Lof kotej

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lof kotej
Sepotong lof kotej yang dibakar di kedai roti tradisional di Rochester, Kent
JenisRoti
Tempat asalEngland
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lof kotej ialah sejenis roti tradisional yang berasal dari England.

Roti itu dicirikan oleh bentuknya, yang pada dasarnya adalah daripada dua roti lof bulat, satu di atas yang lain, dengan yang atas lebih kecil: bentuknya mirip dengan brioche Perancis dan pain chapeau dari Finistère.[1]

Asal-usul nama dan bentuknya tidak diketahui tetapi mungkin kembali ke berabad-abad lamanya.[2] Elizabeth David, yang menggambarkan lof kotej dalam English Bread and Yeast Cookerynya, menduga bahawa bentuknya mungkin sebegitu sebagai cara untuk menjimatkan 'ruang lantai' di dalam ketuhar roti kuno.[1] Namun, nama tersebut tidak muncul pertama kali dalam bentuk tulisan hinggalah pertengahan abad ke-19.[3] Versi yang panjang dahulunya lebih lazim dijumpai dan dikenali sebagai "bata kotej", dan biasa di kawasan London.

Lof kotej, walaupun dahulu lebih biasa, sekarang jarang dijumpai di kedai roti, kerana ia agak memakan masa dan sukar dibuat, dan serupa dengan roti bulat lain yang tidak senang untuk dihiris.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Davidson, A. The Oxford companion to food, OUP, 2006, p.99
  2. ^ Cauvain, Stanley P.; Linda S. Young (2001). Baking problems solved. CRC Press. m/s. 270. ISBN 0-8493-1221-3.
  3. ^ Ayto, J. The glutton's glossary: a dictionary of food and drink terms, Routledge, 1990, p.80

Pautan luar[sunting | sunting sumber]