Lisosom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Lisosom (/ˈlsəˌsm/) ialah suatu organel membran dalam kebanyakan sel haiwan. Lisosom ialah suatu vesikel sferikal yang memiliki enzim hidrolisis yang berupaya menguraikan pelbagai biomolekul. Suatu lisosom memiliki komposisi khusus pda protein membran dan lumen. Nilai pH lumen (~4.5–5.0)[1] adalah ideal bagi enzim-enzim yang terlibat dalam hidrolisis seperti aktiviti perut. Di samping penguraian polimer, lisosom juga terlibat dalam pelbagai proses sel termasuk rembesan, pembaikian membran plasma, apoptosis, pengisyaratan sel dan metabolisme tenaga.[2]

Lisosom bertindak sebagai sistem pembuangan sisa sel dengan menghadap bahan-bahan sampingan sitoplasma dari dalam dan luar sel. Bahan-bahan dari luar sel diambil melalui endositosis sementara bahan dari dalam sel dihadam melalui autofagi.[3] Saiz organel adalah pelbagai—organel besar boleh menjadi 10 kali ganda besar organel-organekl kecil.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ohkuma S, Poole B (July 1978). "Fluorescence probe measurement of the intralysosomal pH in living cells and the perturbation of pH by various agents". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 75 (7): 3327–31. Bibcode:1978PNAS...75.3327O. doi:10.1073/pnas.75.7.3327. PMC 392768. PMID 28524.
  2. ^ Settembre C, Fraldi A, Medina DL, Ballabio A (May 2013). "Signals from the lysosome: a control centre for cellular clearance and energy metabolism". Nature Reviews Molecular Cell Biology. 14 (5): 283–96. doi:10.1038/nrm3565. PMC 4387238. PMID 23609508.
  3. ^ Underwood, Emily (2018). "When the brain's waste disposal system fails". Knowable Magazine. doi:10.1146/knowable-121118-1.
  4. ^ Lüllmznn-Rauch R (2005). "History and Morphology of Lysosome". Dalam Zaftig P (penyunting). Lysosomes (ed. Online-Ausg. 1). Georgetown, Tex.: Landes Bioscience/Eurekah.com. m/s. 1–16. ISBN 978-0-387-28957-1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Lisosom di Wikimedia Commons