Liqui Moly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Liqui Moly GmbH
Swasta
IndustriPerkhidmatan automotif
Ditubuhkan1957; 64 tahun yang lalu (1957)
Ibu pejabatUlm, Jerman
KeluaranMinyak motor, pelincir, dan aditif
Hasil544 juta Euro (sehingga Disember 2018)
PemilikWürth Group
Bilangan kakitangan
848 (sehingga Deisember 2018)
Laman web rasmi
www.liqui-moly.com

Liqui Moly GmbH ialah sebuah syarikat Jerman yang berfokus pada minyak, pelincir, dan aditif.[1] Bermula 1 Januari 2018, Liqui Moly menjadi sebahagian daripada Würth Group, setelah semua sahamnya dibeli dari pemegang saham majoriti sebelumnya dan dari CEO, Ernst Prost.[2] Beliau kini menjadi pengarah Liqui Moly, bersama dengan Günter Hiermaier.[3][4]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Liqui Moly GmbH diasaskan pada tahun 1957 di Ulm, di tepi Sungai Danube. Paten untuk menghasilkan molibdenum disulfida menjadi asaa bagi syarikat ini. Aditif yang berasarkan pada molibdenum disulfida cair (MoS2) merupakan produk pertama syarikat ini. Molibdenum sulfida, bahan asas untuk produk Liqui Moly, dicipta di kedai Tentera Darat Amerika Syarikat di Jerman pasca perang. Kedai tersebut lalu menjual molibdenum sulfida cair dalam tin di bawah jenama Liqui Moly. Apabila ditambahkan ke minyak motor, molibdenum sulfida cair memastikan mesin masih dapat beroperasi apabila minyak enjin tiba-tiba bocor. Juruterbang tempur semasa Perang Dunia I sebelumnya telah menggunakan molibdenum sulfida cair, dengan menambahkannya ke minyak mesin pesawat. Supaya pesawat masih dapat mendarat, walaupun tangki minyak terkena.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liqui Moly Diarkibkan 2008-04-03 di Wayback Machine Official website, Retrieved August 21, 2008.
  2. ^ "liqui-moly.de: LIQUI MOLY schlüpft unter das Dach der Würth-Gruppe". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-22. Dicapai pada 2017-12-21.
  3. ^ "LIQUI MOLY slips under the roof of the Würth Group". LIQUI MOLY. December 27, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-07. Dicapai pada 2021-03-16.
  4. ^ "Pictures and Stories Issue 06/2018" (PDF). Pictures and Stories: LIQUI MOLY company magazine: 6–7.
  5. ^ "LIQUI MOLY South Africa: History". LIQUI MOLY South Africa. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-07. Dicapai pada March 6, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]