Lobak kuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Horseradish
Armoracia rusticana.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Genus:
Armoracia
Spesies:
rusticana
Sinonim[1]

Lobak kuda (Armoracia rusticana, syn. Cochlearia armoracia, Bahasa Inggeris: horseradish) ialah sejenis tumbuhan saka keluarga Brassicaceae termasuk sesawi, wasabi, brokoli, dan kubis). Akarnya dimakan dan digunakan di seluruh dunia sebagai rempah dan sebagai bumbu. Spesies ini mungkin berasal dari Eropah tenggara dan Asia barat.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Suatu sos atau bumbu diperbuati dari akar lobak parut dan cuka lazim disertakan dalam sajian di United Kingdom dan Poland;[2] Di UK, ia biasanya disajikan dengan daging panggang sebagai jamuan besar hari Ahad (Sunday roast) tetapi boleh digunakan dalam sebilangan hidangan lain termasuk sandwic atau salad.

Ia boleh dilumatkan menjadi suatu cecahan disebut sebagai chrain (Bahasa Yiddish: כריין, Bahasa Ukraine: хрiн) sebagai sebahagian daripada jamuan Paskah disambut orang-orang Kristian dan Yahudi (sebagai bahan maror yang wajib) di Timur dan Eropah Tengah.

Ia dijadikan bahan gantian wasabi (Wasabia japonica) dalam perisa dan bahan makanan yang dihasilkan di luar Jepun memandangkan tumbuhan wasabi ini sukar didapati segar jauh dari Jepun.[3] Malah, nama setempat untuk tumbuhan ini ialah seiyōwasabi (セイヨウワサビ, 西洋山葵) atau "wasabi Barat".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Plant List, Armoracia rusticana P.Gaertn., B.Mey. & Scherb.
  2. ^ Holland, Mina (2014). The Edible Atlas: Around the World in Thirty-Nine Cuisines. Canongate Books. m/s. 158. ISBN 978-0-85786-856-5.
  3. ^ Arnaud, Celia Henry (2010). "Wasabi:In condiments, horseradish stands in for the real thing". Chemical & Engineering News. 88 (12): 48. doi:10.1021/cen-v088n012.p048. Dicapai pada 11 November 2012.