Live CD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Live CD atau Live DVD ialah sekeping CD atau DVD yang mengandungi sistem pengendalian komputer yang boleh dibutkan darinya. Live CD ini adalah unik kerana mampu menjalankan sebuah sistem pengendalian yang lengkap lagi terkini dalam sesebuah komputer yang tiada storan sekunder berubah-ubah, seperti pemacu cakera keras. Pemacu kilat Live USB serupa fungsinya dengan Live CD, tetapi selalu ditambah kefungsian menulis balik perubahan ke dalam medium butnya secara automatik dan telus.

Istilah "live" bersempena kenyataan bahawa CD ini mengandungi sistem pengendalian yang lengkap, berfungsi dan boleh dikendalikan dalam wahana edaran. Biarpun Live CD biasanya tidak mengubah apa-apa dalam sistem pengendalian atau fail-fail yang sedia ada dalam cakera keras, namun kebanyakannya disertakan mekanisme dan utiliti untuk mengubah cakera keras komputer hosnya, termasuk sekali pemasangan kekal. Ini adalah penting untuk aspek pengurusan sistem live CD, seperti pembanterasan virus, pengimbasan pemacu, dan pemulihan sistem.

Pilihan asalnya adalah membolehkan pengguna mengembalikan komputer kepada keadaan sebelumnya apabila live CD dikeluarkan dan komputernya dibut semula. Live CD boleh berjalan tanpa pemasangan kekal dengan meletakkan fail-fail yang biasanya disimpan dalam cakera keras, ke dalam RAM-nya, biasanya dalam bentuk cakera RAM, tetapi ini boleh mengurangkan jumlah RAM yang tersedia untuk kegunaan aplikasi, lantas sedikit sebanyak mengurangkan prestasi. Tepat pada tahun 2007, live CD tertentu menjalangkan GUI yang memakan RAM sekecil 32MB.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah beberapa rakaman skrin yang memaparkan penjalanan live CD:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]