Loji Rawatan Air Wangsa Maju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Loji Rawatan Air Wangsa Maju atau 'Loji Pembersihan Air Wangsa Maju' terletak di Wangsa Maju,Selangor,Malaysia. Menteri Keja Raya Datuk Seri S Samy Vellu menyatakan kos pembinaan berjumlah RM136 juta dan mampu memberi bekalan air kepada penduduk Wangsa Maju dan Lembah Kelang yang lain.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Loji Rawatan Air Wangsa Maju menggunakan kaedah terbaru iaitu air dirawat menggunakan sistem rawatan air ‘Dissolved Air Floatation’ (DAF). [1]Keladak dalam air yang sedang diproses naik ke atas bagi menjamin air yang keluar menerusi saluran benar-benar bersih. Loji ini adalah antara beberapa loji pembersihan air di seluruh negara yang menggunakan sistem DAF. Loji ini memproses air 45 juta liter dan dikendalikan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd dengan kerjasama beberapa syarikat lain. Kekurangan bekalan air dari Loji Pembersih air Sungai Langat dijangka selesai.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Loji Rawatan Air Wangsa Maju mula dibina pada Januari 1998 dan tempoh siapnya hanya mengambil masa enam bulan sahaja, iaitu pada Julai 1998 – satu rekod pencapaian bagi pembinaan dalam industri air yang mana tempoh tersebut termasuk juga kerja-kerja rekabentuk terperinci.

Loji ini kemudiannya telah dipertingkatkan dengan pembiayaan sebanyak RM122 juta daripada kerajaan Persekutuan, bagi menangani kekurangan bekalan air di kawasan ini semasa Lembah Kelang mengalami kemarau berpanjangan akibat fenomena ‘el nino’. Pembinaan loji ini juga telah turut membantu menamatkan krisis air yang dialami pada tahun 1998.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ LAWATAN KERJA METERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR KE LOJI PENBERSIHAN AIR PUNCAK NIAGA (M) SDN BHD.[pautan mati kekal]
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2002-09-24. Dicapai pada 2002-09-24.