Lisozim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lisozim
Lysozymecrystals1.png
Kristal lisozim terwarna biru oleh pewarna Izit
Pengenal pasti
Nombor EC3.2.1.17
Nombor CAS9001-63-2
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum
Ontologi genAmiGO / EGO

Lisozim, juga dikenali sebagai muramidase atau N-asetilmuramida glikanhidrolase, ialah hidrolase glikosida. Ia adalah enzim-enzim (EC 3.2.1.17) yang merosakkan dinding sel bakteria dengan memangkin hidrolisis rangkaian beta-1,4 antara bebaki asid N-asetilmuramik dan N-asetil-D-glukosamina di dalam peptidoglikan, serta di antara bebaki N-asetil-D-glukosamina dalam chitodekstrin. Lisozim terdapat banyak dalam beberapa jenis rembesan seperti air mata, air liur, susu ibu dan mukus. Ia juga terdapat dalam granul-granul sitoplasma makrofaj dan neutrofil polimorfonuklear. Banyak lisozim boleh didapati dalam putih telur. Lisozim jenis C mempunyai rentetan dan struktur yang seakan-akan dengan alfa-laktalbumin, maka kedua-duanya dikelaskan di bawah keluarga yang sama. Di dalam tubuh manusia, enzim lisozim dikodkan oleh gen LYZ.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yoshimura K, Toibana A, Nakahama K (Januari 1988). "Human lysozyme: sequencing of a cDNA, and expression and secretion by Saccharomyces cerevisiae". Biochem. Biophys. Res. Commun. 150 (2): 794–801. doi:10.1016/0006-291X(88)90461-5. PMID 2829884.
  2. ^ Peters CW, Kruse U, Pollwein R, Grzeschik KH, Sippel AE (Julai 1989). "The human lysozyme gene. Sequence organization and chromosomal localization". Eur. J. Biochem. 182 (3): 507–16. doi: 10.1111/j.1432-1033.1989.tb14857.x. PMID 2546758