Lizzy Caplan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lizzy Caplan
Caplan di PaleyFest 2014
Kelahiran
Elizabeth Anne Caplan

(1982-06-30) 30 Jun 1982 (umur 41)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1999–sekarang
PasanganTom Riley (k. 2017)
Anak-anak1
SaudaraHoward Bragman (bapa saudara)

Elizabeth Anne "Lizzy" Caplan (lahir 30 Jun 1982) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Selepas membuat penampilan filem pertamanya pada tahun 2002, Caplan mula dikenali selepas muncul dalam filem Mean Girls (2004) dan Cloverfield (2008) dimana beliau dicalonkan untuk Anugerah Zuhal bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Caplan juga membintangi siri televisyen The Class, True Blood, Party Down dan Masters of Sex.

Beliau juga muncul dalam filem Hot Tub Time Machine (2010), 127 Hours (2010), Save the Date (2012), Bachelorette (2012), The Interview (2014) dan Now You See Me 2 (2016). Beliau juga muncul dalam filem pendek Marvel Cinematic Universe, Item 47.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Caplan dilahir dan dibesarkan di Miracle Mile, Los Angeles, California.[1] Keluarganya berketurunan Yahudi.[2][3] Bapanya merupakan seorang peguam dan ibunya merupakan seorang setiausaha politik.[4] Ibunya meninggal dunia ketika beliau berumur 13 tahun.[5][6] Caplan menghadiri Sekolah Tinggi Alexander Hamilton dan merupakan pelajar dalam Akademi Muzik sekolah itu. Beliau pada mulanya fokus untuk bermain piano dan kemudiannya memutuskan untuk menceburi bidang drama.[7] Beliau juga bermain untuk pasukan bola sepak sekolahnya.[8] Beliau tamat persekolahan pada tahun 2000 tetapi tidak menghadiri kolej kerana ingin menumpukan bidang lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Caplan memulakan karier lakonannya pada tahun 1999 sebagai Sara dalam siri televisyen Freaks and Geeks.[9] Kerana prestasi lakonannya, karakter beliau menjadi teman wanita karakter Jason Segel.[10] Beliau kemudiannya membuat beberapa penampilan tetamu dalam siri dan rancangan televisyen. Caplan muncul dalam video muzik Jason Mraz untuk lagu "You and I Both". Pada tahun 2000, beliau muncul dalam filem pertamanya, From Where I Sit.[11] Pada tahun 2001, beliau melakonkan watak Tina Greer dalam sebuah episod Smallville dan menyambung wataknya dalam siri itu pada tahun 2003. Beliau muncul dalam dua episod siri ABC, Once and Again. Pada tahun 2003, beliau membintangi siri televisyen The Pitts sebagai Faith Pitt. Beliau mula terkenal selepas melakonkan watak Janis Ian di dalam filem tahun 2004, Mean Girls. Beliau melakonkan watak Avery Bishop dalam musim kedua Tru Calling.

Pada tahun 2005, Caplan melakonkan watak Marjee Sorelli dalam Related, sebuah drama komedi The WB yang dibatalkan selepas semusim. Pada tahun 2006, beliau membintangi sebagai Sara Weller di dalam filem thriller, Love is the Drug.[12] Selepas Related berakhir, Caplan dipilih untuk berlakon dalam sitkom CBS, The Class yang pertama kali ditayangkan pada bulan September 2006. Beliau melakonkan watak Kat Warbler.[12]

Pada tahun 2008, Caplan melakonkan watak Marlena Diamond di dalam filem Cloverfield. Beliau menerima pencalonan Anugerah Zuhal untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Beliau juga muncul sebagai Ami di dalam filem romantik komedi, My Best Friend's Girl. Kemudiannya pada tahun itu, beliau membintangi sebagai Amy Burley dalam siri HBO, True Blood. Beliau menyuarakan watak Faith Pitt dalam versi animasi The Pitts yang ditayangkan pada tahun 2009. Beliau juga muncul dalam siri komedi, Party Down. Pada tahun 2010, beliau muncul dalam 127 Hours.

Pada awal tahun 2012, Caplan mempunyai dua filem di Festival Filem Sundance: Save the Date dan Bachelorette. Juga pada tahun 2012, beliau muncul sebagai Julia dalam beberapa episod sitkom Fox, New Girl.

Beliau melakonkan watak Ejen Lacey di dalam filem tahun 2014, The Interview.

Masters of Sex (2013-sekarang)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, beliau mula melakonkan watak Virginia Johnson di dalam siri televisyen Masters of Sex.[13] Musim pertama siri ini menerima pujian meluas dan rating tinggi. Caplan juga menyumbang suara untuk lagu "You Don't Know Me" di dalam episod "Phallic Victories".[14] Lakonan beliau diterima dengan baik dan pada 10 Julai 2014, beliau menerima pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Wanita Cemerlang dalam Drama Bersiri.[15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Caplan menjalin hubungan dengan Matthew Perry bermula tahun 2006 sehingga 2012.[16][17][18][19] Beliau ibu baptis anak perempuan Busy Philipps dan Marc Silverstein.[20]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2002 Orange County Gadis parti
2002 Everybody's Doing It Angela Filem televisyen
2003 Hardcore Action News Lizzy Lyons Filem pendek
2004 Mean Girls Janis Ian
2006 Love Is the Drug Sara Weller
2007 Crashing Jacqueline
2008 Cloverfield Marlena Diamond
2008 My Best Friend's Girl Ami
2009 Crossing Over Marla
2010 Successful Alcoholics Lindsay Filem pendek
2010 Hot Tub Time Machine April Drennan
2010 The Last Rites of Ransom Pride Juliette Flowers
2010 127 Hours Sonja Ralston
2011 High Road Sheila
2012 Save the Date Sarah
2012 Bachelorette Gena
2012 3,2,1... Frankie Go Boom Lassie
2012 Queens of Country Jolene Gillis
2012 Item 47 Claire Filem pendek
2014 The Interview Agen Lacey
2015 The Night Before Diana
2016 Now You See Me 2 Lula
2016 Allied Bridget

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1999–2000 Freaks and Geeks Sara 4 episod
2001 Undeclared Gadis cantik Episod: "Prototype"
2001–2003 Smallville Tina Greer 2 episod
2001 Once and Again Sarah Episod: "Tough Love"
2003 The Pitts Faith Pitt 7 episod
2005 Tru Calling Avery Bishop 4 episod
2005–2006 Related Marjee Sorelli 18 episod
2006–2009 American Dad! Debbie 4 episod
2006–2007 The Class Kat Warbler 19 episod
2008 True Blood Amy Burley 6 episod
2008 The Life & Times of Tim Episod: "Insurmountable High Score/Tim vs. the Baby"
2009–2010 Party Down Casey Klein 20 episod
2010 Childrens Hospital Harmony Episod: "Show Me on Montana"
2011 The Cleveland Show Patty Donner Episod: "The Essence of Cleveland"
2011 Mr. Sunshine Vivian Cornelli Episod: "Ben and Vivian"
2011 Childrens Hospital Casey Klein Episod: "Party Down"
2011 Wainy Days Arielle Episod: "Kelly and Arielle – Part 2"
2012 New Girl Julia 4 episod
2013 Newsreaders Anya Turpo Episod: "Hedge Fun"
2013–sekarang Masters of Sex Virginia Johnson Watak utama; juga penerbit
2013–2014 The League Rebecca Ruxin 3 episod
2014 Kroll Show Peserta Bonus Tandatangan #1 Episod: "Krolling Around with Nick Klown"
2014 Comedy Bang! Bang! Diri sendiri Episod: "Lizzy Caplan Wears All Black & Powder Blue Espadrilles"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Liberation of Lizzy Caplan". Rolling Stone. Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-11. Dicapai pada 2015-12-08. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Miller, Gerri (2005). "Mean girl no more". American Jewish Life Magazine. Dicapai pada December 13, 2006.
  3. ^ Huver, Scott (2012-09-25). "Lizzy Caplan Tackles "Masters of Sex" and the Marvel Universe". NBC New York. Dicapai pada 2013-08-25.
  4. ^ Hoby, Hermione (July 25, 2014). "Lizzy Caplan interview for Masters of Sex: Sex is easy to fake; comedy isn't". The Daily Telegraph. London.
  5. ^ "Lizzy Caplan on Her New Show, Masters of Sex". Vulture. Dicapai pada 2015-10-08.
  6. ^ Guestdjproject (2012-12-12). "Lizzy Caplan - Guest DJ Project on KCRW". Kcrw.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-30. Dicapai pada 2015-10-08.
  7. ^ Brink, Rob (February 2008). "Hey, You're Cool! Lizzy Caplan". Mass Appeal Magazine. m/s. 48.
  8. ^ "The naked truth: Lizzy Caplan on 'Masters of Sex'". The Independent. Dicapai pada 2015-12-08.
  9. ^ Rohan, Virginia (July 3, 2000). "Like its title, 'Freaks and Geeks' just not accepted". Spartanburg Herald-Journal. Dicapai pada July 1, 2010.
  10. ^ Made Man (December 23, 2013). "Masters of Sex's Lizzy Caplan Commands Respect - Speakeasy". YouTube. Dicapai pada December 8, 2015.
  11. ^ "Lizzy Caplan | Biography, Movie Highlights and Photos | AllMovie". AllMovie. Dicapai pada 2015-12-08.
  12. ^ a b Saval, Malina. "Lizzy Caplan: The _Heeb_ Interview". Heeb. Dicapai pada Julai 1, 2010.
  13. ^ Andreeva, Nellie. "UPDATE: Michael Sheen & Lizzy Caplan To Star In Showtime Pilot 'Masters Of Sex'". Deadline.com. Dicapai pada 2012-05-25.
  14. ^ "Phallic Victories". Dicapai pada 2014-01-31.
  15. ^ "66th Primetime Emmys Nominees and Winners". Dicapai pada 2014-07-10.
  16. ^ "Matthew Perry's Student Body Hookup". TMZ.com. 2006-11-16. Dicapai pada 2012-05-25.
  17. ^ Fisher, Kelly (September 10, 2011). "Matthew Perry And Lizzy Caplan: Another Hollywood Odd Couple? (PHOTO)". Huffingtonpost.com. Dicapai pada 2012-05-25.
  18. ^ "Matthew Perry and Lizzie Caplan catch the closing night of "Assistance"". NYPOST.com. 2012-03-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-21. Dicapai pada 2012-05-25.
  19. ^ Takeda, Allison (October 18, 2013). "Matthew Perry, Lizzy Caplan Quietly Split, "Haven't Been Together for a Long Time"". Us Weekly. Dicapai pada October 19, 2013.
  20. ^ "Update: Actress Busy Philipps expecting first child, a girl – Moms & Babies – Moms & Babies - People.com". Celebritybabies.people.com. 2011-07-28. Dicapai pada 2012-05-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]