Loji Pemprosesan Semula Rokkasho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Loji Pemprosesan Semula Rokkasho (Jepun: 六ヶ所村核燃料再処理施設, Hepburn: Rokkasho Kakunenryō Saishori Shisetsu) ialah sebuah loji pemprosesan semula nuklear dengan muatan tahunan sebanyak 800 tan uranium atau 8 tan plutonium,[1] milik Japan Nuclear Fuel Limited dan terletak di kampung Rokkasho di timur laut Wilayah Aomori, Jepun, kira-kira 27 kilometer di utara Pangkalan Udara Misawa milik Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pada tahun 2010, Loji Pemprosesan Semula Rokkasho terdiri daripada 38 buah bangunan di atas tapak seluas 3,800,000 m².[1] Loji ini berdepan dengan banyak bantahan oleh masyarakat setempat yang bimbang akan kesannya kepada alam sekitar.

Bencana 2011[sunting | sunting sumber]

Selepas gempa bumi Tōhoku pada Mac 2011, loji ini berjalan dengan bekalan elektrik kecemasan yang dibekalkan oleh penjana diesel sandaran[2] yang tidak ditujukan untuk kegunaan jangka masa lama.[3] Dilaporkan bahawa terdapat sekitar 3,000 tan bahan api nuklear terpakai yang amat radioaktif yang dsimpan di Rokkasho pada ketika itu, dan boleh terlebih panas dan terbakar seandainya sistem pendingin rosak. Radio Jepun melaporkan pada 13 Mac bahawa 600 liter air terbocor di kolam bahan api terpakai Rokkasho.[4] Menurut The New York Times, bekalan kuasa dipulihkan pada 14 Mac 2011.[5]

Gegaran susulan 7 April sekali lagi memutuskan bekalan elektrik sehingga hari keesokannya.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Heinonen, Olli J. (Jun 2010). "Safeguards in action: IAEA at Rokkasho, Japan" (PDF). Dicapai pada 13 Mac 2011.
  2. ^ Biello, David (11 Mac 2011). "How to Cool a Nuclear Reactor". Scientific American online. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  3. ^ Schneider, Mycle (11 Mac 2011). "Nuklearanlagen droht nach Erdbeben Überhitzung (German language)". Focus online. Dicapai pada 16 Mac 2011.
  4. ^ Smith, Aileen (13 Mac 2011). "Breaking News—Japan Nuclear Power Plant Accidents and Earthquake". Green Action Blog. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  5. ^ BRADSHER, KEITH; TABUCHI, HIROKO (2011-03-17). "Greater Danger Lies in Spent Fuel Than in Reactors - NYTimes.com". The New York Times. New York: NYTC. ISSN 0362-4331. Dicapai pada March 19, 2011. Grid power was restored on Monday, the company said.
  6. ^ Fukushima Nuclear Accident Update Log,IAEA, 7 April 2011

Koordinat: 40°57′45″N 141°19′35″E / 40.96250°N 141.32639°E / 40.96250; 141.32639