Loh Kean Yew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Loh Kean Yew
Maklumat peribadi
NegaraSingapura
Lahir (1997-06-26) 26 Jun 1997 (umur 26)
Pulau Pinang, Malaysia
Tempat tinggalSingapura
Tinggi1.75 m (5 ka 9 in)[1]
Berat68 kg (150 lb)[1]
Cakat tanganKanan
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi27 (10 September 2019)
Ranking semasa39 (19 Oktober 2021)
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Singapura
Kejohanan Dunia
Pingat emas – tempat pertama Huelva 2021 Perseorangan lelaki
Kejohanan Berpasukan Asia
Pingat gangsa – tempat ketiga Selangor 2022 Pasukan lelaki
Sukan Asia Tenggara
Pingat perak – tempat kedua Filipina 2019 Perseorangan lelaki
Pingat perak – tempat kedua Vietnam 2021 Perseorangan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Singapura 2015 Perseorangan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Singapura 2015 Pasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Kuala Lumpur 2017 Pasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Filipina 2019 Pasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Vietnam 2021 Pasukan lelaki
Profil BWF

Loh Kean Yew (Bahasa Cina: 骆建佑; lahir 26 Jun 1997) ialah pemain badminton Singapura.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Loh dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, dan merupakan anak bongsu dari tiga beradik.[3] Beliau mula bermain badminton pada umur tujuh tahun di sekolah rendah tetapi menjauhkan diri dari sukan itu selepas dibuli. Beliau mencuba badminton sekali lagi pada umur sembilan tahun dan dalam tempoh enam bulan, beliau dipilih ke Pasukan Negeri Pulau Pinang.[4]

Pada 2010, setahun selepas saudaranya Loh Kean Hean datang ke Singapura, beliau berpindah ke Singapura pada umur 13 tahun selepas menerima biasiswa dari Persatuan Badminton Singapura (SBA), dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Sukan Singapura.[3]

Loh menyatakan bahawa beliau sama sekali "tidak menyesal" berpindah ke Singapura dan menukar kesetiaannya. Matlamatnya adalah untuk memenangi pingat emas Olimpik untuk Singapura dalam sukan badminton.[5][6][7]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Loh mewakili Singapura di Sukan Asia Tenggara, di mana beliau menjadi pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki pada 2015, juga dalam berpasukan lelaki pada 2015, 2017 dan 2019.[8][9] Beliau juga memenangi kejohanan Antarabangsa Singapura pada 2014 dan 2017 dan Antarabangsa Malaysia pada 2017.[10][11] Beliau juga bertanding di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.[12]

Pada 2018, Loh menyertai Langhøj Badminton Club, di Denmark selama tempoh 3 bulan.[13]

Semasa Master Thailand pada 2019, Loh menang menentang pemain China Zhou Zeqi, Zhao Junpeng, dan pemain Taiwan Wang Tzu-Wei sebelum mara ke separuh akhir. Beliau berjaya di separuh akhir menentang pemain Perancis Brice Leverdez dalam kemenangan 2-1. Pada peringkat akhir beliau bermain menentang Lin Dan dan memenangi kejohanan dengan skor 21-19, 21-18.[14] Loh meraih pingat perak perseorangan lelaki pada Sukan Asia Tenggara 2019, di mana beliau tewas dalam perlawanan akhir menentang Lee Zii Jia dari Malaysia.[15]

Pada 2021, Loh layak ke Sukan Olimpik Musim Panas 2020 selepas mengekalkan kedudukan ke-18 dalam ranking perseorangan lelaki Race to Tokyo.[16] Loh dalam temasya itu tewas di peringkat kumpulan dengan hanya memenangi perlawanan menentang Aram Mahmoud dalam permainan dua set, dan kalah kepada Jonatan Christie dalam permainan tiga set.[17][18]

Pada Oktober 2021, Loh memenangi Cabaran Antarabangsa Yonex Belanda, mengalahkan pilihan nombor satu dan juara bertahan India, Lakshya Sen dalam perlawanan dua set di akhir.[19][20][21]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Abang sulung Kean Yew, Loh Kean Hean, juga merupakan ahli pasukan badminton kebangsaan Singapura.[22]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sukan Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Lawan Skor Keputusan
2015 Stadium Tertutup Singapura, Singapura Malaysia Mohamad Arif Ab Latif 20–22, 15–21 Bronze Bronze
2019 Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina Malaysia Lee Zii Jia 18–21, 18–21 Perak Perak

Jelajah Dunia BWF (2 gelaran, 2 naib juara)[sunting | sunting sumber]

Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[23] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[24]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Tahap Lawan Skor Keputusan
2019 Master Thailand Super 300 Republik Rakyat China Lin Dan 21–19, 21–18 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2019 Terbuka Rusia Super 100 Indonesia Shesar Hiren Rhustavito 17–21, 19–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2019 Terbuka Hyderabad Super 100 India Sourabh Verma 13–21, 21–14, 16–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2021 Terbuka Hylo Super 500 Malaysia Lee Zii Jia 19–21, 21–13, 17–12 tarik diri Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF (5 gelaran, 2 naib juara)[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
2014 Antarabangsa Singapura Thailand Kantaphon Wangcharoen 19–21, 21–14, 11–1 retired Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2017 Antarabangsa Malaysia Malaysia Cheam June Wei 21–19, 21–14 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2017 Antarabangsa Singapura Singapura Ryan Ng 21–15, 21–15 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2018 Antarabangsa Mongolia Indonesia Andre Marteen 15–21, 21–9, 24–22 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2018 Antarabangsa Australia Selatan Jepun Yu Igarashi 19–21, 24–22, 11–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2019 Terbuka Sweden Jepun Minoru Koga 11–21, 15–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2021 Terbuka Belanda India Lakshya Sen 21–12, 21–16 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa BWF

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Athlete Profile: Loh Kean Yew" (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  2. ^ "Players: Loh Kean Yew" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Badminton Dunia. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  3. ^ a b "直击家人教练母亲校长老师"铁门羽球"外的骆建佑". Lianhe Wanbao (dalam bahasa Cina). 21 Januari 2019. Dicapai pada 30 Januari 2019 – melalui China Press.
  4. ^ Osman, Shamir (15 Jun 2015). "Local surprise package Kean Yew already assured of badminton bronze". The New Paper (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Januari 2019.
  5. ^ "KL2017: Once Malaysian, now Singaporean: Loh has no regrets switching allegiances" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  6. ^ "She came to us first, insists sports school" (dalam bahasa Inggeris). AsiaOne. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  7. ^ "S'pore shuttler Loh Kean Yew, 17, serves notice of intent" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  8. ^ "Athletes: Loh Kean Yew" (dalam bahasa Inggeris). Majlis Sukan Singapura. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  9. ^ "Badminton: Singapore's men lose to Malaysia, retain bronze at SEA Games" (dalam bahasa Inggeris). CNA. 2 Disember 2019. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  10. ^ "Badminton: Loh Kean Yew plays his own game for surprise title in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  11. ^ "Badminton: Not in peak form but NSF Loh wins once more" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  12. ^ "Participants: Kean Yew Loh" (dalam bahasa Inggeris). Gold Coast 2018. Dicapai pada 13 April 2018.
  13. ^ Lim, Say Heng (19 Oktober 2018). "Badminton: Singapore's Loh Kean Yew and Yeo Jia Min to play with European clubs". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Julai 2021.
  14. ^ "Badminton: Singapore's Loh Kean Yew stuns Chinese superstar Lin Dan in Thailand Masters final" (dalam bahasa Inggeris). CNA. 13 Januari 2019. Dicapai pada 13 Januari 2019.
  15. ^ Mohan, Matthew (9 Disember 2019). "Badminton: Singapore's Loh Kean Yew settles for silver after losing SEA Games final" (dalam bahasa Inggeris). CNA. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  16. ^ Lee, David (7 Jun 2021). "Badminton: Singapore's Loh Kean Yew, Yeo Jia Min's slots at Tokyo 2020 confirmed" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 27 Julai 2021.
  17. ^ "Loh Kean Yew" (dalam bahasa Inggeris). Tokyo Organising Committee of the Olympic and Paralympic Games. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  18. ^ Mohan, Matthew (28 Julai 2021). "Badminton: Singapore's Loh Kean Yew falls to Indonesia's Christie in thriller, eliminated from Olympics" (dalam bahasa Inggeris). CNA. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  19. ^ "Singaporean badminton player Loh Kean Yew wins Dutch Open; team-mates Terry Hee and Loh Kean Hean claim doubles crown" (dalam bahasa Inggeris).
  20. ^ Lee, David (17 Oktober 2021). "Badminton: S'pore's Loh Kean Yew ends two-year title drought at Dutch Open". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
  21. ^ "Badminton: S'porean Loh Kean Yew beats Indian Lakshya Sen in 36 minutes to win Dutch Open" (dalam bahasa Inggeris).
  22. ^ "S'pore shuttler Loh Kean Yew, 17, serves notice of intent" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  23. ^ Alleyne, Gayle (19 Mac 2017). "BWF Launches New Events Structure". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 29 November 2017.
  24. ^ Sukumar, Dev (10 Januari 2018). "Action-Packed Season Ahead!". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2018. Dicapai pada 15 Januari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]