Pergi ke kandungan

Loh Sze Yee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Loh Sze Yee
罗思义
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
(Pelancongan, Industri, Pelaburan & Pembangunan Koridor : sejak 23 November 2022)[note 1]
Menyandang jawatan
22 November 2022
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Menteri BesarSaarani Mohamad
Didahului olehShahrul Zaman Yahya
(Industri, Pelaburan & Pembangunan Koridor)
Nolee Ashilin Mohammed Radzi
(Pelancongan)
Kawasan pilihan rayaJalong
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Jalong
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehLeong Mee Meng
(PRDAP)
Majoriti6,769 (2013)
9,602 (2018)
8,713 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Loh Sze Yee

(1975-02-07) 7 Februari 1975 (umur 50)
PerakMalaysia Ipoh, Perak, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganLeong Pooi Wan
PekerjaanAhli politik
Loh Sze Yee
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional羅思義
Tulisan Cina Ringkas罗思义

Loh Sze Yee (lahir 7 Februari 1975) merupakan seorang rakyat Malaysia yang juga seorang ahli politik yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad sejak November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Jalong sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Hobinya ialah berenang dan berjoging. Beliau pernah belajar di SMK Anderson dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Nottingham Trent University.[1]

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau juga seorang ahli perniagaan dan pensyarah di Kolej Olympia.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa sejak tahun 2013 dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Perak. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dari tahun 2018 hingga 2019. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bagi kawasan Jalong. Beliau kemudiannya dipilih semula sebagai ADUN Jalong dalam Pilihan Raya Negeri Perak 2018 dan 2022. Pada 22 November 2022, beliau telah dilantik sebagai EXCO Perak yang bertanggungjawab dalam portfolio pelancongan, industri, pelaburan dan pembangunan koridor.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak[2][3]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2013 N22 Jalong Loh Sze Yee (DAP) 13,664 61.19% Liew Yew Aw (GERAKAN) 6,895 30.88% 22,330 6,769 79.30%
Kalimuthu Sinnu (BEBAS) 1,303 5.84%
2018 Loh Sze Yee (DAP) 16,138 69.75% Tan Lian Hoe (GERAKAN) 6,536 28.25% 23,137 9,602 78.13%
2022 Loh Sze Yee (DAP) 15,955 59.08% Pan Chean Chung (MCA) 7,242 26.82% 27,007 8,713 68.74%
Naran Singh Asa Singh (GERAKAN) 3,043 11.27%
R Indrani (BEBAS) 767 2.84%
  1. ^ Menyandang portfolio pada 23 November 2022.
  1. ^ a b "Loh Sze Yee". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-05-03.
  2. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
  3. ^ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.