSTALGIA 18 TAHUN". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. 27 Ogos 2018. Dicapai pada 19 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]