Litar Antarabangsa Bahrain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

26°1′57″N 50°30′38″E / 26.03250°N 50.51056°E / 26.03250; 50.51056

Litar Antarabangsa Bahrain
Lokasi Sakhir, Bahrain
Dibuka 17 Mac 2004
Kos pembinaan 56.2 juta Dinar ($150 juta)
Arkitek Hermann Tilke
Acara utama Formula Satu
Grand Prix Bahrain
Litar Grand Prix
Jarak litar 5.412 km (3.363 mi)
Selekoh 15
Rekod pusingan 1:30.252 (Michael Schumacher, Ferrari, 2004)
Litar Endurance
Jarak litar 6.299 km (3.914 mi)
Selekoh 23
Rekod pusingan 1:58.287 (Fernando Alonso, Ferrari, 2010 )

Litar Antarabangsa Bahrain (Arab: حلبة البحرين الدولية) ialah sebuah litar perlumbaan yang dibuka pada 2004 dan digunakan untuk perlumbaan drag, GP2 Series dan Grand Prix Bahrain tahunan. Bermula pada tahun 2006, perlumbaan Australian V8 Supercars diadakan di litar ini, dan acara itu dikenali sebagai Desert 400. Bagaimanapun, V8 Supercars tidak berlumba pada tahun 2011. Perlumbaan endurance 24 jam juga diadakan di BIC.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan litar Bahrain adalah satu objektif kebangsaan untuk negara Bahrain yang dimulakan oleh Tengku Mahkota, Shaikh Salman bin Hamad Al Khalifa. Tengku Mahkota ialah Presiden Terhormat Persekutuan Motor Bahrain. TRL diminta untuk membina litar, yang diketuai oleh Patrick Brogan.

Penganjur perlumbaan risau yang litar itu tidak akan lengkap pada masa untuk Grand Prix Bahrain 2004 dan cuba untuk membatalkan acara tersebut, bagaimanapun orang teratas Formula Satu, Bernie Ecclestone enggan menyebabkan ini berlaku. Akhirnya, litar bukan lengkap sepenuhnya, namun ia cukup baik untuk meneruskan perlumbaan.[2]

Pada tahun 2007, BIC menjadi litar Grand Prix pertama dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Institut Pusat FIA, yang diberikan untuk keselamatan yang cemerlang, penyelia perlumbaan, kemudahan perubatan, dan untuk piawai teknologi yang tinggi yang diperlukan.

Pada tahun 2011, BIC telah dijadualkan untuk menjadi Grand Prix pertama musim ini. Walau bagaimanapun, disebabkan rusuhan awam di negara Bahrain, perlumbaan tersebut terpaksa dibatalkan pada Mac 2011. Pada awal bulan Jun, FIA mengumumkan bahawa perlumbaan tersebut akan dijadualkan pada 30 Oktober, iaitu slot asal untuk Grand Prix India yang pertama, dan ia akan beralih kepada tarikh perlumbaan terakhir musim pada 11 Disember. Bagaimanapun, dua hari kemudian berikutan kebimbangan dari pasukan dan pegawai-pegawai lain, penganjur perlumbaan rasmi membatalkan perlumbaan dan memilih untuk menumpukan perhatian mereka bagi musim 2012. Grand Prix Bahrain kemudiannya dimasukkan ke dalam kalendar Formula Satu 2012 dan ia berlangsung pada April 22.

Jenis susun atur litar[sunting | sunting sumber]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Litar Jarak Gred[3]
Lutar Grand Prix 5.412 km 1
Litar Dalam 2.55 km 2
Litar Luar 3.664 km 1
Litar Paddock 3.7 km 1
Litar Drag 1.2 km Tiada
Litar bujur 2 km Tiada
Litar Penuh 6.299 km 1


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "24 hour Race of Bahrain 15–16 Disember 2006". bahraingp.com.bh. n.d. Dicapai pada September 11, 2009.
  2. ^ "Bahrain 'cuba untuk memberhentikan GP'". BBC News. 2004-03-25. Dicapai pada 2007-04-13.
  3. ^ http://www.fpak.pt/homologacoes/2011/CIRCUITOS%20LICENCIADOS%20FIA.pdf

Pautan luar[sunting | sunting sumber]