Litupan ais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej satelit litupan ais Vatnajökull, Iceland

Litupan ais merupakan jisim ais yang meliputi kurang daripada 50,000 km² kawasan tanah (biasanya meliputi kawasan tanah tinggi). Jisim ais yang lebih besar meliputi lebih dari 50,000 km² disebut lembar ais.[1][2][3]

Litupan ais tidak dibatasi oleh ciri-ciri topografi (dengan kata lainnya, ciri bimi akan sentiasa dijumpai di atas gunung). Sebaliknya, jisim-jisim ais bersaiz sama yang begitu dikekang oleh ciri-ciri topografi dikenali sebagai medan ais. Sesebuah "kubah" litupan ais biasanya tertumpu pada titik tertinggi massif. Ais mengalir jauh dari titik tinggi ini ("pecahan ais") menuju ke pinggir litupan ais.

Litupan ais mempunyai kesan yang besar terhadap geomorfologi kawasan yang didiami. Pembentukan plastik, pengorekan serta hakisan glasier yang lain akan muncul dengan berundurnya glasier-glasier ini. Jasad-jasad air seperti Tasik-Tasik Besar Amerika Utara serta banyak lembah telah dibentuk oleh aktiviti glasier yang berlaku lebih beratus ribu tahun yang lalu.

Terdapat kira-kira 30 juta km³ keseluruhan jisim ais di Bumi. Suhu jisim-yang disukat rata-ratanya antara -20 °C dan -30 °C. Teras litupan ais menunjukkan suhu yang malar antara -15 °C dan -20 °C.[petikan diperlukan]

Kawasan berlatitud tinggi yang ditutupi ais meskipun ia bukanlah "litupan ais" menurut pentakrifan tepatnya (kerana melebihi keluasan maksimum yang dinyatakan dalam definisi di atas) dipanggil "litupan ais kutub"; penggunaan istilah ini begitu meluas di media massa[4] dan diakui juga oleh pakar.[5] Vatnajökull adalah contoh salah satu litupan ais sebegini di Iceland.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Benn, Douglas; David Evans (1998). Glaciers and Glaciation. London: Arnold. ISBN 0-340-58431-9. 
  2. ^ Bennett, Matthew; Neil Glasser (1996). Glacial Geology: Ice Sheets and Landforms. Chichester, England: John Wiley and Sons Ltd. ISBN 0-471-96345-3. 
  3. ^ Greve, R.; Blatter, H. (2009). Dynamics of Ice Sheets and Glaciers. Springer. ISBN 978-3-642-03414-5. doi:10.1007/978-3-642-03415-2. 
  4. ^ "TIME Magazine Online: Arctic Ice Explorers". CNN. 11 September 2009. Dicapai pada 4 Mei 2010. 
  5. ^ The National Snow and Ice Data Center Glossary
  6. ^ Flowers, Gwenn E.; Shawn J. Marshall; Helgi Bjŏrnsson; Garry K. C. Clarke (2005). "Sensitivity of Vatnajŏkull ice cap hydrology and dynamics to climate warming over the next 2 centuries" (PDF). Journal of Geophysical Research. 110: F02011. Bibcode:2005JGRF..11002011F. doi:10.1029/2004JF000200. Dicapai pada 2007-05-31.