Lockdown

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lockdown
Genre
Ditulis oleh
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
U2 Media
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal26 Julai 2021 – 10 Ogos 2021

Lockdown ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda dan ramai lagi. Berdasarkan dari kisah benar pandemik COVID-19 di Malaysia, drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 26 Julai 2021 menggantikan Ratu Ten Pin.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kehidupan masyarakat tempatan semasa PKP diumumkan. Pelbagai kisah menarik dan menghayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka duka semasa PKP. Di antaranya adalah tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer, pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan sepanjang PKP, kisah kelakar pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah, dan pasangan yang melalui cabaran hidup terutama sekali apabila suaminya mengalami kemalangan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran drama ini dijalankan selama 24 hari selepas fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).[3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Lockdown (Astro Ria). MyInfotaip.com. Dicapai 26 Julai 2021.
  2. ^ "Lockdown papar garis realiti, duka lara pandemik". Kosmo!. 26 Julai 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  3. ^ Arif Zikri (26 Julai 2021). "Astro Ria's new drama series Lockdown to showcase struggles of Malaysians in facing COVID-19, MCO". The Malay Mail. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  4. ^ Maliah Surip (22 Julai 2021). "23 bintang, 24 hari penggambaran, Lockdown angkat realiti situasi rakyat di kala pandemik". Astro Gempak. Dicapai pada 16 Ogos 2021.