Livonia Ricky Guing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Livonia Ricky Guing
Kelahiran (1991-02-19) 19 Februari 1991 (umur 33)
PendidikanIjazah Sains Kulinari
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2010–kini

Livonia Ricky Guing (lahir 19 Februari 1991)[1] merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia. Beliau merupakan juara rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim kedua pada 2011.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 19 Februari 1991 di Kuching, Sarawak dan mempunyai adik-beradik seramai lima orang, beliau ialah anak ketiga dalam keluarganya dan berketurunan Bidayuh. Beliau dinamakan sempena sebuah bandar dengan nama sama yang terletak di Michigan, Amerika Syarikat.[3] Livonia merupakan graduan jurusan Sains Kulinari di Universiti Teknologi MARA kampus Kota Samarahan.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Livonia memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Malaysia Earth, Miss Universe dan Miss Tourism Queen Inernational. Beliau juga pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Borneo 2009.[5]

Bakat Livonia mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua, yang turut disertai oleh Jay Iswazir, Bil Azali, Cristina Suzanne dan Lia Natalia.[6] Dengan jumlah undian sebanyak 26.6 peratus, beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan enam finalis lain.[7]

Beliau mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi watak sebagai Violet dalam drama adaptasi novel Isteri Tuan Ihsan yang dianggap sebagai pembakar semangat kepadanya dalam bidang lakonan.[8][9] Kerjaya filem Livonia bermula pada 2017 setelah menerima tawaran dari pengarah Yusof Kelana, bagi membintangi filem biografi, Kanang anak Langkau: The Iban Warrior yang ditayangkan pada 16 Mac; beliau memegang watak sebagai Helan Latai anak Intie.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Helan Latai anak Intie Bade Hj. Azmi
2018 Bidong: The Boat People Kien Bi Dong Yusof Kelana

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Inspirasi Varsiti TV1
Antara Maghrib dan Isyak TV3
2012 Mai Chek Mai TV1
2015-16 Keluarga Pontimau TV3
2016 Isteri Tuan Ihsan Violet Astro Ria
2017 Cinta Hati Batu TV3
Tiada Arah Jodoh Kita TV3
Misi Damia Cun TV1
Coklat TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Melodi Perantauan
2015 Melur vs Rajawali TV1
Izinku Kembali TV9
Ku Kemis Kasihmu TV2
2017 Nasi Dagang Nasi Ayam TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Pilih Kasih (Musim 2) Dirinya sendiri, peserta TV2 Juara
2014 Suka Lattew Pengacara bersama Astro Ria
2018 Aura Akuatik TV1

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Pilih Kasih Juara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Livonia Ricky Azhan.co (27 November 2017). Diperoleh pada 16 Julai 2018.
  2. '^ Siti Azira Abd. Aziz (21 Februari 2011). Livonia juara Pilih Kasih musim kedua mSTAR Online. Diperoleh pada 16 Julai 2018.
  3. ^ "BFF Interview with Livonia Ricky Guing : She Is Making Her Mark on the Acting World". BFF Says. 5 April 2016. Dicapai pada 24 Julai 2016.
  4. ^ Kerni Puah (28 Februari 2011). "Pilih Kasih 2 winner shuffles between studies and acting". The Star Online. Dicapai pada 24 Julai 2016.
  5. ^ Georgie Joseph (28 Januari 2017). "Beroleh sinar baru". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2017.
  6. ^ Livonia, juara ‘Pilih Kasih’ tolak watak gedik mSTAR Online (23 Februari 2011). Diperoleh pada 16 Julai 2018.
  7. ^ Noor Ashreen Ismail (24 Februari 2011). Livonia pilihan Rosyam Nor Diarkibkan 2018-07-24 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  8. ^ Isteri Tuan Ihsan beri semangat baru buat Livonia Ricky Astro Gempak (5 Januari 2017). Dicapai pada 23 Julai 2018.
  9. ^ Wawann Mohd (13 Mac 2017). Lambat dikenali, Livonia percaya pada rezeki Sinar Harian. Dicapai pada 23 Julai 2018.
  10. ^ Angelin Yeoh (18 Mac 2017). "Review: Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 13 Julai 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]